14 August, 2010

Majalah TELE-SKOP (TV3) Keluaran Pertama 1990


Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kira-kira 20 tahun yang lalu Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 pernah menerbitkan majalah yang diberi nama TELE-SKOP. Majalah mingguan dwi-bahasa ini (Melayu-Inggeris) bertujuan memberi maklumat kepada pembaca dan penonton TV3 intisari dan sinopsis rancangan sepenuhnya untuk seminggu bermula setiap hari Sabtu.



Majalah Tele-skop ini adalah keluaran rasmi yang pertama (Inaugural Issue) bertarikh 20-26 Januari, 1990. Gambar Kulit hadapannya adalah gambar petikan daripada filem "War And Remembrance."



Harga di Semenanjung RM1.00 manakala di Sabah dan Sarawak pula ialah RM1.50 pada waktu itu. Menggunakan slogan "Mingguan Hiburan Anda" ("Your Entertainment Weekly").



Contoh intisari rancangan yang disiarkan pada hari Isnin 22 Januari 1990 di antaranya ialah Starsky And Hutch, The Yanky Boy, The Golden Girls dan sebagainya.



Contoh intisari rancangan yang disiarkan pada hari Selasa 23 Januari 1990 di antaranya ialah The Saint, Voltron, Wise Guy, L.A. Law, China Beach dan lain-lain.



Contoh intisari rancangan yang disiarkan pada hari Khamis 25 Januari 1990 di antaranya ialah Hawaii Five-O, Police Woman, G-Force, Full House, Midnight Caller, Hotel dan sebagainya.



Selain daripada itu juga mengandungi rencana-rencana mengenai artis-artis tempatan dan luar negara serta temuramah dengan pelakon drama dan artis-artis terkenal. Keluaran ini telah menyiarkan temuramah dengan seorang penggiat teater iaitu saudara Jit Murad.



Sebahagian daripada naskhah-naskhah majalah TELE-SKOP yang sempat BR selamatkan. Tidak pasti pula sejak bilakan majalah ini telah diberhentikan pengeluarannya.


Secara Ringkas Sejarah TV3:


Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada 1983 sebagai televisyen perdagangan pertama di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Media Prima. Ianya telah dilancarkan pada 1983 dengan tema "Berita Terkini, Hiburan Sensasi" ("First in News, Best in Entertainment").


TV3 memulakan penyiarannya di Lembah Klang, (sekitar Kuala Lumpur) pada 1 Jun, 1984. Tidak lama kemudian liputannya meningkat ke seluruh negara, dan pada hari ini ia boleh diterima di negara jiran, sama ada sebagai satu saluran daratan atau melalui satelit.


Di antara slogan-slogan yang pernah diguna pakai oleh TV3 ini ialah seperti "Be There", "Stand Up and Tell'em Malaysia's Great", "Rangkaian Sukaramai", "Berita Terkini Hiburan Sensasi", "Duniamu", "Pilihan Hatiku", "TV3 Disisimu", "Inspirasi Hidupku" dan sebagainya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan juadah berbuka hari ini:


Resepi Puding Ago Ago


Bahan-bahannya:

2 cawan tepung kastad
2 cawan tepung jagung
2 cawan jagung tin
2 1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
1/2 biji kelapa (diambil santannya)
2 biji telur
1/2 camca esen vanilla
sedikit garam dan ceri untuk hiasan


Cara Membuatnya:

Tepung kastad bersama tepung jagung dimasukkan ke dalam periuk serta masuk pula santan bersama-sama sedikit garam. Masaklah di atas api yang sederhana, apabila hampir pekat masukkan pula jagung. Bila cukup masak tuangkan ke dalam acuan.


Cara Membuat Kuahnya:

Telur bersama gula dipukul sampai kembang, tetapi jangan terlalu lama. Masukkan susu cair bersama-sama esen. Masaklah di atas api, kalau terlalu pekat bolehlah taruh sedikit air sejuk dan ceri pula boleh dihias pada isi puding kalau suka.


Selamat mencuba!


3 Any comments?:

Iaryylr said...

Bro BR, ya saya ingat majalah Tele-skop , yang menariknya Bro ada edisi yang pertama!

ZUZU said...

Bro BR, dulu ayah saya ada simpan majalah mastika thn 70an & 80an tp bila banjir besar, abis semuanya tak dpt nak diselamatkan..

satu lagi, sy ingat lagi dulu2 ada majalh katun nama Salina klu tak silap, kalu bro ada post la kat sini...

Anonymous said...

salam ramadhan, awk mcm mana sy nak berhubung dgn awk? pls contact me tru fb (cik jaja bintang hatiku) or search jajaloveonedirection@yahoo.com utk fb.. sy berminat ingin tau pasal tele-skop.. maklum la sy lahir tahun 1989.. baru arini sy bace blog nie n tgk pasal tele-skop :) pls add me ok.. tq awk.. @ cik jaja bintang hatiku

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'