16 May, 2011

Selamat Hari Guru 2011


Ucapan ini ditujukan khas kepada semua guru, bakal guru, bekas guru, pesara guru, rakan-rakan blogger yang bertugas sebagai guru dan kepada sesiapa sahaja di seluruh Malaysia ini yang bergelar guru. Tidak dilupakan juga kepada pengunjung dan yang tidak berkunjung ke blog ini yang merupakan seorang guru.

Tidak kiralah guru apa, guru KEMAS, guru Tadika, guru Prasekolah, guru Permata Negara, guru SK, SJK (C), SJK (T), SM, SMK, SMJK, SMA, SABK, MRSM, guru Pendidikan Khas, guru tuisyen, guru mengaji quran, guru sekolah swasta, guru di Institusi, Maktab, Kolej, IPTA, IPTS, Kementerian, Jabatan, PPD, guru silat, guru driving school, guru KAFA, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPPLD dan PPS sama ada Sokongan dan Pengurusan dan Profesional gred DA, DB, DBA, DC, DG, DGA, DM, DS, DU, DUG, guru di Akademi Fantasia, sekolah pondok dan juga kepada semua guru yang layak dipanggil guru.

Di kesempatan ini juga BR ingin menjerit: "Tanpamu siapalah aku..." (perlu disebut intonasinya sama macam Hattan nyanyikan dalam lagu "Rona Rona Cinta") He.. he..

Terimalah sebuah sajak yang tidak seberapanya ini:


Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah

Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989


* Selamat manyambut Hari Guru di peringkat sekolah meskipun ada pekeliling yang menghadkan waktu sambutannya. Ini hari anda, raikanlah ia dengan penuh kegembiraan kerana mungkin pihak yang mengeluarkan pekeliling itu telah terlupa bahawa suatu ketika dahulu mereka juga pernah menjadi seorang guru...


************************************************************


Profesion guru bukan 'main-main'.
- faktor gaji, beban kerja luntur minat.


Sumber: Berita Minggu 15.05.2011

Profesion perguruan yang pernah menjadi pilihan graduan atas faktor gaji dan waktu bekerja kini bukan lagi suatu tarikan kepada anak muda berikutan perubahan gaya hidup sosial mereka.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata faktor subjek pembelajaran dari peringkat sekolah hingga institusi pengajian tinggi (IPT) yang lebih menumpukan kepada jurusan sains gunaan dan teknikal juga menjadi punca anak muda kurang berminat menjadi guru.

"Untuk menjadi seorang guru, mereka harus dididik dengan sains sosial tapi kebanyakan golongan muda kini menganggap sains sosial sebagai satu jurusan yang membosankan.

"Orientasi hendak menjadi guru perlu ada elemen sosial dan artistik yang tinggi. Tapi anak muda kini lebih berminat kepada perkara yang bersifat realistik seperti penerokaan dan penciptaan,"

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata profesion guru bukan satu kerjaya 'main-main' kerana kriteria paling penting ialah individu itu perlu mempunyai minat dan sikap kasih terhadap kanak-kanak.

"Kita perlu didik perlahan-lahan kerana tidak semestinya jika hari ini menjadi guru, hari ini perasaan cinta terhadap kerjaya itu timbul. Jika hanya kerana desakan kerjaya dan tidak boleh memupuk perasaan itu, baik usah menjadi guru," katanya.

Sama-samalah kita nantikan apakah pengumuman penting yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Sambutan Hari Guru hari ini...

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".


Moral Value: Mengaji mesti berguru...


Nota:
Bersempena dengan sambutan Hari Guru ini juga, untuk beberapa posting yang akan datang BR akan mengimbau kembali kisah silam seorang guru pelatih. Berkunjunglah lagi dan selamat mengikuti kisah silam yang blues itu...


16 Any comments?:

Muhammad Izuan said...

slmt hari guru... :)

emarieys said...

selamat hari guru...

zuwaidah said...

bangunnnnnnnnnnnnn...selamat hari cikgu hehehehhehe

Jahirah said...

slmt hari guru....^^

nikths said...

isteriku guru kepada anak murid,aku guru kepada isteri dan anak2ku..
Selamat Hari Guru kepada guru dan bekas guruku,juga guru-guru seluruh Malaysia...tanpamu siapalah rakyat Malaysia kini.

anamizu said...

selamat hari guru utk semua cikgu2 di SKB3 yg byk mengajar saye ^___^

Salmiza S. said...

selamat hari guru....!! jasa guru xmampu aku balas... =)

Suhana Shahril said...

SELAMAT HARI GURU, cikgu!

Unknown said...

pasni nk jadi cikgu r..
bnyak sket dpt wish pasni:)

Muzaffar said...

Saudara BR,
Hati saya terhiris dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh mereka. Apapun itu bukan penghalang untuk saya meraikan dengan cara kita sendiri.

Selamat Hari Guru...

Muttallif said...

Selamat Hari Guru. sesiapa saja yang mengajar akan ilmu adalah Guru. Peace!

Uji Hussein said...

Terima kasih atas ucapan hari guru tu.

Udin said...

selamat hari guru.. :)

Niena Muhammad said...

selamat hari guru.. pernah cita2 nk jdi cikgu tp apakan daya.., jadi askar la pulak

Niena Muhammad said...

selamat hari guru.. pernah cita2 nk jdi cikgu tp apakan daya.., jadi askar la pulak

D-yana7879 said...

selamat hari guru... cikgu...
kenangan 20 thn yg lalu masih disimpan...

sy respect la cikgu....

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'