18 May, 2010

Electronic Calculator Sharp Elsi Mate EL-206


Calculator ataupun mesin kira ini telah dibeli pada tahun 1979 di Singapura. Harganya pada waktu itu ialah RM15.00. Pernah aku gunakan semasa di awal persekolahan menengah rendah dahulu. Berfungsi sama seperti mesin kira yang ada sekarang cuma bentuknya sahaja yang dikira agak kelakar jika dibandingkan dengan mesin kira di zaman sekarang.


Bersaiz 11.5cm x 7.5cm dan berketebalan 2cm sememangnya sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan pada waktu ini. Dan kalau wujud lagi pun di zaman ini, tentu adik-adik akan berasa malu untuk menggunakannya kerana saiznya yang tidak muat poket. Tidak pada waktu itu, akulah dikira salah seorang pelajar yang pernah memilki mesin kira, betapa bangganya...



Dibina oleh Sharp Corporation dan Made In Japan.



Mempunyai butang-butang timbul untuk pengiraan yang paling asas. Tidak sesuai untuk pengiraan matematik yang kompleks. Lagi 20 tahun boleh masuk muzium... he.. he..


Terdapat button tolak on/off yang mati dihujung sebelah kanan. Jika terlupa nak off, baterinya akan habis dan ini kerap kali berlaku... Untuk makluman pada waktu itu belum ada lagi autu shut off... he.. he..


Menggunakan bateri empat segi berkekuatan 8v, jika menggunakannya dengan berhemah, setahun boleh tahan.



Compartment bateri yang kemas, memang cukup berat untuk sebuah mesin kira di zaman ini.



Dibekalkan juga dengan sarung pvc untuk tujuan penyimpanan. Teringat di zaman persekolahan dahulu di mana seorang rakan telah menyebut mesin kira sebagai 'capcalurator' lantaran kesusahannya untuk menyebut perkataan kalkulator. Berita terakhir aku dengar beliau kini adalah seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di bandaraya Alor Setar. Apa khabar Encik Ahmad bin Osman?


Perkara yang paling aku suka buat dengan mesin kira:


Tekan perpuluhan (.), tujuh (7), tujuh (7), tiga (3) dan empat (4). Kemudian terbalikkan mesin kira tadi, Lihat apa yang berlaku. HELLO gotcha! he.. he..



Kepada adik-adik, inilah salah satu contoh mesin kira yang pernah digunakan kira-kira 31 tahun yang lalu. Tahukah anda bahawa penciptaan komputer pada hari ini asasnya adalah daripada penciptaan calculator?


Moral Value: Tiada yang lama, tiadalah yang baharu...


6 Any comments?:

iaryylr said...

kalkulator lama juga menjadi buruan peminat & pengumpul kalkulator, syabas! kerana ianya masih disimpan untuk tatapan generasi,

i'm shin... i'm inesen said...

alahai... sgt hebat.. simpan benda ni lagi!

rynas said...

wah sangat nostalgia

akuvision said...

huhuhu vintage dan retro

Jimie said...

wah..calculator nie mmg femes r zaman2 dulu...huhu

ayisy said...

Salam. Peh! Klasik kalkulator ni. Saya mmg suka dgn benda elektronik lama2 nih. Lagi2 jam tangan digital lama. hehe..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'