22 May, 2010

Botol Brylcreem Zaman Dulu-dulu



Sebut mengenai minyak rambut tidak kira lelaki atau perempuan di zaman persekolahan di tahun 70-an dahulu mesti semua pernah atau 'terpaksa' memakainya terutama apabila ke sekolah. Selalunya ayah atau ibu yang akan memakaikannya, lepas tu disikatnya rapi dengan 'belah tepi' tidak kira anak lelaki ataupun perempuan...


Berdasarkan iklan di atas, botol minyak rambut seperti ini telah dikeluarkan pada tahun 1953.


Tertera jenama Brylcreem pada botol.


Maka terlihatlah rambut yang berkilat dan tersisir rapi angkara minyak rambut ini. Kadangkala juga saki-baki minyak rambut ini masih kelihatan keputihan terpalit di telinga. Buktinya cubalah kita mengenangkan kembali gambar di kad pengenalan pertama sewaktu berusia 12 tahun dahulu...


Terdapat berbagai jenama minyak rambut ketika itu seperti Poken (di dalam tin bujur) dan Tancho. Tetapi minyak rambut yang paling terkenal dari dahulu hinggalah sekarang ialah Brylcreem.



Sebenarnya aku memang tidak mahir sangat tentang botol-botol ni. Botol kosong minyak rambut Brylcreem inipun aku terjumpa di dalam almari di kampung buat mengisi butang-butang baju. Mungkin keluaran tahun 1950 - 1960-an. Kepada pakar-pakar botol silalah berikan maklumat untuk kita kongsikan bersama.



Pandangan sisi kelihatan lekukan pada botol yang dibuat untuk mengemaskan genggaman pada botol. Maklumlah tangan yang berminyak selalunya licin...


10 Any comments?:

zxara said...

camni upenye brylcreem dulu2.. hehe.. dulu2 aku gune tancho jek :P

Qaseh said...

zaman saya kekanak ribena...nek saya paksa pakai menyak rambut hape ntah kaler hijau...bau dia mau 100 meter org dah cam....sy panggil minyak k*l***g..
Tok BR ade simpan x??? kekek larikkkkkkksssssssssss

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

huhu..betol tu...mak sye pon masih ade simpan botol lame dan masih digunakan sampai sekarang...tapi bukan botol minyak rambut..botol parajurit milik atok sye..hehe..sekarang ni botol tu..buat simpan sambal kicap dan lokasinya adelah di dalam petiais...hehe

Pink Mama said...

wahh antik tu...

lupekanje said...

salam kunjung...
uihh..mmg betul2 lama ini botol...
org fomfuan sejaman Brylcreem ini..jaman nenek2 saya dulu, pakai minyak kelapa je...diorg masak santan sampai jadi minyak (taik minyak tu yg best..)... masukkan daun pandan kasi wangi...pastu....siap..boleh pakai pada rambut...hingga rambut hitam berkilat dan lebat..

papabear said...

menarik. dulu orang buat botol pun penuh dengan seninya...

Aidi-Safuan said...

hahaha...dulu time sekolah, sape2 dak lelaki yang ada tancho mesti ramai jer awek pandang. :P

rynas said...

wahh..time ni bapak saya pakai minyak rambut tuh

Iaryylr said...

di sini saja saya nampak botol nie, botol minyak rambut zam zam pun nampak oldskoll juga, rasa sepeti tiada perubahan..

alan said...

memang botol ni time 50 60 dulu..mak saya pernah cerita yang pakcik sedara dia pakai time tu..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'