Kerajaan pandang serius kes kematian denggi. Itulah satu tajuk keratan akhbar yang perlu kita berikan perhatian memandangkan kes demam denggi bawaan nyamuk aedes ini sememangnya boleh membawa maut.
Entri kali ini memang tidak pernah dibuat orang, tetapi memandangkan tag Blues Riders iaitu 'mengimbau masa silam yang blues...' maka keluar jugalah cerita mengenai kelambu ini. Inilah kaedah tradisional yang telah digunakan sejak zaman berzaman untuk menghalang daripada gigitan nyamuk sewaktu tidur sekali gus dapat menghindarkan diri daripada terkena jangkitan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi dan penyakit untut.
Untuk pengetahuan adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang, inilah kelambu yang pernah kita gunakan semasa di kampung dahulu. Telahpun dilupakan penggunaannya berikutan masing-masing telahpun tinggal di bandar ataupun di perumahan moden yang mempunyai berbagai-bagai gaya penataan hiasan dalaman lengkap dengan bilik tidur yang berhawa dingin di mana kehadiran kelambu mungkin ini akan mencacatkan pemandangan. Mungkin juga keadaan cuaca sekarang yang suhunya agak panas menambahkan lagi kerimasan penggunaan kelambu ini.
Mempunyai gaya ikatan yang tersendiri. Biasanya dimasukkan guli atau batu kecil untuk mengemaskan ikatan di empat penjuru kelambu. Tali yang biasa digunakan ialah tali rafia yang boleh dilaraskan panjang dan pendeknya mengikut kesesuaian tinggi rendah kelambu itu. Kelambu ini juga dihasilkan dengan menggunakan berbagai material seperti cotton ataupun bahan gentian seperti benang plastik. Biasanya kelambu yang diperbuat daripada cotton akan menjadi pilihan kerana sifatnya yang lebih sejuk dan mudah diurus.
Semasa kanak-kanak dahulu BR selalu bermain dengan meletakkan bola kecil atau apa-apa benda di atas bumbung kelambu, kemudian akan menolak-nolak bola atau barangan tersebut dari dalam, maka akan melantun-lantunlah ia sebagai hiburan sebelum tidur...
Pemandangan di dalam kelambu yang lengkap dengan tilam dan bantal. Amat seronok jika tidur di malam hari yang hujan dan kedinginan. Untuk pengetahuan, kelambu ini juga mempunyai aromanya yang tersendiri terutamanya bagi kelambu-kelambu yang telah lama tidak dibasuh. Bagi sesetengah orang 'keharuman' aromanya ini boleh membuatkan tidurnya menjadi lebih nyenyak.
Ada pintu untuk keluar masuk kelambu. Perlu ditutup sepenuhnya dan dimasukkan ke bawah tilam kerana sebarang ruang yang terbuka akan menyebabkan nyamuk boleh masuk. Bagi kelambu yang mempunyai lubang atau terkoyak, biasanya ianya akan ditampal menggunakan kain ataupun dipinkan menggunakan 'ghesang'. Kelemahan penggunaan kelambu ini ialah jika seekorpun nyamuk yang berjaya masuk, memang tidak boleh tidurlah malam itu.
Kesimpulannya, walaupun apa jua kaedah yang kita gunakan, perhatian serius perlu diberikan untuk mengelakkan daripada terkena demam denggi.
Moral Value: Hapuskan denggi, nyamuk aedes boleh membawa maut.
14 Any comments?:
Bro, dulu pun saya guna kelambu juga, kelambu nie kekadang saya buka dulu jemput nyamuk masuk, dah penuh nyamuk baru saya tutup kelambu, pastu satu persatu nyamuk penyek sampai tanggal kaki tangan dari badan. Pastu baru tidur,, zzzzzzz..
salam BR..
kecik2 dulu selalu tidoq dlm kelambu kalau balik kg..pastu penjuru rumah letak ubat nyamuk..ada sekali tu hampir terbakaq kelambu sebab dok main bayang2 guna pelita minyak gaihhh..kenangan itu sungguh indah!.. ;)
psttt..lama tak dengaq perkataan ghesang..hehe..
salam BR
..masa dulu2 tidur guna kelambu sebab takut ngan hantu bukan nyamuk ... pelikkan !
tak penah tidu dalam kelambu tapi kalau diberi peluang mesti rasa macam tido bawah khemah..anak2 mesti suka pastu lambat tido sebab main dulu
salam...
kalu akak balik kampong kat Kedah , memang masih guna kelambu lagi , yg uniknya kelambu tu akak jahit sendiri (recycle) dr kain langsir , jadi dpt ler buat besar sikit n boleh masukkan kipas sekali ...memang seronok dpt tidur dlm kelambu , he he he
Salam,
Memang nyenyak tidur dalam kelambu dan rasa selamat ckit, sebab rasa terkepung. Jadi hantu tak boleh masuk..hehe. Inilah fikiran sweetie masa budak-budak dulu
Luckily my house sentiasa ditutup rapat =)
dah lama tak tido dalam kelambu.ngeh~
dolu pnh merasa tido lam kelabu mase balek kampong..skrg ni dah xde da..huhu... cam dok lam khemah lak kan...
denggi is dangerous =/
masa kecil kuntet tak pernah tdo pake kelambu,klo tido kat luar rumah sering pasal masa kecil slalu pegi malam2 balik larut pintu dah pun dikunci heee!kuntet tak takut hantu pasal hantunya takut liat wajah kuntet yang hodoh...wkkkk
pernah jugak le merasa tido dlm kelambu ni masa dok nek....x pernah pon rasa panas walaupon berkurung semalaman dalam nih...tido dengan nyamannye....:)
kat kg kebanyakan org pakai kelambu lagi..kalo balik kg mesti tido pakai kelambu. nyamuk kat kg lebih ganas dari pekan/bndar..kalo halau nyamuk pakai kipas@ubat nyamuk pun..takdenya takut nyamuk tuh..:-p
memori betul la..kecik2 dulu memg tiap hari tido dalam kelambu, sampai darjah 6..memg best, tak panas, dan memg betul, suke bau kelambu yg tak basuh lame tu..memg lain sikit..
Post a Comment