20 September, 2010

Roti Mayat Jacob's Cream Crackers Ada Lagi..!


Sememangnya BR terlalu obses dengan Biskut Jacob's Cream Crackers. Kenangan bersama biskut ini amatlah menyentuh perasaan memandangkan biskut inilah yang paling digemari sewaktu di zaman kanak-kanak dahulu. Sungguh enak dimakan bersama air kopi panas... Biskut ini juga cukup popular di kalangan pelajar di sekolah-sekolah berasrama pada waktu itu.


Untuk makluman, biskut Jacob's Cream Crackers ini adalah versi yang lebih baharu daripada biskut Jacob's Cream Crackers yang telah BR postkan sebelum ini. Sila rujuk http://bluesriders.blogspot.com/2010/06/roti-mayat-jacobs-cream-crackers-blues.html


Tag 'Biskut Yang Terlebih Ringan' bagi menggantikan 'Biskut Yang Sangat Ringan' pada tin yang sebelum ini. Ini ialah terjemahan yang diberikan kepada perkataan Inggeris 'Extra Light' bagi menggambarkan betapa ringannya biskut ini.


Jelas tertera di bahagian bawah tarikh luput biskut yang masih berbungkus rapi ini ialah pada 02.03.1990. Untuk makluman, tin biskut ini telah BR simpan selama hampir 20 tahun yang lalu untuk tatapan kita yang pernah menikmatinya dan juga kepada mereka yang tidak pernah mengenalinya juga.


Kelemahan pada biskut ini ialah pada teknik pembungkusan biskut yang hanya diseal dengan salotape. Selepas dibuka, kemungkinan biskut untuk menjadi 'masuk angin' atau lemau adalah tinggi.


Kelihatan biskut yang dibungkus rapi menggunakan kertas.


Dikenali juga sebagai 'Roti Mayat'...


Juga dikenali sebagai 'Roti Kering"...


Masih berselera dipandang mata. Kalau bukan kerana telah expired 20 tahun yang lalu, memang dah lama dimakan ni...

21 Any comments?:

Unknown said...

baru keluar dari tanah ke roti tu?? euwww lama da expired tu!

afzan said...

barang rare ni

Shila said...

wah...ngn isi skali ade..

Iaryylr said...

Bro, simpanan beharga nie , macam elok lagi pula biskut tu ya? , tin nie mesti mahal punyalah...

sweetie2010.blogspot said...

Salam Lebaran BR,

Memang rupanya nampak macam elok lagi.nampak kualitinya meskipun sudah 20 tahun expired. sedap makan biskut macam ni ngan air teh.hmm petang2 dok mengadap TV sambil makan biskut mayat. hehe

Yeop Lagend said...

biskut mayat yg dh jd mayat!

Illiana Hidayah said...

pas raya ni kalau cecah biskut mayat dengan teh o panas konfemmm gempakkk!

Rose kakrose said...

masih terasa keenakkannya..

Mohd Ridhwan said...

cecah ngn air milo panas best ni..

artikel terbaru:
Sekeluarga mencuri di Al - Ikhsan

Anis Zahorin said...

gile ar bro~thanks ar..ade gak peluang tgok biskut mayat ni haha~

datin kelly ketak said...

saye masih ingat...;)

hentian said...

kelemahan lain ialah tulisan KRIM KRAKER. nak katakan istilah inggeris dak juga. istilah melayu pun dak juga rasanya.

rojak...

Tokan Corner said...

Haha...Insan Marhaen...Tokan Cadangkan Depa Guna Krim Kraken...hehe mesti gempak kan ;P

BTW BluesRider...tokan suka sangat dengan collection yang BR ada...love the nostalgic memoir...keep up the good work

suichi said...

hahaha~~ menarik pulak tgk roti mayat tu... berseni sungguh kaedah pembungkusan dia kan...

MgtBobber said...

Dashat!! kali pertama saya tengok tin lama biskut Jacob dengan isi sekali!!

humble.yat said...

krim kraker..kegemaran saya juga..mahal tu tin biskut lama...

Adsfc said...

wahhhhhhhhhhhh...sangat kagum...dgn penyimpanan biskut jacob nie..........

maisyah said...

hehehe..sedap ni..
makan time2 ujan d waktu petang..lau ada acik2 datang rumah siap mengumpat2 lagi..
kenangan kanak ku la tu..tapi rasa yg dulu dan sekarang x berubah kan..packaging ja beza..

Abu Shahmi said...

sure bahan pengawet yang digunakan cukup tinggi

WANDA_ISMAIL said...

wuaa...dasatnya..simpan lagi roti 2 eh?
bekas dia mmg sentimental..
xpnah tgk agi la..

Armijn Gabriel said...

Perghhhhh...tuh biskut real ker? msh simpan lg? knp tak dimakan masa baru beli dulu. Tp mmg biskut nih mmg nostalgia....dulu org suka panggil biskut jagung jugak. Biskut nih pun nama lain dia biskut lemak. Jacob's antara brand biskut mahal gak. Bro...jacob's nih pun masa thn 90 ada keluarkan bikut marie,gem lah and mcm, tp dlm tin kecik.
Ada lg lah bro yg you tak highlight kan ttg biskut2 nih. Ingat tak biskut Kjeldsen dalm tin biru bulat...biskut butter dr Denmark tuh. mmg kenanganlah baca blog nih. Nanti citerlah ttg biskut baby Farley's tuh, itu pun best ga...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'