20 June, 2010

Daun Penyembuh Luka... Indah Luka


Entri kali ini ialah mengenai sejenis daun yang boleh dijadikan rawatan alternatif terhadap luka ringan dan sebagai mengatasi pelbagai masalah kulit seperti gatal-gatal yang sungguh mujarab. Untuk makluman, daun ini bukanlah daun 'Kapal Terbang' (Eupatorium Purpureum L) tetapi mungkin juga dari spesis yang sama kerana khasiat kedua-duanya pun hampir sama. Perhatikan perbezaan di antara kedua-duanya. Daun ini lebih kecil dan bulat sedikit.


Daun Kapal Terbang. Semasa kanak-kanak dahulu selalu aku bermain dengan batang daun Kapal Terbang ini. Batangnya dipotong dan dibelah lalu direndam di dalam air, lalu terbentuklah seperti bunga...


Banyak terdapat tumbuh di tepi-tepi jalan dan tidak dipedulikan orang mungkin kerana ramai yang tidak mengetahui akan khasiatnya. Kadang-kadang kita sendiripun tidak menduga bahawa pokok renek di tepi jalan ini rupanya banyak gunanya. Ada juga orang panggil sebagai pokok Ara Songsang, Rumput Israel dan sebagainya.


Pokoknya rendah dan termasuk di dalam kategori pokok renek. Aku gelarkan pokok ini sebagai Indah Luka. Rawatan luka dan masalah kulit secara semulajadi tanpa meninggalkan parut.



Perhatikan betul-betul bentuk daunnya supaya tidak tersilap mengambil daun yang lain.


Pandangan dari dekat rupa bentuk daunnya.


Mempunyai bunga yang berwarna putih.


Bunganya yang cantik tetapi kecil sahaja tidaklah sebesar mana.



Cara Menggunakannya:

Basahkan daun dengan sedikit air dan digosok-gosokkan di tapak tangan sehingga jadi begini. Pati dari daun inilah yang diambil dan disapu pada tempat yang terkena luka atau di tempat yang bermasalah pada kulit. Boleh juga dicampurkan dengan kapur makan (kapur sirih).

Selamat mencuba!


17 Any comments?:

Suhana Shahril said...

Saya selalu guna daun kapal terbang tu main masak2 masa kecik2 dulu.Selalu banyak kat kampung,tepi2 jalan.Sekarang dah tak perasan.Mungkin area umah saya ni ada tapi tak perasan.Sebab saya dah jarang jalan2 sekeliling rumah.Balik kerja terus masuk berkurung dalam rumah. Rindu zaman main pasir,masa kecik2 dahulu.^__^

hani said...

sama la ..daun tu main pondok2 masa kcil dulu..he2..

♥MAMASYAZA♥ said...

pokok yg ada bunga tu, lebih kurang cam pokok jolok cacing ja, tp pokok jolok cacing bunyanya warna purple.

tehr said...

daun kapa tube

biasa guna - banyak kat depan rumah - sekarang pun masih banyak

SheyPull said...

tips yg bergune la...:)

Kasih Suci - Mama Damia said...

mmg daun pokok kapal terbang ni baik untuk sembuhkan luka..time sekolah dulu pernah wat kajian psl daun ni..memang mujarab...

rasiqzone said...

infonya menarik...
lumayan untuk dicoba nanti..

salam kenal dan jangan lupa mampir sob..

Alessandro said...

he..he..dah tahu pasal daun ni..lama dah..kalau di sabah..ni dipanggil 'gosing'..banyak tumbuh ni..thanks..great info..at least yang tak tahu..dapat informasi berguna.. :-)

Unknown said...

erm..ingt blk zaman muda2 dlu..skrg pun masih muda...daun kpl terbang selalu kita buat ubat sakit perut..campur dengan kapur sirih dan air then sapu kt perut...

Unknown said...

huhu..ingt dulu2...main daun kapal terbang buat ubat sakit perut..salam kenal...

Cheqna said...

Tq for the info, tak tahu pun nama pokok ni..

tp bila tengok gambar bunganya baru teringat that ada kawan cabut pokok ni n guna daunnya utk ubat luka kuching dia..

jeritan bebas said...

skrg da susah nk jmpe rumput kt tepi² jln. . .

MUMMY SGTv said...

berkat daun kapal terbang nih...luka pd muka kucing mummy dah sembuh...kalo x mummy dah nak anto vet dah...
suami mummy mmg percaya sgt daun nih....senang cari sbb rumah mummy dlm hutan eheheheheh..

~JuLiE~ said...

dah lama x jumpa pokok2 nie...cam dah xde je skang..waktu kecik2 cam selalu je jumpa coz main ngan daun2 ni...:)

nAMe yaNG PaNjANg RosIaHaNiN ZahARi said...

lma x tgk daun kapal tebg ni..
bdk2 zmn skrg ni dh x knl dh pon..

Anonymous said...

dulu aku masa kecil memang nakal...asyik nak bermain je.
tp kalu luka2 ambik daun tu ramas2 tampal kat luka gerenti berhenti luka..sama gak kalu masuk dalam ladang yang banyak pacat kutip banyak2 daun letak dalam kasut..kalu pacat masuk dalam kasut mampus..hehehe wadi ktn

Nur haura afeeya said...

Salam

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'