10 May, 2010

Rekorder KBSR Blues...



Memandangkan 16hb Mei (Hari Guru) ini sudah semakin hampir, insyaAllah di dalam post-post selepas ini kenangan-kenangan di zaman persekolahan dahulu (old skool) akan diberikan keutamaan sebagai mengimbau kembali detik-detik silam yang telah lama kita tinggalkan di zaman persekolahan.


Kisah kali ini ialah mengenai sebuah rekorder yang pernah aku gunakan sewaktu di zaman persekolahan dahulu pada tahun 1978. Sudah 32 tahun usianya sekarang.


Walaupun mata pelajaran Pendidikan Muzik hanya diperkenalkan pada tahun 1984 melalui KBSR, tetapi pendidikan muzik/nyanyian memang telah aku pelajari di sekolah pada waktu itu secara rambang dan tidak mempunyai jadual waktu yang tetap seperti sekarang.



Sekali pandang macam cota pun ada tetapi sebenarnya ia adalah sarung rekorder di mana rekorder boleh disimpan di dalamnya.



Tertulis 'Soprano Recorder' pada sarungnya.





Terdapat perkataan 'ZEN-ON' di sebelah atas penutup sarung rekorder. Mungkin jenamanya.



Inilah rupa sebenar rekorder.



Tiga bahagian yang boleh dipisahkan.



Juga terdapat perkataan 'ZEN-ON' di sebelah atas rekorder berhampiran pemipit.



Tertulis juga simbol 'G' di bahagian bawah. Lagu-lagu yang biasa dimainkan pada waktu itu ialah 'Burung Kakak Tua', 'Burung Ketilang' dan berbagai lagi.


Paling seronok ialah memainkan lagu-lagu instrumental 'An Arabian Nights' (Ron Goodwin & His Orchestra) iaitu muzik seruling instrumental yang selalu berkumandang di radio beberapa minit sebelum azan dikeudarakan ataupun yang kerap dimainkan di radio sementara menunggu masuknya waktu berbuka puasa...



Juga disertakan bersama sebatang rod plastik yang digunakan sebagai alat pencuci rekorder.



10 Any comments?:

Faizal@PeJAY said...

serius penah belaja tapi tak reti rekoder tu...

HonEyBuNNy said...

waaahhhdah lama xmain recoder la...dah xegt...hiihih

cikmin said...

eeee..teringat zaman sekolah rendah..cikmin pun ada masuk koir sekolah guna ni.. :)

i'm shin... i'm inesen said...

dulu masa skolak kebangsaan kena belajo kelas musik.. sanggup nanges nanges suh parent belikan rekorder semata mata malu nak pinjam kawan ( geli bekas mulut org lain ) hahahahaha... ntah mana ntah rekorder tu... ghaib~

nnt shin nak cilok gambo rekorder ni ek! ampun!

ngee~

Catwoman said...

Salam Tuan Rumah (Cikgu ke niiiii??)

Sy dtg m`balas kunjungan anda ....
Nice blog to read....

Terima kasih di atas kunjungan anda ye...

:)

+qAsiH naDiRa+ said...

Tetibe teringat zaman sek rendah dlu main rekorder~~~guru muzik lagi garang dari duru math~hahahaha

TotYati said...

rekorder tu lah yg Ai buat pukul kwn laki yg tak reti nk senyap masa dlm kelas (dulu2 cikgu kdg2 msk lambat).

dan rekorder Ai juga pernah kena rembat sbb masa tu letak beg kt luar library. Ai pernah ade rekorder warna putih, colat n hitam. masa tu sape yg ade warna puteh kire bajet suci. zaman kanak2.... (^___^)

rimieilya said...

kte pnye wane putih time tu..sonok sgt bila ada kelas muzik..slalu tunggu bila ada kelas ni..skrg msh pndai main dan msh ada dlm smpanan..

Brilliant Marjan said...

Minta izin nak ambil gambar rekorder tu

Anonymous said...

G itu adalah rekoder yang menggunakan penjarian German. Penjarian barok notnya adalah berbeza. di sekolah biasanya rekoder simbol G digunakan sehingga sekarang .

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'