Sebuah lagi buku teks sekolah rendah di tahun 1970-an iaitu Sejarah Malaysia Darjah Empat. Buku inilah yang telah aku gunakan semasa di darjah empat dahulu. Banyak berjasa kerana isi kandungnya dikira agak berat jika dibandingkan dengan pengetahuan sejarah murid-murid sekolah rendah sekarang ini.
Kulit hadapan buku menggambarkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-20 di Dataran Merdeka. Gambar formasi manusia membentuk angka atau tulisan ini memang cukup popular sewaktu mana-mana sambutan Hari Kemerdekaan, tidak sah jika tidak ada. he.. he..
Pada kulit belakang buku ada gambar pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun pada waktu itu iaitu di sekitar tahun 1977.
Hakcipta Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan pertama ialah pada tahun 1977 dan diulang cetak sebanyak lapan kali sehingga tahun 1984.
Menghuraikan secara ringkas apa erti sejarah bersama ilustrasi perubahan hidup di tahun 1970-an berbanding dengan keadaan hidup bapa atau datuk murid-murid pada zaman sebelumnya. Maksudnya di tahun 1970-an pun dah moden dah...
Muka surat 80 dan 81, menceritakan mengenai penciptaan jentera dan kenderaan. Telahpun diajar untuk mengenali pencipta jentera dan kenderaan seperti Thomas Cowan (jentera wap), Christian Hurghens (kereta pertama), Gottlieb Daimler (kereta), Henry Ford (kereta) dan George Stephenson (keretapi).
Menceritakan serba sedikit mengenai sejarah bahasa bermula daripada bahasa lisan, bahasa yang berubah dan luput serta bahasa dalam bentuk tulisan bergambar dan ideograf. Turut diberi contoh tulisan bergambar yang terdapat di Gua Niah. Cubalah bertanyakan kepada murid-murid di Darjah Empat sekarang sekiranya mereka tahu di manakah letaknya Gua Niah...
Lebih kurang bermaksud kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa perpaduan kaum. Juga terdapat lakaran peta Asia Tenggara.
Demikianlah serba sedikit imbauan mengenai apa yang telah dipelajari oleh murid-murid dahulu bagi subjek sejarah semasa di darjah empat. Suka dimaklumkan bahawa sebelum mata pelajaran sejarah ini diperkenalkan, ianya lebih dikenali sebagai mata pelajaran 'Tawarikh' he.. he..
26 Any comments?:
Klasik!!
budak-budak sekarang mana ada dah subjek sejarah, dia orang ada Kajian tempatan. Campur-campur geografi dan sejarah..
Wah...ada lagi buku tu...menariknya!
Kita belajar perkara-perkara itu masa darjah 4 dulu...maknanya, masa umur 11 tahun, kita sudah tahu banyak perkara tentang sejarah dunia, hanya dengan membaca buku teks. Media lain, memang tak ada. TV pun hanya TV 1 yang bermula jam 6 petang. Masa tu, seorang budak yang cuma dapat 3A B dalam Penilaian Darjah 5 pun kita tengok sudah cukup 'matang' budaknya...jarang jumpa yang 5A!
Sekarang, saya ajar Sejarah SPM. Tingkatan 4 baru mereka didedahkan dengan Sejarah dunia....
Tapi....sukarnya mereka mahu mengingat fakta, meski pelbagai media ICT menjadi tatapan mereka saban hari...
Tapi bila periksa....8A belaka. (Ditanya tak tau apa-apa!)
menarik lah=)
zaman kakyong darjah 4 tahun 1982.. masa tu buku teks tu gambarnya dah tukor, tak silap wajah tunku abdul rahman laung merdeka..
wahhhh...rindu buku sejarah..lma dah xbelajar..huuh
STYLE!
gyler retro...
gyahahahaahhaah~
wahh, teringat zaman sekolah dolu dolu. hish, gila lama buku ni. ada lagi tak ? hehe.
haha. best2!!
hehe..seb bek terlepas....
terkenang semasa dulu, akak bagi anak akak si ami baca blog ni...dia suka sgt...tgk barang2 masa dulu..sebagai kenangan
aipp..aipp..
@ BR>...aku ske sgt bende2 sejarah ni..huhuhu..
nk crik buku tu agaknya kne masuk stor kot..BR...jom cri mne tempat2 bersejarah..
aku baru jer jelajah kedah..tapi x abis lagi..
jom cri tempat lain plak..
kenangan boleh membuatkan kita tersenyum, ketawa dan menitiskan airmata... terima kasih kepada semua yang menyokong usaha BR melalui blog yang tidak seberapa ini. - BR
Oh..waktu ni saya tak lahir lagi..huhu
minat sejarah ni..
sbb apa la masa sy belajar sejarah masa darjah 4 dulu senang sangat..
WAH sentimental value tuh!!! :-)
whoaaaa...darjah 4 dah ada buku teks sejarah..power lah
Buku ni memamg best..memberi inspirasi..Ada tak info tentang Puak Tasaday Filipina yg makan orang tu? Illustrator buku2 sejarah zaman tu mmg hebat iaitu Mohas
hahah buku sejarah darjah 4 ni kita penah belek-belek dulu..abang kite punye...
mana nak dapat buku ni sekarang kan?
saya teringin ingin membacanya kalo berkesempatan..
-irwan
Salam
Saya berminat untuk membei buku-buku sejarah yang saudara kongsikan dalam blog ini. Apakah cara untuk mendapatkannya.
Anak saya sangat berminat dengan subjek sejarah untuk tujuan pengetahuan. Malangnya susah untuk mencari buku-buku sebegini dalam pasaran buku-buku di sini.
Harap sangat saudara dapat membantu.
Sekian, terima kasih.
Hello,
Nama saya Fung Fung , saya nak ucap terima kasih , rindu buku-buku ini. Saya nak minta , adakah tuan buku Ilmu Alam darjah 4 ?
Assalam.buku ni mahu dijual ke?buku sejarah
Buku ilmu alam sekolah rendah tahun 1980-1982 ada ke? Teringat cerita pak leh juragan nelayan menangkap ikan di Terengganu kat dalam buku tu
Terbaik. Mengimbau zaman sk rendah dulu. Rasa sebak dan rindu...tq
sebelum itu subjek Sejarah dipanggil Tawarikh
Aku tak tahu kenapa..buku teks sejarah yang aku gunakan ditahun 1980 ni..tersimpan elok tak terkoyak dimakan usia.Sedangkan buku yang lain dah lama aku lupuskan sama ada jual dekat kitar semula atau dimakan anai anai.Hairan sampai hari ini ..kenapa aku simpan buku ni dgn elok
Post a Comment