09 July, 2010

Kipas Angin Sanyo Zaman Dulu-dulu


Baru-baru ini aku ke Puchong untuk mencari kipas angin syiling untuk rumah. Singgahlah di deretan kedai-kedai lampu berhampiran dengan Tesco Puchong. Berbagai jenama kipas boleh didapati di situ yang akhirnya aku memilih jenama KDK untuk kipas syiling.


Lalu terkenanglah kembali bahawa suatu ketika dahulu kira-kira 30 tahun yang lalu aku pernah menggunakan kipas angin meja berjenama Sanyo. Sungguh tahan lasak dan masih boleh digunakan sehingga kini cuma ianya telah tidak digunakan lagi dan hanya tersimpan berhabuk di dalam stor.



Telah dibeli dan digunakan oleh keluarga ketika aku masih lagi kanak-kanak. Masih terbayang lagi ketika mula-mula dibeli dahulu berebut-rebutlah dengan kakak dan abang untuk menjerit di depan kipas untuk menghasilkan 'suara bergetar'. Jenuh jugalah kami bermain dengan kipas angin ini sementara hendak jemu, berbagai aksi telah digayakan untuk meneroka kehebatan kipas angin ini kerana setiap kanak-kanak pastinya akan tertarik dengan sesuatu yang baharu.



Panel kawalan kelajuan kipas sama seperti kipas-kipas angin masa kini. Butang '0' itu ialah untuk 'off' kan kipas manakala butang 1, 2 dan 3 untuk tahap kelajuan kipas. Memang seronok bermain dengan butang-butang ini, boleh buat seperti motosikal, sekejap laju dan sekejap perlahan.


Butang kawalan 'self-timer', tak sangka pula kipas angin dulu-dulupun memiliki fungsi ini.


Bahagian hadapan kipas yang ditutup penuh untuk keselamatan. Untuk pengetahuan, bilah-bilah kipas ini diperbuat daripada tin dan bukannya plastik seperti kebanyakan kipas angin sekarang. Memang merbahaya kerana boleh mendatangkan kecederaan serius jika termasuk jari. 'Sangkar' nya juga turut diperbuat daripada besi yang tertutup kemas bagi tujuan keselamatan.


Di bahagian belakang kipas menunjukkan 'surat beranak' kipas. Dibuat oleh Sanyo Industries (S) Pte. Ltd.


Sebagai bukti, inilah gambar yang menunjukkan kipas angin Sanyo itu ketika di zaman kegemilangannya dahulu. Kelihatan juga piano mainan kecil yang pernah aku gunakan dan bedak Cuticura di atas almari tersebut serta lain-lain barangan dan peralatan yang sungguh memberi nostalgia...


14 Any comments?:

myQza said...

lama dan tahan.
ada lagi ke jenama ni?

Kniedaz said...

kat umah tok dulu ada kipas ni..hehe..kalau g sana mesti dok depan kipas..tapi skang dah takde..pakcik dah buang sebab rosak

Unknown said...

memang kenangan..kipas umah yang dulu2 tu dah entah ke mana dah...memang kenangan la semua tu...erm...ingt lagi suka nyanyi kuat2 depan kipas..best wo...

NURAZZAH8 said...

BR yang pakai baju stripes tu ke? hehehe...Almari kat belakang tu yang cun tu... masih ada lagi ke? kalau letak pinggan mangkuk lama tu mesti meletopss...

Blues Riders said...

yes, hansome baju 'batik panjang' tu BR la hehe.. almari beserta pinggan mangkuk di dalamnya dan set rotan tu masih ada lagi kt kampung, cartridge player & fridge GEC tu dh rosak. Sayang pula rasanya sbb dulu2 tak tahu menghargai semuanya itu...

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,

teringat zaman kanak-kanak dulu, jakun bila ayah beli kipas baru. sekejap lajukan sekejap perlahan. mana tak cepat rosak.

Amirah Jafri said...

menarik! heheeee.

kerangRebus said...

ni anta kat museum ni dpt untung ni..aahhaa...
cayalah..antik2 +_+

CASA QASEH said...

KAT RUMAH I ADA SETERIKA BESI ZAMAN MY MON NOSTALGIA TUE

cha said...

kt umah mak aku ade lg kipas ni.. n masih leh bfungsi dgn baik... mmg lame gile kipas ni, dr aku kecik2 dlu.. mmg x penah rosak.. x mcm kipas zmn skrg, cpt sgt rosak...

Iaryylr said...

Bang BR, kalau 25 tahun yang lalu, kipas angin meja national yang digunakan dirumah, kipas dulu lebih tahan lama dan lasak, kipas sekarang 1~3 tahun jer dah lebur,

Qaseh said...

pernah gak merasa angin dr kipas jenis nih....
dah kena buang dah pon....
kenangan tidur ngan cek (nek) saya berebut kipas ni :(

Anonymous said...

kenangan betul sebab aku pun dulu ada kipas ni

dygkhairunisa said...

abah sya pun ada kipas ni..masih simpan spy skunk..masih blh pky lagi..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'