24 August, 2010

Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand


Menurut Pengerusi Ayam Brand, Tunku Dato' Mu'tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, "Produk-produk Ayam Brand amat mudah disediakan lagi berkhasiat. Apa yang perlu dilakukan adalah hanya membuka tin dan makanan sudah sedia untuk disajikan," katanya. Oleh itu, tidak hairanlah sardin merupakan merupakan makanan 'kecemasan' atau ration utama yang diperlukan di saat kehabisan lauk-pauk ataupun untuk beralih selera untuk sekali-sekala.


Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, sardin ini juga boleh dijadikan pilihan untuk bersahur atau berbuka. Memang sedap dijadikan sandwich atau dimakan dengan roti. Selain daripada itu, sesuai dengan peredaran masa, sardin ini juga diperkaya dengan lemak dan Omega 3, kalsium dan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh.


Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand ini boleh didapati didalam berbagai bentuk tin dan saiz iaitu di dalam bentuk tin biasa (cylinder) dan juga tin bujur (oval) seperti di dalam gambar. Ianya masih boleh didapati di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai runcit di seluruh negara ketika ini.


Dikeluarkan oleh A.Clouet & Co yang telah established semenjak 1892. Syarikat ini memang terkenal dan telah mengusai pasaran di rantau Asia Pasifik. Sardin ini juga turut dipromosikan oleh Juara Akademi Fantasia Musim Kelima, Mila serta Dafi di dalam Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand di Rumah Charis's Home For Children di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Inilah rahsianya posting Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand pada kali ini. Tin sardin yang belum dibuka ini telah BR simpan semenjak tahun 1997 iaitu kira-kira 13 tahun yang lalu. Tidak sangka pula pasaran sardin ini masih boleh bertahan sehingga kini, kalau tidak sudah tentu ianya akan menjadi satu lagi bahan yang bersejarah... He.. he..




Sedikit maklumat tentang Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand:

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Menurut Encik Mohammad Hisham Talib, Head of Ayam Brand Halal Department A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd. Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kilang kami di Malaysia, Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:


Resepi Bubur Ikan


Bahan-bahannya:


2 aun beras
1 hiris ikan kurau/tenggiri/bawal
Sedikit salad dan garam
1/2 pain air
1/2 inci halia
1 pokok daun bawang
Bawang goreng (sebagai hiasan)


Cara Membuatnya:


Bersih dan basuh beras, masak dengan air.

Buang tulang ikan, potong ikan 1/4 inci dadu. Bubuh halia hiris, lada sulah dan garam pada ikan. gaul dan ketepikan.

Apabila beras hampir lembik, masukkan lobak merah (yang telah dipotong dadu).

Apabila lobak merah masak, bubuh ikan, tutup dan masak seminit lagi. Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.


Selamat mencuba!


7 Any comments?:

Muzaffar said...

Salam...
Teringat satu kartun oleh Imuda dalam majalah Gila-Gila dulu ni. Watak askar jepun duk pakai tin bujur sardin ni la....

Tahniah. Memang blog ni membangkitkan nostalgia. Teruskan. Saya amat menghargainya.

Monalea said...

sardin sedapnya...makan ngan nasik panas.ada telur dadar. sentiasa ada stok sardin di rumah

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,

Sweetie bila dah kehabisan Idea nak masak aper..ha...sardin la jawabnya..apalagi.

Tin sardin sekarang mudah nak buka, tak macam dulu terpaksa guna alat pembuka tin.

kema said...

nseb bek emel tuh palsu...dh la sadin aym brand tuh feveret kema dr dlu..

HanisAzla said...

for me sardin ni mmg sgt penting di masa kecemasan dan kemalasan...he..he.. yg penting ianya sedap dan halal.

iaryylr said...

ini lah bezanya sadin dulu dan sekarang.. nampak dah...

MOH KEMBARA said...

Salam, memang feveret Cikgu makan sardin. Ya ada orng tulis kata sardin cap ayam ni ada boh katak. Akak stop makan sardin cap ayam ni. Haa lega skng buleh makan balik!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'