21 September, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010!


Kepada semua anak-anak yang berada di Darjah Enam sekolah rendah di seluruh Malaysia BR ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR yang telah bermula pada jam 8.00 pagi tadi dan akan berakhir pada hari Khamis 23.09.2010 (tiga hari). Jawablah soalan-solan yang dikemukakan dengan tenang dan penuh keazaman untuk mendapat gred 'A' bagi setiap subjek yang diduduki.


Pada zaman persekolahan BR dahulu iaitu ketika di tahun 1970-an, belum wujud lagi Peperiksaan UPSR ini tetapi yang ada hanyalah Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Untuk makluman, Peperiksaan Penilaian Darjah Lima telah diperkenalkan pada tahun 1967 dan dimansuhkan pada tahun 1986 dan diganti dengan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah atau UPSR sekarang.


Rata-rata apabila ditanya kepada rakan-rakan seangkatan, ramai yang tidak mengetahui kepentingan peperiksaan PPDL ini termasuklah BR sendiri kerana pada waktu itu kami hanya belajar seperti biasa sahaja tanpa sebarang tekanan berorientasikan peperiksaan.


Hasil daripada keputusan cemerlang Peperiksaan Penilaian Darjah Lima ini rupa-rupanya membolehkan murid melanjutkan pelajarn Tingkatan 1 di Sekolah Sains, MCKK, STAR, Clifford, Maktab Tentera dan lain-lain sekolah berasrama penuh.


Apabila tiba hari peperiksaan, kami hanya tahu menduduki dan menjawab soalan kerana cikgu hanya menyuruh kami membawa pensil 2B dan getah pemadam.


Amat berbeza dengan situasi sekarang di mana komitmen oleh pihak Kementerian, Jabatan, PPD, Sekolah, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat amatlah tinggi bagi memastikan kejayaan murid-murid di dalam peperiksaan UPSR ini sehinggakan kadangkala mewujudkan satu suasana perlumbaan dan tekanan seolah-olah Peperiksaan UPSR ini adalah kayu pengukur muktamad terhadap kebolehan seseorang individu itu.


Untuk itu berbagai-bagai siri-siri motivasi, bengkel, teknik menjawab soalan, kelas-kelas tambahan serta berbagai lagi nama dan istilah yang diberikan kepada program-program anjuran pihak sekolah dan sebagainya telah diadakan bagi memastikan kejayaan murid di dalam Peperiksaan UPSR ini.


Apa kaitannya gambar-gambar yang dipaparkan dengan musim peperiksaan ini?


Di era 70-an dahulu, barangan di dalam gambar-gambar yang ditunjukkan memang memainkan peranan yang penting sebelum seseorang murid itu menduduki sebarang peperiksaan awam.


Ramai di kalangan ibu bapa menggunakan ikhtiar terakhir dengan membawa barangan tersebut untuk di'hembus' oleh tokoh-tokoh agama serta para alim ulama bagi tujuan penerang hati dan tidak gugup ketika menghadapi peperiksaan.


Gambar 1: Sebotol air - diminum sedikit di rumah sebelum melangkah untuk menduduki peperiksaan bertujuan untuk penerang hati.

Gambar 2: Sirih pinang - dimakan sebelum peperiksaan bermula bertujuan menghilangkan darah gemuruh.

Gambar 3: Cekelat (gula-gula) HACKS - dimakan ketika peperiksaan dijalankan juga untuk menghilangkan perasaan gemuruh.

Gambar 4: Pensil 2B

Gambar 5: Raba (pemadam)

Gambar 6: Gerumit (pengasah)


Sebagai contoh di Daerah Pendang, Kedah pada waktu itu terdapat beberapa orang tokoh agama dan alim ulama di antaranya ialah Allahyarham Tok Guru Haji Yazid dan Allahyarham Tok Guru Haji Razak (Haji Daq). Apabila tiba musim peperiksaan, maka ramailah yang akan berkunjung dari seluruh pelusuk negeri untuk meminta air penerang hati ini.


Namun begitu, walau apapun jua usaha dan ikhtiar yang dilakukan, mohonlah doa kepada Allah S.W.T. semoga segala apa yang diusahakan akan mendapat keberkatan dan keredaanNya.


Untuk anak-anak, buatlah yang terbaik dan buktikan kemampuan diri dengan penuh keyakinan... InsyaAllah.


Selamat Berjaya!

14 Any comments?:

Anonymous said...

sharpener bercermin tu mmg femes zmn sekolah dulu.. he..he.. sbb senang nak belek jerawat..

cikpia said...

sangat nostalgia!!!!!!!!!!!!!!!! suka!!!

Nur Areefah said...

sekarang dah tak jumpa pengasah pensel macam tu..
entry ni mengingatkan zaman muda-muda =.=

-Nur Areefah

Solihin Zubir said...

perghh.. nostalgia betul..
paling teringat sekali, kt gerumit cermin tu la.. hehe..
gud luck suma!

Anis Zahorin said...

hehe zaman kitaorg tahun 2005 still merasa pengalaman tu..kecuali yg no..hehe kami xreti makan sirih pinang..maklumla..sekolah luar bandar..

budak sekrg mane ade mcm ni lg..nostalgia..hehe suka~

mummy_ayu said...

ah ah kan..dah start dah upsr....teringat zaman kita dulu...seram sejuk satu badan...

Nekmo said...

selamat menduduki peperiksaan buat adik2 semua..hehehe

Unknown said...

aku pun zaman Penilaian Darjah Lima gak.. :)
mmg nostalgic...
aku rasa pemadam benda nih ada lagi kot ehhehe ka dah pupus...
Kuman Entry

Arif Agus Bege'h said...

info menarik banget

Admin said...

blog ni kreatif tahniah .. cantik..

Siti Noor Aminah said...

haha. germit tu lama dh tak jumpa.

Zana S said...

salam kenalan... hehehe... masa zaman saya byk sikit peralatan dibawa ke sekolah. tapi tang gugula ngan sirih pinang tu... alhamdulillah tak disuruh mkn. sah2 la tak makan.. tehehee...

sekarang nak upsr ngalah nak spm rasanya... :)

BieytaRohani IBERAHIM said...

ya la bezakan dengan zaman kita sekolah dulu...my daughter pun upsr thn ni tapi rileks je...tak kisah katanya dapat brapa A coz cita2 dia nak jadi tukang masak@tukang jahit so katanya tak perlu jadi yang terbaik untuk semua tu and bieyhanny pun tak kisah..tak nak kongkong dorang tu...asal nanti pandai bawa diri,cukup la

BieytaRohani IBERAHIM said...

bieyhanny masa sekolah rendah dulu tak pernah duduki apa2 ujian coz maklumlah sekolah atap mana ada semua tu once dah form 3 baru ada tu pun tak pernah nak minta air@sireh coz mummy bieyhanny tak faham adat orang melayu....so bila exam redah je!!!!!hehehe and samalah bieyhanny buat untuk my daughter redah je!!!!cuma kat sekolah cikgu dia yg bagi dia kurma hari2 masa exam tu

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'