18 September, 2010

Teka-teki Siri 3/2010: Apakah Benda Ini?


Sebagai hadiah Duit Raya kepada pengunjung blog ini, adalah dimaklumkan bahawa dengan ini BR dengan murah hatinya akan menghadiahkan topup RM10 (Maxis, Celcom & Digi sahaja) kepada sesiapa sahaja yang boleh meneka apakah benda ini dengan betul.


(Sila klik untuk besarkan imej)


Syaratnya mudah sahaja, terbuka kepada SEMUA pengunjung blog ini dan sila berikan jawapan anda di bahagian komen sahaja (di Cbox tidak akan dikira).

Jawapan PERTAMA yang betul atau hampir betul akan dikira sebagai pemenang. Keputusan pengadil adalah muktamad, surat menyurat tidak akan dilayan. He.. he..

Klu: Alat ini pernah digunakan di tahun 1970-an.

Untuk makluman, tempoh menjawab telah dilanjutkan selama 4 hari dan hadiahnya juga telah di'up'kan kepada RM10 (sebelum ini RM5) untuk memberi lebih peluang untuk memikir, merenung dan membelek apakah bendanya he.. he..


Selamat mencuba!


* Tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 9.00 pagi hari Rabu 22.09.2010. Jawapan sebenar dan pemenangnya akan diumumkan pada jam 10.00 pagi hari yang sama.


23 Any comments?:

Solihin Zubir said...

apekah ini? huhu.. penunu bunsen kowt.. haha..

eszol raar said...

thermostat or jam randik

iza said...

Soket plug fius....

dyetika said...

pelita!!!

tengkusri said...

lampu minyak tanah

ateyn said...

just maw try

sama ada jwpnnya stand kipas ataupun blender punya mptor yg bwh toh~

ateyn said...

**motor

kaduk said...

Pelita kot.hehe

Blues Riders said...

Klu yg kedua: gambar ini ialah pandangan dari bawah objek.

sue/allya/zalya said...

pe tu... klu len, bg le... =)

Ezao' Edogawa said...

kepala pelita yang pakai minyak tanah.
betul tak?

Hairil Rizal said...

Aerial tv? Aerial radio?

Ms. Qhayal said...

tapak kaki lampu minyak tanah

MgtBobber said...

Tombol radio keset dalam kereta zaman-zaman 70an dulu!! hehee..

MgtBobber said...

Tak pun meter kot??

Blues Riders said...

Klu yg ketiga: selalunya digunakan pada waktu malam.

transformed housewife said...

lampu suluh zaman 70-an. hehehe mcm merapu je jwpn.

H.A said...

ramainye jawab pelita/lampu minyak tanah/kaki pelita.....

saye pon jawab yg same..tapi nape cam tak dilayan je jawapan tu...sala erk..hehe..klu yg keempat?....

MgtBobber said...

Tombol lampu gasolin!

Iaryylr said...

Pening juga, suis ?

iza said...

Kaki/penutup bawah lampu gasolin

Iqbal Hashim said...

ini pemegang mentol tungsten ni

MgtBobber said...

Suis reostat lampu!! bagi cerah atau malapkan lampu..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'