13 November, 2010

Brylcreem... The Perfect Hair Dressing


Jika kita pernah melihat Brylcreem di era 1950-an, kisah kali ini ialah mengenai Brylcreem di era 1970-1980-an pula. Terpandang sahaja bekas ini pastinya kenangan menggunakannya sewaktu di sekolah rendah dahulu mengimbau kembali...


Kalau tidak silap bekas Brylcreem jenis ini terdapat dalam dua warna iaitu merah dan hijau berdasarkan kepada fungsinya untuk menghilangkan kelemumur dan biasa. Pernah juga suatu ketika dengan pembelian Brylcreem ini akan dihadiahkan pula dengan sebuah rantai kunci.


Berharga RM2.90 pada waktu itu. Made in Singapore for Beecham Products, Brentfort England.


Jika di kampung-kampung adalah perkara biasa jika diperhatikan bekas ini digunakan kembali untuk mengisi perkakas-perkakas kecil seperti skru-skru, butang baju malah ada juga yang mengisikannya dengan kapur sireh.


Petikan lirik lagu berjudul "1, 2, 3, 4" nyanyian Aris Ariwatan ada berkata:

Ibu kuingat selalu,
Menyisir rambutku kemas selalu,
Ayah menghantar ke sekolah,
Bergunalah ilmu bila dewasa.


Moral Value: Kenanglah jasa ayah dan ibu sementara mereka masih ada...


11 Any comments?:

hanizah nor said...

salam....hehehe..teringat zaman tabika dn sekolah rendah duhu..sy anak ke 8 drp 9 adik beradik..7 drpdnya lelaki..jd setiap pg sebelum ke sekolah,sy akan pakai brylcreem yg dikongsi dgn abg2 sy sebelum sikat rambut...=)

hentian said...

tak ada ke minyak rambut buatan tempatan dulu-dulu..

ana ayesha said...

tahu kewujudan brylcream ni sbb abah yg guna

Ken Wooi said...

container lama kan? :)

Iaryylr said...

ya Bro Br, memang brylcream nie top dulu.. , cuma sekarang dah tak pakai lagi

Anonymous said...

dulu....nadey curi2 pkai ayah punye

Alan said...

dulu ramai yang guna minyak rambut tapi sekarang tak minat dah sebab ianya melekit. jadi budak sekarang lebih suka gel, dapat bentuk rambut tahan lebih lama.

Dayang Deno said...

weeee.....
deno pernah guna minyak rambut nie zaman sek rendah!!!
rindunyeee:)

Marhaen Kacak said...

haha..ko ni memang klasik la... ko ingat lagi x minyak rambut tancho dengan bon? femes tu dulu2... sebakul letak kat rambut....hahaha

Rafidah B. said...

brylcreem... Dulu ni paling femes. Ayah tak pernah beli minyak rambut lain. hehe

bat said...

bro ..minyak rambut yang lama sikit botolnya kaca
ada dua tiga saiz itu saya pernah guna zaman 60 an 70 an ....dan saya masih ada simpan botol2 nya
brycrem masa tua memang dikenali ramai .....

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'