29 November, 2010

Nasib Si Basikal Raleigh


Pulang ke kampung baru-baru ini maka teringatlah pula pada basikal Raleigh peninggalan arwah ayah yang sudah lama tidak dipedulikan lagi dan hanya diletakkan di belakang rumah. Rasanya sudah hampir berpuluh tahun basikal ini dibiarkan begini.


Basikal ini telah dibeli di sekitar tahun 1953 ketika arwah ayah berkhidmat di Pahang. Pernah BR melihat gambar photo arwah ayah bersama basikal ini diambil di dalam studio gambar ketika ianya mula-mula dibeli. Memang cantik dan berkilat-kilat waktu itu. Kalau terjumpa lagi dengan photo tersebut akan BR uploadkan nanti.


Dikenali juga sebagai basikal 'jantan' kerana ada 'galang', kalau tiada galang dipanggil basikal 'betina'. Teringat di zaman kanak-kanak dahulu mengayuh basikal ini di bawah galang dengan sebelah tangan memegang handle bar manakala sebelah tangan lagi memegang galang... He.. he..


Sudah terlalu uzur kerana ditinggalkan terbiar berhujan dan berpanas sehingga berlumut serta mengalami tahap pengkaratan yang cukup kritikal dan sukar untuk dibaik pulih lagi.


Head badge Raleigh membuktikan bahawa basikal ini adalah sebuah basikal Raleigh yang cukup popular suatu ketika dahulu. Sesiapa yang memiliki basikal ini pada waktu itu bolehlah dikatakan seorang yang hebat.


80% barangannya masih asal tetapi mungkin sudah tidak boleh digunakan lagi.


'Buyung' atau hub hadapan.


Hub belakang kelihatan lebih besar. Kelebihan basikal ini ialah bunyi yang dihasilkan oleh hub ini cukup enak didengar, "tik.. tik.. tik.." dan mempunyai kabel seperti gear dan dikawal di handle bar basikal.


Mungkin akan memakan belanja yang besar jika hendak dibuat restoration. Begitu juga dengan alat ganti yang entah ada entah tiada. Ada sesiapa yang beminat untuk membeli besi buruk ini?


21 Any comments?:

suria lekatlekit said...

kenangan itu lbh berharga.. teringat motor uzur arwah ayah buat gi masjid.. still blh guna tp sapa yg nak gunakan?? anak2 semua pmpuan.. ramai dh pakai keta, yg bongsu dgn skuternya.. motor tu hanya terdampar sepi tnpa di tunggangi lg.. Jasanya membawa ayah ke masjid.. Motor pertama yg di beli. kt umah ada 2 motor ayah yg x gunakan.. kereta yg ayah guna, kita berpihak sepenuh pd kakak.. dulu kongsi2 dorang guna

fiqas said...

pernah naik basikal ni dulu2...nenek punya..yg jantan n betina pun ada..heheheh

Hantu Kak Limah said...

beskal ni la dapat atr aku gi sekolah sampai leh jd bijak pandai cam ni..kenangan terindah bile duk kt palang tengah..

Iaryylr said...

Bro, Boleh repair lagi tu!

frightrice said...

Bro, berapa harganya? :)

AMIIZAA@Mieja said...

zaman dulu, basikal nie pakcik saya pergi balik pergi sekolah dok ulang alik ke sek teknik JB.zaman dulu mana ada bas byk mcm skrg:)

AMIIZAA@Mieja said...

bro, tempayan tu pon blh simpan buat perhiasan...letak dlm rmh:) nostalgia.....

Blues Riders said...

BR to:
1. THE LEKAT LEKIT STORY
2. fiqas
3. ct fad
mmg kenangan itu lebih berharga, w/pun yg tinggal hanyalah brg2 buruk.. hargailah apa yg kita ada skrg, masa yg berlalu xkan kembali lagi.. hu.. hu.. wuargh...!

4. iaryylr
xleh repair dah bro ia, kondem teruk dah tu...

5. frightrice
'timbang kilo' boleh bro?

6. Mieja@2001
eh.. eh tak prasan pula ada tempayan antik kt situ, rumah lama tinggalan nenek. byk brg2 lama.

Mizz_Ila said...

teringat basikal atok di kampung. dah kuberikan kepada pakcik saudara menjaganya.
dulu masa kecik2 selalu berebut dgn sepupu nak pakai basikal atok main di kala petang hari

ijatnuar87 said...

aduyai...rugi giler bro...ingt balik jaman dlu2,naik besikal atok,siap jatuh2 lagi...tp nk baiki pom cam ssh jek...kenangan giler nih...

MOH KEMBARA said...

Salam, nampak cam basikal arwah tok Yong tu tapi tak tau ntah kemana. Rumoh Opah kami ada lagi still standing tp dah reput. Banyok barang2 lama dlm tu tp tak berani masuk, ada Drakula!

Cendana Kasih said...

teringat basikal arwah pakcik, saya pun pandai gak bawak beskal tu...

Pia said...

salam..tempayan tepi beskal tu kalau lum rosak..saya nak..

n.hasleena said...

asalam...sy pernah bawak beskal gini masa zaman sekolah. itupun pinjam basikal jiran sbb takde basikal hehehe...tapi kaki kena sampai. kalau tak, tak dapat kayuh :)

Asri Alam said...

basikal otai ni,, hehe

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

aduish,..teringat zaman dulu time naek basikal lagi..hehe

Pia said...

salam..BR,serius..kalau tempayan tu masih elok..(tak pecah)..saya nak satu..satu je..takut nnti bila ada permintaan,rega tinggi lak..

Pia said...

salam..tq sangat2..kat kpg sy,blkg umah tok dulu ada byk,,buat x kisah jer..tp tgk umah kwn2 depa tak kt hall..cantik sgt..blik pi cari blkg umah tok..dh ilek...xtau sapa amik..ntah2 depa pi jual kt pasar karat tak?

munira said...

salam...
nak jual ke?macam menarik je!
umah katne ek?

frightrice said...

Berapa kilo basikal ni bro?

Anonymous said...

basikal ada lgi ke?jual sama saya..kita kasi restore original condition

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'