07 May, 2010

Buku Sains Rendah Moden Darjah 4


Ramasamy, Ali, Tong Seng.. Itulah di antara watak-watak utama yang terdapat di dalam buku-buku teks di zaman persekolahan aku dahulu. Dengan watak-watak itu jugalah yang membolehkan aku mengenal ABC, nombor, menulis, membaca dan mengira seperti sekarang ini.



Apa yang akan dipaparkan ini adalah buku teks pelajaran Sains Rendah Moden Darjah Empat yang pernah digunakan semasa belajar di sekolah rendah di tahun 1970-an. Apa yang menariknya ialah ianya 100% di dalam Bahasa Melayu, sebab pada masa itu belum ada lagi PPSMI (Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris).


Aku percaya ramai ahli-ahli sains Malaysia yang seangkatan telah lahir hasil daripada buku ini termasuklah mereka yang menggubal Dasar PPSMI walaupun ketika itu di universiti tempatan bahasa penghantarnya adalah bahasa Inggeris. Ia tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada siswa dan siswinya. Berjaya juga dengan cemerlang, contohnya aku, dia dan ramai lagi... he.. he..



Kulit belakang buku.



Mengandungi 104 muka surat dan telah diterbitkan pada tahun 1974 serta telah diulang cetak sebanyak tujuh kali sehingga tahun 1984 iaitu tahun di mana KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) diperkenalkan.


Isi Kandungannya terdiri daripada 4 Unit iaitu:

Unit 1: Haba
Unit 2: Kehidupan Tumbuhan

Unit 3: Kehidupan Haiwan

Unit 4: Bulan, Bintang dan Matahari


Setiap unit diakhiri dengan soalan-soalan ulangkaji berupa soalan-soalan objektif dan subjektif.



Muka surat 8 dan 9 menceritakan tentang pengembangan udara dan ujikaji yang dijalankan. Ada satu kisah lucu di sini yang masih aku ingat di mana apabila ujikaji pengembangan udara melalui belon dan botol dilakukan, tiba-tiba belon yang dipasang di botol B yang diletakkan di dalam bekas air panas telah bangun dan menegak dengan mengejut! Satu kelas termasuk cikgu Saidin yang mengajar ketawa berdekah-dekah dengan membawa tafsiran yang tersendiri...



Muka surat 12 dan 13 masih lagi menceritakan tentang haba dan ujikaji yang dijalankan. Memang enjoy dan berjaya menarik minat murid kerana setiap unit akan disusuli dengan ujikaji-ujikaji untuk menjelaskan lagi pemahaman.



Muka surat 34 dan 35 menceritakan mengenai kehidupan tumbuhan meliputi kitaran tumbuhan tanaman semusim, tanaman dua musim dan tanaman saka. Tanaman saka?



Muka surat 46 dan 47 masih lagi mengenai kehidupan tumbuhan iaitu jenis-jenis buah dan biji serta biji benih.



Muka surat 58 dan 59 menceritakan mengenai kehidupan haiwan dan tumbuhan serta kepentingan makanan.


Moral value: Membaca Suluh Ilmu (motto sekolah rendah aku dahulu..)

15 Any comments?:

dotblogspotdotkom said...

teringat plak aku zaman sekolah dolu..... x dapat jawab soklan cikgu sains... udahnye 1 kelas kene berdiri sampai habis masa... tak de plak nak report kat mak bapak...huhuhuh

Mesintaip: said...

Wah, mana awak dapat ni. Menggamit kenangan silam persekolahanku.Dulu suka belek buku sains sebab suka tengok gambar-gambar (ilustrasinya). Er, buku Bahasa Malaysia darjah enam ada tak? Kisah Pak Cik Kordi...heheheh

Mis Erika said...
This comment has been removed by the author.
Mrs Infinity said...

salam..ni tahun bila nye ekh??? simpan lagi buku lama...dasat u ekh

Afzainizam said...

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

dulu darjah empat dah belajar sains... masa dulu aku belajar matapelajaran alam dan manusia
aje....

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Qaseh said...

masa saya, buku sains sekolah rendah tajuk dia alam dan manusia..era 80an..kekeke

Dayung Serian said...

teringat zaman persekolahan dulu hehehe

Lynn Nasir said...

salam kenal,

hehe..mmg teringat masa dulu lynn pernah baca buku ni ^^

Sheila Shafea said...

buku dulu2 lg best ceria npk penuh gan gbr2... 70an - 8an ..indahnya zman kanak2 ku

Anonymous said...

buku-buku ini untuk dijual? :)

Anonymous said...

Terima kassih tak terhingga. Buku-buku teks nostalgia ini amat membantu untuk tugasan saya. TQVM

Resos PPKI said...

ada x buku sains rendah moden buku 3?

Roszilahjie Ahmad said...

mana bole dapat buku2 ni semua? Saya berminat.

mohabina nasa said...

Terkenang zaman persekolahan tahun 70an

mohabina nasa said...

Buku ni saya ada lihat kat pasar barang barang lama harganya mencecah RM20.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'