01 November, 2010

Majalah Bambino 1972


Majalah Bambino ialah sebuah majalah komik berbahasa Melayu yang sesuai untuk semua golongan terutama pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai sumber hiburan dan rujukan tempatan pada waktu itu. Diterbitkan buat kali pertama atau keluaran sulungnya ialah pada 31.08.1972 bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-15.


Kepada pembaca yang pernah melalui zaman kanak-kanaknya pada waktu itu pastinya tidak akan melupakan kehadiran majalah ini. Hasil karya pelukis dan kartunis tempatan seperti Rizalman, Mishar, Shamsul, Sailawati dan Halim Teh (sekadar menyebut beberapa nama) memang telah memberi kesan melalui komik-komik yang telah dipaparkan.


Majalah Bambino yang BR miliki ini adalah keluaran kedua yang mengandungi 17 muka surat dan diterbitkan pada 15 September 1972.

Walaupun ia bukanlah keluaran pertama, tetapi sudah cukup untuk membuktikan bahawa majalah seperti ini telahpun wujud di negara kita sejak lama dahulu bersama-sama dengan majalah komik yang lain seperti Bujal, Wak Dojer dan Dewan Pelajar.


Majalah Bambino diterbitkan dua kali seminggu oleh Syarikat Spektra, Peti Surat 1113, Petaling Jaya dan dicetak oleh Percetakan Central Sdn. Bhd., No. 6, Jln. 13/6, Petaling Jaya, Selangor. Mengandungi komik bersiri, cerpen, cerita bersiri, peraduan melukis, bimbingan melukis, mencari gambar tersembunyi, jenaka dan lukisan kartun oleh kartunis-kartunis tempatan.

Ruangan 'Apa Kata Anda' adalah ruangan untuk pembaca memberikan maklum balas dan pandangan mengenai majalah ini dan Ketua Pengarangnya pada waktu itu lebih mesra dengan panggilan 'Pak Cik Bambino'.


Di antara tajuk komik bersiri yang terdapat di dalam majalah ini ialah "Mengembara Ke Dunia Khayal", "Senja Berdarah" oleh Rizalman, "Kumbang" oleh Mishar, "Ranjau Hidup" oleh Sailawati. Selain daripada itu, pembaca majalah ini juga turut dihidangkan dengan cerita bersiri yang bertajuk "Telaga Buruk Di Pulau Katak" oleh Mior Shariman Hassan.


Komik bersiri bertajuk "Pengembara Angkasa" oleh Mohd Ali dan "Mundik" oleh Mishar.


Satu lagi komik bersiri bertajuk "Kubur Tak Bertanda" oleh Shamsul. Ruangan 'Bakat Bambino' ialah ruangan untuk mengasah bakat pembaca dalam bidang melukis manakala ruangan 'Mari Melukis Dengan Bambino' pula ialah tip-tip melukis yang dikelolakan oleh Abdul Halim Teh.


Harga senaskhah majalah ini pada waktu itu ialah 30 sen. Terdapat juga ruangan khas iaitu "Prof. Zingaro" mengisahkan mengenai penciptaan sains oleh Zany dan "Tompok" oleh Halim Teh yang mengisahkan mengenai seekor kucing.


"Sesuatu yang positif ada juga negatifnya, terutama dalam pertalian letrik" - Prof. Zingaro.

15 Any comments?:

Muzaffar said...

Salam...

Saya masih ingat dengan maskot Bambino iaitu anak rusa. Saya tercari-cari kartun Lagak A. Mahmud dalam majalah Gila-Gila tahun 80-an. Ada ka?

alan said...

ya saya ingat juga pada bambino..kalau tak silap majalah ni ada sampai tahun 90 an rasanya.

Spallan said...

ahaaa, feveret masa kecik dulu.....best

Qaseh said...

salam atuk...sihat?....saya dah tutop blog saya....harap atok sihat2 selalu...:)

kueh bakar said...

bambino aku rasa gajah kecik warna biru kan....dulu ada komik kecik citer tarzan....saiz tapak tangan....huh best layan...

pN.rOs said...

penah baca komik ni.....
masa tu komik conan tader agi hehehe

fiqas said...

saya ingat majalah ni...pernah gak buat koleksi dulu...

hentian said...

bambino ni popular tang hidung dia..

mamaG said...

salam,

la ade ke majalah ni? taktau pon ade.. huhuhu.. mase kecik lu tak penah baca majalh, dok main jer keje..

mama Glam 4 lil one said...

br tau ada majalah ni..

i'm shin... i'm inesen said...

menarik sgt... mcm penah baca la ini majalah.. tp dulu kekecik mana ada duit.. pinjam kat kawan kot.. atau baca kat skolah

Anonymous said...

Bila tiba musim tengkujuh, memang majalah inilah yg dibaca...sekalipun dah berulang2 kali dibaca...aku masih ingat, majalah ini aku mula membacanya waktu aku mula-mula boleh membaca, sekitar tahun 1985...

Anonymous said...

sya paling minat mjalah ni.waktu sya sekolah rendah.pantun ciptaan sya prnah tersiar di salah satu ruangan dan mendapat hadiah saguhati melalui pos.tp sya sukar untuk dptkn setiap keluaran sbb tiada duit lebih..sya dpt lihat pntun sya pun sbb d beritahu oleh cucu jiran sya tu pun skjap saja..sya dapat mjalah ni beberapa kali bila abg sya yg bkrja d bdr balik dan beli untuk sya.wktu tu hnya ibu yg mnyara hidup sya sbb bpa telah meningal ketika sya masih 5 thn.

Anonymous said...

Dulu ada Spy Leman, Dol Keropok Wak Tempe, Bujal, Si Katan Dengan Datoknya..memang nostalgia...hilang dlm simpanan waktu pindah rumah. Klau lah boleh di share...

Unknown said...

Ada tak sapa2 miliki bambino no 2 ni ? Klu nk jual sy nk beli...tma ksh

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'