10 August, 2010

Kenangan Indah Di Amcorp Mall


Pada hari Ahad 08.08.2010 yang lalu maka berlangsunglah TRADE FAIR 'Coke, Soda, Aerated Water, Air Oren & Air Lamenet' dengan penuh gilang-gemilang bertempat di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Sekalung tahniah diucapkan kepada SEMUA rakan-rakan bloggers dan collector botol soda yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung di mana pada BR event tersebut amatlah meriah di dalam suasana yang sungguh santai dan cukup friendly.


Acara ini juga secara tidak langsung telah menjadi tempat pertemuan para bloggers yang sebelum ini hanyalah dikenali secara maya sahaja. Rasa sungguh teruja apabila dapat berpelukan dan 'salam mencium tangan' dengan rakan-rakan bloggers lain seolah-olah telah lama mengenali diri masing-masing.


Seawal jam 10.00 a.m BR sekeluarga telahpun tiba di sana. Menurut En. Mat, di dalam kesibukan menyusun barangan jualan, telahpun ada pembeli yang datang membeli. Satu petanda baik bahawa masih ramai lagi peminat-peminat botol soda atau silent collectors di luar sana yang meminati botol-botol soda ini.


BR tertarik pada botol Coke besar yang di atas rak itu, kalau jatuh berderai mahu menangis Bro Blurguyz...


Pengunjung yang datang sama ada untuk melihat ataupun membeli barangan yang dipamerkan di samping mendapat penerangan yang panjang lebar daripada collectors. Mereka yang tidak berminatpun boleh jadi berminat.


Sibuk memberi penerangan dan melayan pengunjung.


Tepat jam 12.00 p.m. BR terpaksa meninggalkan acara kerana ada urusan lain di USJ dan Puchong. Tahniah sekali lagi BR ucapkan, harapan semoga acara ini dapat dijadikan acara tahunan dan kalau boleh dapatlah kiranya diluaskan sedikit scope Trade Fair ini supaya BR dan rakan-rakan lainpun boleh turut mengambil bahagian he.. he..


Gelas RC Kickapoo dan paper cup Kickapoo sebagai cenderahati kepada BR daripada En. Mat dan Bro Frightrice. Thanks guys.


Di dalam kesibukan melayan pengunjung, masih sempat lagi kami bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan termasuklah bersama seorang professor yang menjadi sifu En. Mat dan Bro Megat. Dan yang paling berharga sekali ialah pemberian plastic plate F & N ini yang bertandatangankan 15 orang collector botol soda serta bloggers yang telah terlibat di dalam Trade Fair ini. Cadangnya hendak dibingkaikan pinggan ini sebagai kenang-kenangan, mana tahu 30 tahun lagi boleh dijadikan bahan sejarah... Thanks Bro Fitri.


Disepanjang perjalanan pulang, teringatlah pula pada botol 'F & N Pantai Merdeka' dan mulalah BR berfikir-fikir dan berkira-kira untuk menjadi pengumpul dan memenuhkan almari koleksi dengan botol soda pula... He.. he..


7 Any comments?:

NIA said...

cam best je.nnti bleh bukak muzium collection BR pulak:P

Blues Riders said...

InsyaAllah sizuka, nanti BR buka muzium sendiri.. hehe..
skrg inipun brg xtau nk letak kat mna, rumah dh macm lori majlis bandaran.. kah kah kah..

Thomas Lee said...

Oh!ada gathering rupanya dgn collector bloggers.

en mat said...

terimakasih bro, dtg bagi sokongan pun dah cukup menggembirakan kami...

new info said...

great blog

Iaryylr said...

Ya bro, memang best, tetapi saya lewat tiba, INSYALLAH kita berjumpa dilain waktu.
WOW! 30 tahun lagi adalah pewaris blog ini juga

MgtBobber said...

Terima kasih banyak-banyak bro BR kerana menyokong!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'