08 August, 2010

TRADE FAIR 'Coke, Soda, Aerated Water, Air Oren & Air Lamenet'


Sebagai tanda memberi sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi kepada rakan-rakan collector botol soda, di sini BR turut mewar-warkan bahawa pada hari ini iaitu Ahad, 08.08.2010 maka akan berlangsunglah satu TRADE FAIR 'Coke, Soda, Aerated Water, Air Oren & Air Lamenet' yang julung-julung kalinya diadakan di bawah anjuran peneraju utama iaitu En Mat, En Megat, Bro Sham dan rakan-rakan seangkatan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:



Tarikh : 08.08.2010.
Hari : Ahad.
Waktu : 10.00 pagi - 5.00 petang.
Tempat : Tingkat 3 (berhadapan Mc Donalds),
Amcorp Mall, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.



"Bayangkan 11 seller coca cola dan air soda bergabung...mesti meletup ..... turun jangan tak turun". (Meminjam kata-kata En. Mat).



Jika tiada aral melintang, insyaAllah BR juga akan ke sana.

Jumpa di saa..na..!!


Penghargaan: En. Mat, Bro Frightrice dan Bro Rasli yang telah sudi 'meminjamkan' gambar-gambar di atas.


2 Any comments?:

Awanz said...

Saya bagi pihak pengumpul gundam sangat mengagumi minat pengumpul botol soda. Kumpul botol soda! Memang unik hobi ni... nostalgik hehe

eMMe said...

alaaa...saya tak online la ari Ahad...huhuu...tak dpt join n jumpe BR...hihihihi...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'