16 August, 2010

Sagon Oh Sagon Blues...


Kepada semua pembaca, inilah makanan ringan kegemaran BR ketika di zaman kanak-kanak dahulu. Dikenali sebagai 'Sagon' dan tidak pasti pula sama ada di tempat lain diberi panggilan dengan nama yang lain. Sebenarnya pada waktu itu tidak banyak makanan ringan moden yang boleh didapati seperti sekarang ini, yang ada hanyalah makanan ringan keluaran kampung seperti keropok, biskut dan kekacang. Harganya pula pada waktu itu hanyalah 5 sen atau 10 sen sebungkus dan dijual di dalam plastik 'aiskrim Malaysia'.


Bentuk fizikal sagon ini ialah makanan ber'serbuk'. Oleh itu, satu kelemahan yang dikenal pasti apabila memakan sagon ini ialah dilarang bercakap ketika sagon berada di dalam mulut kerana kemungkinan ianya akan berhamburan keluar dari mulut adalah tinggi. Namun begitu, adalah sukar untuk bercakap sambil memakan sagon kerana mulut terasa bagaikan digam...


Gambar close-up sagon yang di letakkan ke dalam piring. Sagon ini diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah sahaja iaitu tepung beras, kelapa, gula dan garam. Cara penyediaannya juga mudah sahaja iaitu goreng semua bahan-bahan tadi sampai wangi dan selepas itu tambah gula dan garam secukup rasa. Sagon ini juga boleh diwangikan dengan memasukkan beberapa helai daun pandan. Rasanya memang sedap, lemak-lemak, masin dan manis...


Baru-baru ini ketika singgah di R & R Gunung Semanggol menghala ke Selatan Lebuhraya PLUS, sempat juga BR membeli sagon ini yang dijual di sebuah gerai. Rasa berbangga kerana makanan kampung ini telah boleh dikomersialkan sedemikian rupa.


Masih lagi dibungkus di dalam plastik 'aiskrim Malaysia' dan langkah yang diambil oleh syarikat SOFYNICE TRADING ini haruslah dipuji kerana telah mempromosikan semula makanan tradisional rakyat Malaysia ini. Cuma satu sahaja yang perlu diberi perhatian iaitu adalah tidak wajar harga bagi sebungkus sagon ini ialah RM1.20 sebungkus!


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan juadah berbuka hari ini:



Resepi Puding Swiss Roll


Bahan-bahannya:


1 oz. agar-agar
6 gelas air
4 merah telur
4 sudu cornflour
16 oz. gula kasar
1 tin kecil susu cair
4 oz. mentega
Swiss Roll (boleh dibeli di kedai)



Cara Membuatnya:


Agar-agar dimasak dengan 6 gelas air. Bancuhkan merah telur, cornflour, gula kasar, susu cair dan mentega hingga sebati.

Setelah agar-agar dimasak, masukkan ke dalam adunan kedua dan dikacau.

Jerangkan sekali lagi untuk beberapa ketika kemudian barulah diagkat.

Susun Swiss Roll ke dalam acuan dan tuangkan adunan tadi dan sejukkan.



Selamat mencuba!


21 Any comments?:

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,

Memang sedap sagon ni, terasa lemak kelapa dan gula berpadu dlm mulut. memang tak leh bercakap kalau sedang makan sagon ni, maunya tersedak..haa sampai merah muka..

ASaDa RyutaRo said...

hohoho.. mahal giler. bungkus besar ke cmna tu?

masa kecik2 dlu ada jugak sagon yg digulung dlm kertas. sedap.. harga 10sen je. hihi =P

HaNTwO said...

lame x makan benda alah ni...rindu plak zaman kecik2 bile tgk benda ni..

sizuka[Izzati] said...

sedapnya sagon.tringat zaman kcik2 dlu.hehe~

Kniedaz said...

ingat lagi dulu balik sekolah beli tapi jarang la sebab makan mesti tersembur sebab makan sambil melawak ngan kawan2 huhu

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

sagon mmg sdp bro giler sdp ho3 kalo bersepah kne marh dgn mak kih3

Melati Qistyna's Mummy said...

teringat ms kecik2 dl mak selalu wat menda alah neh, mmg kalau ms makan wajib tidak bercakap, kang tersedak, merah bijik mata... :P

nidus2 said...

Sama juga nama kat tempat aku. Cuma bila makan sagon kena 'lenggok', baru keluar semuanya.

zalizalu said...

yuhuuu... masa zaman saya, 20sen... jual dalam plastik aiskrim... penjual dia nek beskal jaja dari rumah ke rumah... huuu

RastaMat said...

Huih...
klasik makanan ni bro..
teringat dolu2...
sedap siot.....

Mohamad said...

Salam BR,
Kalau di kuching sagon dimakan bersama dengan durian. Lain kat Kedah pulut sebagai hidangan bersama dengan durian... Apa2 pun sapa2 yang hidup zaman kita mesti teringat punya dengan sagon nie... t.k

Monalea said...

sagin memang sedap.tapi tak reti nak makan dgn cara yg betul.mesti terbersin

tito Heyziputra said...

sama di Indonesia pun namanya sagon...
Sudah banyak bentuk modifikasi nya, dari berbentuk bulat dan bintang... Sedddaapppp

Rose said...

sagonnn sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa

red One_foren6 said...

layan gak mkn sagon..

artikel terbaru:Photoshop Tutorial – Panorama 360°

eita said...

dulu masa kecik2 dulu memang makan lah sagon.....tapi bila makan memang kawan2 marah kalau nak becakap...takut tersembur sagon kat muka....tapi sekarang ni dah tak pernah makan dah......susah nak dapat....

kema said...

haha~mende neh kema pnah mkn...skg pon ade jual lg tp bungkus dlm kertas jer...sdapp

apek poyo said...

zaman kocik dulu yo sodap..skrg raso dio hampeh

whitecappuccino said...

memang sedap sagon ni..anak saya yg bongsu suka sangat..tapi mahal betul kalo harganya rm1.20...

shameya said...

rindu nya nak makan sagon..
time skolah rendah die jual memanjang kurus lidi je dalam gulungan kertas. satu seposen je :D

beli banyak2.. makan sampai batuk haha

Anonymous said...

sedap sagon ni.. ms sy baca cerita psl sagon kat blog ni, sy tgh makan sagon.. sagon yg sy beli ni sama 100% dengan yg dlm gamba kat bwh skali tu yg u beli bat perhentian.. sy beli kat kedai mamak bwh opis sy je.. harga dia pn mahal RM1.20 huhuuhuhu... tp disebabkan makanan feberet, beli juga la utk lepaskan gian..hehhehe panjang sagon ni cuma 12.5cm je.. lebar plastik tu lbh kurang 3.5cm je.. mahal sungguh.. esok sabtu cuti.. leh la buat sendiri..puas hati..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'