03 July, 2010

"Bedak Cuticura Siapa Ni?"


"Ayah punya..! Man punya...!" itulah lebih kurang bunyi petikan dialog yang terdapat di dalam iklan bedak Cuticura (disebut sebagai 'kutikura') ini suatu ketika dahulu. Kalau tidak silap di tahun 1980-an kerana pada waktu itu bedak ini sememangnya cukup popular termasuklah aku yang turut menggunakannya ketika mula-mula mengenal pewangi sewaktu di awal remaja.


Di zaman persekolahan dahulu memang bedak inilah yang selalu digunakan sesuai dengan 'All purpose talcum powder' yang tertulis pada bekasnya. Masih ada lagi di pasaran sekarang tetapi sudah mengalami zaman kesuraman berikutan saingan daripada beberapa produk bedak lain yang lebih diminati.


Bekas asal bedak Cuticura ini diperbuat daripada tin berbeza dengan sekarang dimana bekasnya telah dibuat daripada plastik. Untuk pengetahuan, bedak Cuticura di tahun 1980-an ini juga masih lagi berisi dan masih lagi mengekalkan aromanya yang asli. Benarlah kata sesetengah orang bahawa anugerah pancaindera kita yang lima iaitu menghidu, melihat, mendengar, menyentuh dan mengecap boleh membuatkan kita kembali berada di sesuatu tempat...


Terdapat dua saiz bedak yang berjaya diselamatkan tetapi yang menariknya ialah tidak tertulis pula isipadu kandungan bagi setiap bekas.


Lubang untuk mengeluarkan bedak, menggunakan kaedah yang cukup popular iaitu memusing ke kiri atau ke kanan untuk membuka dan menutup lubang ini.


Sewaktu kanak-kanak dahulu, memang aku cukup suka bermain dengan bedak. Kononnya menjadi kereta api dengan menghentakkannya ke lantai lalu tersemburlah bedak tadi sebagai asap melalui lubang-lubang ini.


Di buat untuk Purex Corporation Limited, Lakewood, California, U.S.A. Di antara beberapa kegunaan bedak yang tercetak pada tin bedak Cuticura ini ialah untuk kegunaan selepas mandi, selepas bercukur, untuk keselesaan kaki, untuk cuaca yang panas dan boleh juga digunakan untuk bayi. Untuk makluman juga, kesemua tulisan yang terdapat pada tin bedak ini adalah di dalam bahasa Inggeris.


8 Any comments?:

~Yatt~ said...

salam BR..
wahhhhh..kagummnya daku..bedak ni pun sungguh menggamit kenangan..bestnya BR dapat packaging tin lama nihh..ada lagi xtra tak??..sajer nak cuba nasib..hehe.. ;)

Zack Zaifull said...

payah nak dapat bedak ni

ntah ada ke tidak lagi nih

♥MAMASYAZA♥ said...

yup kat umah dulu pun, mak selalu guna bedak ni

Kniedaz said...

selalu gak guna..suka bau dia

ain said...

anak perempuan saya suka bedak ni.sekarang pun masih ada lagi.hari tu saya beli kat guardian

cimöt said...

aq still simpan botol iye even suda abes...

Iaryylr said...

mungkin, moga saya akan miliki pada 2011! he he he!.. jumpa pun yang bulat tapi empat segi...cari lagi pelan-pelan..., masuk balik blog Bro untuk mencari aroma zaman...

coreen said...

Interesting... I am trying to find the YouTube of the old cuticura ad because I was the little girl that said 'adik punya, adik punya'... Thanks for the memories...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'