15 August, 2010

Botol F & N Ketipang Payung...


Pulang dari Trade Fair di Amcorp tempohari nampak gayanya BR telahpun terkena 'angin' mengumpul botol. Bermula daripada peringkat paling beginner atau 'chau kia' sekali, inilah dia botol F & N 285ml yang diperolehi daripada sebuah restoran yang telah dirobohkan untuk diubahsuai berhampiran kediaman baru-baru ini.



Cantik juga dijadikan koleksi dan perhiasan terutamanya bagi yang masih berisi air. Jika di susun di dalam almari dengan botol-botol dari berbagai jenama dan perisa, tentu cantik dengan pemandangan isian air yang berwarna-warni.



Sambil-sambil itu sempat juga membelek-belek majalah-majalah lama dan tiba-tiba terpandanglah pula gambar yang telah disiarkan di dalam majalah Sinar Zaman, Jilid VI, Bil. 65, keluaran April 1978.



Gambar di bawah ini diambil di Restoran Norlaila Ketipang Payung yang terletak di Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Fokus gambar dan rencananya ialah mengenai pengusaha Restoran Ketipang Payung ini iaitu Puan Laila bt. Mohd Yusuf.



Kadang-kadang gambar-gambar lama seperti ini adalah penting sebagai bahan bukti bahawa bentuk dan rupa botol F & N 'seumpama' di atas telahpun diguna pakai semenjak 32 tahun yang lalu (ataupun lebih lama) sepertimana yang dapat kita lihat terhidang di atas meja makan itu (di dalam bulatan).


Tetapi yang lebih menarik minat BR ialah 'sesuatu' yang diletakkan di atas meja makan ketika pemiliknya sedang asyik menjamu selera (di dalam bulatan). Rasanya pemiliknya itu adalah seorang tentera berdasarkan daripada pakaian celoreng yang dipakai. Apakah bendanya itu? Rasa-rasanya macam sejenis submesingun.. Rasa ngeri apabila melihat situasi itu memandangkan sebarang kemungkinan kemalangan boleh sahaja berlaku terutama di tempat awam seperti itu. (Sila klik untuk besarkan imej).


Moral Value: Kecuaian Boleh Membawa Padah.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan juadah berbuka hari ini:


Resepi Puding Ubi Kentang


Bahan-bahannya:


1 kati ubi kentang
2 cawan telur ayam
2 cawan gula pasir
3/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
10 sen kismis



* Ini adalah resepi lama. Sukatan bahan-bahannya masih lagi menggunakan kaedah lama. Pengalaman dan kemahiran 'agak-agak' adalah diperlukan untuk sukatan bahan-bahannya mengikut sukatan semasa.



Cara Membuatnya:


Pukul telur dengan gula hingga kembang. Ubi direbus hingga empuk. Kemudian dilecekkan hingga lumat.

Kemudian masukkan telur yang telah dipukul ke dalam ubi yang telah dilecek tadi.

Kacau rata-rata, masukkan tepung dan susu, kacau hingga sebati.

Masukkan ke dalam acuan, taburkan kismis dan bakar.


Selamat mencuba!


10 Any comments?:

mira_nas said...

huhu... botol mcm tu tak salp ada lagi kat kg Indonesia.. kat sini dah lama takde

Rasli Jaafar said...

Pelan2 kayuh Bro........benda mcm ni dh susah nak dapat free..he he jenuh juga la kalau nak penuhkan 1 creat..hu hu

nidus2 said...

Aku rasa itu Cota bukan submesingun..

NIA said...

whoooo.senapang ke tuh?

NgePas said...

wah.. nge-blues bngt...

nur aisya humaira said...

da lame tk tgk botol ni...
mase kecik2 dlu,sgt laa fames botol ni...
tudung die bt main...;)

Unknown said...

salam, memang byk nostalgia bila tgk barang2 lama zaman kita kecik2 dulu..

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,

Sweetie suka kumpul tutup botol tu buat main, kadang-kadang suka kumpul pelekat dibelakang botol tu ada gambar kartun. cantik buat simpanan.

AUR said...

BR...ni kena buat entri permainan 'TUDUNG OREN'..Mian jentik2 penutup botol tu...

alan said...

rindu kat suasana cam tu..dulu kat umah sy ada kerusi dgn almari kayu macam dlm gambau tuh.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'