
TANDA-TANDA CINTA KEPADA ALLAH
Ramai orang berkata ia cinta  kepada Allah Taala. Kata-katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau  hanya palsu.
Ujian Pertama:
Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana  tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya.
Nabi  Muhammad s.a.w. bersabda:
"Siapa  yang ingin melihat Allah, Allah ingin melihat dia." 
Memang  benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar  apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan  untuk pulang ke Akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas dia akan  bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.
Ujian Kedua:
Dia  mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah  dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa  sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah. Dosa yang dilakukan oleh  seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi  itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya.
Fudhoil  bin Iyadh seorang Wali Allah berkata kepada seorang lelaki:
"Jika sesiapa bertanya kepada mu sama ada  kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata:"Saya  tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata,"Saya  cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu." 
Ujian Ketiga:
Ingat  kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa  ditekan atau diusahakan benar, kerana apa yang kita cinta itu mestilah  sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa  yang dicintainya itu. Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada  Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu,  maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua,  kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah  seperkara lain pula.
Ujian Keempat:
Kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah  ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah, dan  cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar  kuat, ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah  hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang  kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada  kerja-kerja yang dibuat oleh Kekasihnya itu dan cintanya juga kepada  tulisan atau karangannya.
Ujian Kelima:
Dia suka duduk bersendirian untuk  maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara  dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang mengganggu. Jika ia suka  berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan  cintanya tidak sempurna.
Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi Daud:
"Janganlah terlampau karib dengan manusia,  kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang  bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat  ganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu  melampaui Aku. Tanda tidak redanya aku ialah aku biarkan mereka begitu  sahaja." 
Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu  benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu, maka  cintanya kepada yang lain itu tidak akan dapat mengambil tempat  langsung ke dalam hati itu.
Seorang dari Bani Israel telah  menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari. Tetapi apabila melihat  burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali, dia pun  sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung  itu. Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata:
"Engkau telah mencampurkan cinta kepada  nyanyian burung dengan cinta kepadaKu, Martabat engkau di kalangan  Auliya' Allah telah diturunkan." 
Sebaliknya ada pula  orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan  ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak  dan sedar rumahnya terbakar.
Ujian Keenam:
Ialah ibadatnya menjadi senang  sekali.
Seorang Wali Allah ada berkata:
"Dalam tiga puluh tahun yang pertama saya  melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh  yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya.  Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada kesoronokan yang  setandimg dngan keseronokan ibadat”. 
Ujian Ketujuh:
Ialah  orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat  kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang  yang derhaka kepada Allah.
Al-Quran menyatakan:
"Mereka itu bersikap kasar kepada  orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri." 
Suatu  masa, Nabi bertanya kepada Allah:
"Wahai  Tuhan, siapakah kekasihmu?" 
Terdengarlah jawapan:
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengambil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapapun."
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengambil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapapun."


1 Any comments?:
good entry. =)
Post a Comment