31 May, 2010

Bekas Abu Rokok Jata Malaysia


Ini adalah satu lagi bekas abu rokok yang dikatakan 'must have' bagi setiap almari hiasan kepunyaan nenek di kampung. Dinamakan 'Bekas Abu Rokok Jata Malaysia' kerana terdapat Jata Malaysia serta Jata 13 buah negeri-negeri yang terdapat di dalam Malaysia terukir di bekas abu rokok tersebut. Diperbuat daripada sejenis logam yang seakan-akan pewter tetapi ianya lebih ringan.


Saiznya tidaklah besar mana cuma besar sedikit sahaja daripada sebuah piring. Amat sesuai untuk dijadikan cenderamata terutamanya kepada para pelancong dan juga untuk dijadikan hiasan memandangkan ianya terlalu 'cantik' untuk digunakan oleh perokok-perokok.


Terdapat Jata Malaysia yang besar di tengah-tengah bekas abu rokok diikuti dengan Jata Negeri-negeri di sekelilingnya. Amat sesuai untuk di jadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan... he.. he..


Kedudukan Jata Malaysia di tengah-tengah bekas abu rokok ini dikatakan tidak sesuai kerana abu rokok yang melekat di celah-celah ukiran ini amat susah untuk ditanggalkan lalu meninggalkan pemandangan yang kurang menarik kepada bekas abu rokok ini.


Terukir jelas Jata-jata bagi Negeri Selangor, Terengganu, Johore, Kedah dan Kelantan.



Juga terdapat Jata-jata dari Negeri Perak, Perlis, Sabah dan Sarawak.


Tidak ketinggalan juga Jata-jata bagi Negeri Malacca, Negeri Sembilan, Pahang dan Penang (13 kesemuanya). Kebanyakan ejaan bagi nama negeri-negeri ini dieja di dalam Bahasa Inggeris mungkin kerana seperti yang telah dikatakan tadi bahawa bekas abu rokok ini digunakan untuk cenderamata kepada pelancong.


Bahagian belakang bekas abu rokok yang menampakkan ianya ditempa melalui acuan khas.




Moral Value: Kata sesetengah orang, "Bagaimana keadaan bekas abu rokok, begitulah keadaan orang yang merokok..." Betulkah begitu? he.. he..


8 Any comments?:

aainaa said...

betul. stuju.
tp serius cantik.

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

Cantik bekasnya, mesti tuan punya tak sanggup nak guna utk cucuh rokok kan.

iaryylr said...

ya betul juga kata sesetengah orang tu, kadang-kadang saya pun tak faham,ada yang abu dan puntung rokot membukit.. tidak juga di buang, ada tempat awam yang menyediakan tempat abu dan puntung rokok, tapi masih buang dilantai...

Amanda Eltiqaz said...

hm..jd klau org tu ada bekas rokok ni bagaimana spatutnya keadaan org yg merokok tu ek?

(tak suka org merokok..huhu)

bARdbOO said...

meanrik betol tgok tmpt abu rokok ni...mesti mahal kan

sukiminna said...

membuang abu rokok pada jata malaysia..sangat tak sesuai..tapi buat hiasan seswai..:D

Qaseh said...

sangat x nasionalisme...ade ke tenyeh abu rokok kat jata negara???...siape le yg cipta benda ni....

Anonymous said...

*ada unsur penghinaan...sbb jata negara ditenyeh rokok yg tak berguna sesen tu...
*tak sesuai di buat cenderahati sbb ia akan melambangkan Malaysia menyokong tabiat merokok...
*buat ABM pun tak sesuai... pikir2 kan la... byk lg ABM yg bleh dibuat brkenaan Jata Negara, kenapa nk amik ashtray ni..

positif :- senireka rakyat malaysia kreatif n hebat..!!!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'