Guru pelatih itu masih lagi bermonolog teringatkan kepada seorang anak muridnya. Mahanum namanya yang pada waktu itu berusia 12 tahun (Tahun 6 Biru), jika dikira usianya kini telahpun mencecah 35 tahun tetapi entah di manakah beliau berada.
Inilah catatan Mahanum untuk guru pelatih itu pada hari terakhir Latihan Mengajar (LM) di SK Juara, Cherok To' Kun, Bukit Mertajam pada tahun 1988. Kata orang kanak-kanak tidak tahu berbohong dan inilah luahan rasa hati Mahanum terhadap gurunya itu yang masih disimpan sebagai kenang-kenangan...
"Cikgu Shabri Dari Pandangan Saya"
Cikgu Shabri kuat ketawa, badan kurus melidi. Ketika mengajar sederhana garangnya. terlalu baik sehingga anak murid naik kepala. Kadang-kadang perangai cikgu manja. Tiap hari suka melawak kalau menyanyi hujan pun turun tapi setakat nak buat kaset cap kucing mati tu boleh juga.
Segala mak nenek dia tau menyanyi, melukis, bermain alat muzik, bersukan, ketawa dan bersembang tapi kalau penyelia datang kecut juga.
Di sebalik kenakalan ada juga sifat kejujuran semasa di dalam bilik darjah. Dari segi perangainya baik dan sporting tapi banyak berdisiplin. Pakaian simple sahaja.
Inilah gambar Mahanum ketika berusia 12 tahun. Kelihatan juga guru pelatih yang sedang mengiringi persembahan koir sempena Hari Ucapan sekolah tersebut.
...dan guru pelatih itupun lalu tersenyum sendirian lagi...
13 Any comments?:
manalah mahanum sekarang ., ehehhe
kalau mahanum membaca blog ni, mesti dia rasa terharu kan
nostalgianya..
pandai btl dia mengarang. kdg kanak2 ni tak pandai nak meluah perasaan...
klaka baca surat mahanum ni..:D
budak sekolah dulu pakai skirt hehehe..tahun 1988 saya baru 4 tahun hehehe.
kenangan nye,hehhe
luar biasa followers-nya, ^^
waaa men gitar :D
hebat la cikgu shabri..serba boleh!
nice article..i like it.
Cikgu pelatih zaman dolu2 menyimpan byk kenangan manis mengusik jiwa...
Bagaimana pula dgn cikgu pelatih di zaman ini??
rasa berdebar sangat nak hadapi praktikum tahun depan..melalui pengalaman senior, ianya mmg sesuatu yng sukar dan mencabar..hope semuanya dapat berjalan dengan lancar =)
Post a Comment