Seminggu sebelum berpuasa tempohari sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah, tiba-tiba ternampaklah pula lori Milo ini memasuki kawasan sekolah. Mungkin sebagai hidangan terakhir untuk murid-murid sebelum tibanya bulan Ramadhan. Konsepnya masih sama iaitu menyediakan minuman Milo percuma kepada murid-murid.
Murid beratur untuk mengambil hidangan. Sewaktu anda kanak-kanak dahulu, apakah perasaan anda pada waktu ini? Yang pertamanya seronok kerana hendak dapat secawan Milo dan yang keduanya tentu seronok kerana berhenti belajar seketika... He.. he..
Terima kasih kepada Syarikat Nestle yang telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan berkesan sejak sekian lama di samping dapat mempromosikan produk keluaran mereka.
Hidangan yang disediakan lebih menyelerakan iaitu Koko Krunch dan Honey Stars. Zaman persekolahan BR dahulu manalah ada benda-benda ini...
Yang menjadi tanda tanya kepada BR sehinggalah sekarang ialah kenapa air Milo dari lori Milo ini rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan air Milo buatan sendiri di rumah walaupun berbagai kaedah dan formula digunakan...
Murid-murid menanti dengan penuh kesabaran... Eer.. macam kita dahulu. Bila sudah mendapat secawan Milo, langkah diatur balik ke kelas dengan penuh berhati-hati bimbang terjatuh atau tertumpah. Minum pula dengan cermat takut cepat habis, koleh kertasnya pula disimpan bawa pulang ke rumah untuk ditunjukkan kepada emak dan ayah.
Jelas menampakkan keghairahan dan keseronokan murid ketika menerima semangkuk Koko Krunch atau Honey Stars tersebut. Juga macam kita dahulu, dapat minum air Milo secawanpun punyalah seronok dan berbangga, memang berbaloi walaupun terpaksa beratur panjang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Puding Agar-agar Coklat Van Houten
Bahan-bahannya:
1 tahil agar-agar
2 cawan air
3 cawan susu
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
1 tin nenas potong
10 camca makan gula
4 camca koko Van Houten
2 biji putih telur (dipukul hingga kembang)
2 cawan air
3 cawan susu
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
1 tin nenas potong
10 camca makan gula
4 camca koko Van Houten
2 biji putih telur (dipukul hingga kembang)
Cara Membuatnya:
Agar-agar direndam terlebih dahulu. Masukkan agar-agar ke dalam periuk yang berisi dengan dua cawan air dan masak hingga agar-agar itu hancur. Masukkan susu cair, gula dan garam dan kacau lagi.
Campurkan koko tadi dengan sedikit air panas dan kacau hingga ia betul-betul hancur dan masukkan ke dalam campuran agar-agar yang telah dimasak itu. Masakkan lagi hingga ianya mendidih dan angkat dari api.
Biarkan adunan itu sejuk sebentar dan kemudian masukkan esen vanilla dan putih telur yang telah dipukul. Gaulkan dan pukul adunan agar-agar tadi hingga sebati. Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan ianya sejuk. Apabila telah beku, keluarkan dari acuan dan letak di atas sebuah bekas kemudian hiaskan dengan nenas yang dipotong ataupun buah-buahan tempatan yang lain seperti pisang ataupun betik. Kemudian baru dihidangkan.
Selamat mencuba!
17 Any comments?:
Salam,
still heran macam mana ada kawan dulu dapat extra 3-4 cawan.
still tak puas hati ni :P
milo sedap!!!!
Memang best ya.. milo dari van tu.... !!
Sedapppppp !
Salam BR,
Eh Lori milo datanglah..bila nampak jer lori ni dtg kat sekolah..hmm happy tak terkira.dapat milo percumalah ya..
Memanglah BR air milo dari Van milo ni lebih sedap dari kita buat sendiri..napa ekk..
teringat lori milo ni. tapi aku pun tertanya-tanya kenapa milo yang kita buat memang takkan sama dengan milo diorang ni. sedap dia lain macam. pelik betul
Bro, kalau saya ambil paper cup nya.. saja penuhkah gobok
Kalau nak tau macamana cara dptkan milo yg sedap tu, kena tunggu org lori tu buat sebelum diagih pada murid.
Milo dari van Nestle ini memang special dari dulu.
rindu gler zaman skola dlu...berebut2...jakun gler...hahahaha
seronoknya dapat milo free.hehe~
sronok tengok gelagat kanak2. peringkat umur cenggini, semuanya sronok! :)
salam..
singgah dan follow2 me too ya
wawawa.. lori milo!! ni la lori yang saya tunggu2 ketika zaman sekolah.. ekeke.. berebut-rebut beratur nak minum milo pekat dan makan cereal percuma..
salam..
kalau lori milo datang ni dulu, mmng saya suka sgt.. sbb x payah masuk kelas.hehe..
dulu x der pun sediakan koko crunch..skrg dah ada. best betul budak zaman sekarang.. mcm2 ada....heheheheh
wahh..terimbau zaman sekolah rendah..
memang sgt teruja kalu ade lori milo sampai..minum dgn penuh tatatertib..tapi xpenah pun dapat honeystar n koko cruch tu..hihi
tu la..pelik kan..nape ye milo lori lagi sedap dari buat air milo sendiri bancuh kat umah...
sangat seronok singgah sini..teringat zaman sekolah rendah dulu....
seronok beratur dok amik air milo yg diberi..rasanya lori vico o ovaltine pun penah dtg dulu kt sekolah sy..ingat2 lupa dah..
Sonok weyh time rebut2 nak amek milo kat lori..
Sanggup ponteng kelas beb..
hahaha...
Post a Comment