10 November, 2010

Snow Flake Household Cleaner


Jangan tersalah sangka bahawa ini adalah Snow Flakes (Nestle), namanya sahaja sama tetapi kaedah penggunaannya adalah berbeza. Snow Flake Household Cleaner ini digunakan untuk mencuci pelbagai peralatan rumah seperti pinggan mangkuk, lantai, sinki, dinding dan tidak boleh dimakan kerana ianya bukanlah makanan... He.. he..


Keadaan bekasnya yang sudah uzur membuktikan usianya... Pencuci serba guna ini telah lama tiada di dalam pasaran tetapi ianya cukup popular suatu ketika dahulu di tahun 1970-an. Berbentuk seperti serbuk pencuci dan saingan terdekat bagi produk ini pada waktu itu ialah pencuci pinggan mangkuk jenama 'VIM'.


Tiada penerangan-penerangan khusus kepada pengguna mengenai produk ini di labelnya cuma terdapat beberapa gambar peralatan dapur, sinki dan bath tub yang menuntut kefahaman bahawa produk ini adalah pencuci serba guna. Kepada pembaca yang pernah menggunakan produk ini bolehlah menjelaskannya dengan lebih lanjut lagi di sini.


Di bahagian yang sebelah lagi bertulisan cina yang mungkin membawa maksud yang sama iaitu jenama dan kegunaannya.


Made in People's Republic Of China sudah cukup untuk membuktikan bahawa ini adalah produk lama kerana sebarang produk buatan China sekarang ditulis sebagai 'Made In China'.


Mempunyai lubang-lubang seperti bekas bedak untuk menabur pencuci di tempat yang hendak dicuci. Jangan sekali-kali diletakkan di meja solek kerana kebarangkalian untuk menganggapnya sebagai bedak amatlah tinggi...


Untuk pengetahuan, Snow Flake Household Cleaner ini masih lagi mempunyai isinya dan belum digunakan lagi. Disimpan untuk tatapan anak cucu sekarang yang tidak pernah mengenali produk ini...

6 Any comments?:

ej said...

adeh... maner la lu dapat bebarang lama nih bro.. ader sesetengah barang tu yg mmg aku tak penah tgk pon.. huhuhu. keep it up bro.. thumbs up. :D

eMMe said...

me tak penah jumpe la mende ni...mcm2 la bro jumpe barang2 lama....

Nadira Nasarauddin said...

haha! very nostalgialah!!
siap simpan untuk tatapan anak cucu cicit tu :)

Cheqna said...

wahh..mana tuan rumah simpan barang2 klasik ni..

:-)

LadyBird said...

x pernah nmpk seumur hidup lady..
camne leh jumpe ek..

♥ Princess ♥ said...

mn nak dpt barang2 camni?

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'