03 November, 2010

Gelas Milo Olimpik L.A. 1984


Gelas Milo ini telah dikeluarkan sempena Sukan Olimpik kali ke-XXIII di Los Angeles, California, USA pada tahun 1984. Berdasarkan kepada tarikh tersebut, berkemungkinan bahawa gelas ini telahpun berusia 26 tahun.


Berketinggian kira-kira 13.5 cm, gelas ini adalah berkualiti 5 bintang (meminjam kata-kata Bro Rasli Koleksi Botol Oren Pahang Oldskool) berdasarkan ketebalan kaca gelas dan 'keberatan' yang dimiliki.


Tertulis perkataan "Menghayati Semangat Kesukanan Olimpik L.A. 1984" di bahagian atas gelas diikuti dengan beberapa simbol aksi acara-acara yang dipertandingkan pada sukan tersebut di sekeliling gelas.


Di bahagian bawah gelas pula terdapat kaca kelabu yang timbul di sekelilingnya bagi menambahkan lagi seri gelas apabila diisikan dengan air Milo terutamanya Milo Ais. 'Peluh-peluh' ais yang keluar boleh membuatkan air di dalam gelas ini bertambah menarik dan sungguh menyelerakan... He.. he..


Untuk pengetahuan, gelas ini telah dikeluarkan di dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Bentuk fizikal kedua-dua versi gelas adalah sama cuma pada perkataannya sahaja telah diubah kepada "Celebrates The L.A. 1984 Olympics".


Cerita mengenai gelas Milo Olimpik L.A. 1984 ini juga boleh pembaca ikuti di Hobby & Collection - Hobi & Koleksi oleh Bro iaryylr.


Tidak dilupakan juga pada setiap bontot gelas terdapat logo Milo emboss yang secara tidak langsung akan kelihatan apabila kita minum menggunakan gelas ini sebagai salah satu strategi pengiklanan.

11 Any comments?:

Iaryylr said...

Thanks Bro!, saya terlepas edisi bm sewaktu di kedai second hand lelong, Hari ini baru saya dapat rujukkan terdapat 2 versi, yang saya post dulu saya beli disebuah kedai kasut & seberneka lama

Dayang Deno said...

x pernah tengok gelas nie..
weeee....

Abu Uwais said...

gilak lah.. mner dapat ni

Albert said...

Great collection! I really like brands merchandise :)

MACD said...

Gelas favorite aku masa kecik.
:D

Unknown said...

terbaik ni bro.. saya tak ada lagi edisi bm.. mana leh cari yek.. terjumpa hanya versi bi je.. kene mencari lagi..http://edilelly.blogspot.com/2012/05/1984.html

Blues Riders said...

BR to edilelly:
stok edisi bm kat BR banyak lagi..

Unknown said...

bro... nak ambk 6 pcs ada ke.. nak ckupkan 1/2 dozen yang bm.. sy tak ada lg yang bm.. berapa nak jual siap pos

vmerv vkbvr said...

Saya ada dua biji gelas versi bahasa melayu. Pada pendapat anda berapa harga yang Saya patut letak untuk dijual?

vmerv vkbvr said...

Saya ada dua biji gelas versi bahasa melayu. Pada pendapat anda, berapa harga sebiji gelas untuk saya jual?

vmerv vkbvr said...

Saya ada dua biji gelas versi bahasa melayu. Pada pendapat anda, berapa harga sebiji gelas untuk saya jual?

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'