25 May, 2011

Monolog Seorang Guru Pelatih... (Siri Akhir)


Pancaragam Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang 1987.


Bersama pensyarah muzik yang juga merupakan jurulatih pancaragam iaitu dari kiri En. Mohd Akib Ramly, Pn. Juliet Monica Menezes dan En. Siva. Guru pelatih sebenarnya bukannya opsyen Pendidikan Muzik tetapi telah dipinjamkan oleh Jabatan Muzik berdasarkan Sijil ABRSM dan sijil Yamaha Music School yang dimiliki.

Bergambar setelah selesai membuat persembahan sewaktu Majlis Penyampaian Sijil Sesi 1985/87.Berdiri tiga dari kiri (tidak beruniform), En. Yasin sekarang menjadi seorang pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Jasin, Pahang.

Teringatkan kisah Corong Enamel di mana pada mulanya guru pelatih berada dalam trumpet section lalu ditukarkan drum section hanya kerana 'takut' dengan flugelhorn.


Imej flugelhorn ihsan Google.


************************************************************


Setelah hampir 23 tahun berlalu, sekarang guru pelatih telahpun menjadi seorang guru terlatih. Banyak pengalaman suka dan duka yang telah ditempuhinya. 7 tahun sebagai Guru Muzik, 5 tahun sebagai Guru Kelas dan 10 tahun sebagai guru Bahasa Inggeris.


Nota yang pernah ditinggalkan kepada guru terlatih oleh seorang bekas Ketua Jabatan. Hanya sejauh ini sahajakah yang mampu ditujui oleh seorang guru? DG44, DG48, DG52, DG54?


...dan guru terlatih itupun lalu tersenyum sendirian lagi...


4 Any comments?:

zuwaidah said...

kenangan yang terindah terpahat sampai bila2.

Niesa said...

gila lama kenangan..mesti semuanya kenangan manis yg xdpt dilupakan...best kalau boleh blaja muzik...pernah berminat blaja muzik tp terbantut sbb sll kena marah ngan ustazah n da only one student muslim blaja muzik kt skolah tu..sedih..hukhuk.. :(

shafiq said...

Teringat Geng Pancaragam Sekolah Saya Dahulu..

mala_yusof said...

Pn. Juliet masih berkhidmat di IPG Kampus P.Pinang.. Dia merupakan pensyarah Muzik saya kat sana (tahun 2009)..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'