07 September, 2010

Piring Dodol


Ketika sambutan Hari Raya di zaman kanak-kanak dahulu, piring ini adalah antara yang paling popular sekali pada waktu itu digunakan untuk menghidangkan kuih-muih kepada tetamu yang bertandang.


Bentuknya yang unik cukup memikat.


Piring ini baisanya digunakan untuk mengisi dodol pada Hari Raya. Ada juga yang menggunakannya sebagai pelapik gelas (coaster) bagi saiz piring yang lebih kecil.


Didatangkan dengan pelbagai saiz dan warna. Ada jernih, hijau, biru...


Ada hijau, biru dan merah...




Cantik juga apabila disusun bertingkat begini. Warnanya yang pelbagai menambahkan ceria di Hari Raya nanti.


Memang cantik tetapi amat jarang sekali untuk dilihat piring ini ber'operasi' semula terutama ketika Hari Raya. Kalau hendak merasa kembali nostalgia dulu-dulu jemputlah ke rumah BR pada Hari Raya nanti, tahun ini bertemakan retro... He.. he..


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk kuih raya hari ini:


Resepi Kuih Siput


Bahan-bahannya:


1/2 kati tepung gandum
1 butir telur ayam
Sedikit garam
Sedikit jintan manis
Sedikit jintan putih
Secukup lembut santan
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:


Gaulkan tepung dengan telur sampai sebati.

Ramas kelapa ambil santannya. Tumbuk jintan manis dan jintan putih sampai lumat, perahkan airnya.

Gaulkan bahan-bahan ini semua hingga sebati.

Ulilah hingga lembut, tekan di atas acuannya dan bentuklah (gulung) seperti siput. Kemudian goreng hingga masak.


Selamat mencuba!


11 Any comments?:

AngahSayang2314 said...

yup angah dulu masa beraya di kampung memang ramai yg guna piring tue... sekarang jer dah makin pudar..

angah dtg jadi kwn & jom la kalau senang2 singgah ke blog angah

sweetie2010.blogspot said...

Cantik piring-piring ni. warna-warni lagi. konsep raya retro lagi.

aswanism said...

skali tengok, warna die macam glass worldcup mekdi pulak hihihi :)

Rasli Jaafar said...

BR..jom kacau Dodol he he

piewahid said...

kalau tak baca n3 ni, mungkin saya dah terlupa terus tentang piring ni :)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.
3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sungguh berharga.
Berhati-hati di jalanraya

Nabilla Nasir said...

hehe dekat kampung nenek ade lagi pring ni. aritu baru jek buat dodol =)

Cheqna said...

saya ingat piring yg warna pink tu..hehehe..

Selamat Hari Raya BR..semoga berbahagia di aidil fitri, dan selamat selalu dalam musim perayaan ini..

tak dapatlah nak berkunjung dan merasai retro di rumah BR..hehe..

:-)

HANI said...

hehe jangan kata piring tu...kuih siput pun dah lama saya tak makan...dulu suka sangat kat kuih tu...tapi sekarang nih tak tahu lah...kat umah mak ada sket piring yg nak sama cam tu...

Anonymous said...

wow, ni kaca ke? lady x pnh tgk.. :).. cantik..

nourel A said...
This comment has been removed by the author.
humble.yat said...

kg saya ada jugak pring ni.mengundang memori sungguh.sebab tu sy suka singgah blog BR;-)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'