Hari ini 8 Syawal 1431H genaplah sudah seminggu kita berhari raya. Masih di dalam mood Hari Raya dan jika hendak diceritakan mengenai nostalgia Hari Raya memanglah tidak tercerita memandangkan terlalu banyak peristiwa yang mengimbau kenangan suka-duka berhari raya terutama di zaman kanak-kanak dahulu.
Di Zaman BR berhari raya dahulu untuk mendapatkan duit raya keseluruhan RM10 pun susah walaupun telah berpeluh-peluh berpusing satu kampung kerana pada waktu itu wang syiling 5, 10 dan 20 sen adalah yang paling banyak disedekahkan kepada kanak-kanak yang datang berkunjung.
Berbeza dengan sekarang di mana paling kurang 50 sen dan RM1 adalah menjadi satu kemestian untuk disedekahkan kepada kanak-kanak. Kalau hendak dapat 50 sen atau RM1 pada waktu itu, pergilah beraya di rumah cikgu, gerenti boleh dapat sebab memang telah di 'mind set' kan bahawa golongan cikgu ini banyak duit... He.. he..
Apabila dah dapat banyak duit raya, maka beramai-ramailah pergi ke bandar atau pekan berhampiran untuk untuk 'bersuka ria'. Baik kanak-kanak lelaki mahupun perempuan, biasanya pergi shopping barang permainan ataupun menonton wayang. Memang enjoy pada waktu itu sambil di tangan memegang botol soda... Ada sesetengah kedai yang membuka 'extra table' khas untuk menjual mainan dan juga judi 'tikam-tikam' selain daripada penjualan bunga api dan mercun. (Pada waktu itu bunga api dan mercun belum lagi diharamkan).
Sesuatu yang amat menyentuh kalbu menjelangnya Hari Raya ialah apabila BR terpandang kembali peluru dan pistol ini. Masih terbayang kira-kira 35 tahun yang lalu peluru dan pistol inilah yang akan menjadi pilihan utama kanak-kanak yang dibeli dengan hasil duit raya.
Setiap satu tabung mengandungi 6 roll peluru di mana setiap satu roll mempunyai 100 titik belerang untuk 100 tembakan. Untuk yang lebih advance, peluru ini akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat jika diketuk dengan penukul.
Inilah pistol yang dimaksudkan, terdapat di dalam berbagai saiz dan bentuk seperti pistol sebenar. Pada zaman BR dahulu pistolnya adalah lebih kecil dan muat-muat untuk dimasukkan ke dalam poket, ada yang single barrel dan double barrel.
Cara meletakkan peluru pistol adalah seperti ini. Ada button kecil di tepi pistol untuk membuka dan menguncinya semula selepas dimasukkan peluru.
Kelihatan titik belerang yang akan meletup apabila diketuk. Bunyi yang dihasilkan tidaklah sekuat manapun cuma asap dan percikan apinya sahaja yang lebih...
Setiap kali trigger ditekan, ketukan pada belerangpun akan berlaku di mana akan menghasilkan bunyi letupan bersama percikan api dan asap. Oleh sebab itu itu pistol ini perlu selalu dicuci kerana akan terdapat debu-debu merah di dalamnya.
25 Any comments?:
sudah lama, ane tidak melihat mainan macam ini.. nice pic...
huhuhu aku pernah men benda ni time kecik dulu...perghhh hang memang terbaikk...mengembalikan memori aku mase kecik2 dulu...aku rindu!!!
Saya penah main menda nie masa kecik dulu...lupa plak feel dia camna! haha !
err..sy main je bnde ni masa umur sy 12thn..kire2 8tahun yg lalu..ada je org jual bnde ni masa tu..huhu
wahhh..sangatlah nostalgic...saya teringat adik lelaki dan abang saya mmg suka beli ni selepas dpt duit raya..lepas tu saya suka marah-marah sebab bising dan adik dan abang saya suka sakat saya buat saya jadi terkejut dgn "tembakan" mereka!
Bro Br, pistol saya jenis kecik jer, memang seronok, ada sekali beli peluru peluru lemau tu yang tension. tapi memang syok!, selepas teknologi pistol peluru kertas merah , muncul pula pistol peluru plastik merah.. memang syok ! beberapa tahun lalu masih dijual lagi tetapi sekarang dah tak nampak pula...
hahahaha.. teringat zaman kanak2 dulu..
tp zaman tu peluru dia dh jadi bulat2 cam bunga tu..
Teringat aku masa kecik kecik dulu, sempoi la bro,
tapi kat tempat aku dah susah nak dapat pistol ni, kalau pistol cucak tu ada la, tapi salah di sisi undeng undeng
teringat kisah baharik
rindu nye pistol tu..ade lg ea?
tringat maen perang2 ngan abg, adik lelaki ngan sepupu..err--prangai mcm jantan mase kecik2 dulu..hihihi~
dulu zaman bebudak de main..
haha..dlu masa kecik rongak suka main ni..
Salam bro BR,
Selamat Hari Raya...
Nice entry! Pistol ini antara yang terbaik di musim perayaan. Kalau terlajak tak meletup, boleh tarik dan adjust balik dan... tembak!
sama la pernah main pistol ni dulu. best2 :)
ada lagi ke sekarang pistol ni? zaman dulu kalau dpt main pistol ni kira hebat yang amatlah....
abg saya ada satu dulu, tp kedekut... nk pinjam kejap pun tak boleh! so, saya curik peluru dia pas tu ketuk sendiri ngan batu... heheh... nak kasik bunyi letup gak!
maen mercun pop suda la..
wah...rindu kt mainan nie..dulu tym kecik penah gak r ader pistol nie..tp ble bapak awk dpt tau awk ngn abg awk beli pistol nie,,,die marah n siap bakar pistol nie dpn ktowg...lps pade 2 x berani da beli pistol nie...hehhe..memory silam...
=)
Pak Nidus lagi haru...tahun 60an mak Pak Nidus tak mampu nak beli...apa lagi nangislah sampai petang. Sekarang kalau ada peluang Pak Nidus main puas-puas...kah...kah...kah. Maaf ya Mak..
zaman kanak2 dah puas main.. sekarang ni kalau tengok budak2 main benda ni, terdetik dalam hati..'bising la weyh!!!' tapi bila pk balik..kecik dulu pun aku main benda ni.. diam2 sudah.. hehe.. ;D
Uff, aku ingat, waktu ada pistol-pistol yang begini. Sudah hujan banyak dari waktu itu....
Salam kenal
rindu gler kt pistol ni....hehehe
kecik2 lu slalu main benda ni..hehe..best2!
uhhhhh... pistol ni mmg best laahhh.. suka bau asap nya.. high siot!!! hehehe
nostalgia la
Post a Comment