02 May, 2010

Sekelip Mata Kau Berubah



Kisah ini berlaku di berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan, Kedah di mana seramai 22 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghadapi masa depan yang gelap kerana dilabel sebagai murid tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah walaupun tidak melakukan kesalahan serius sepanjang tempoh persekolahan.
(Bacaan selanjutnya sila klik untuk besarkan image).


Jumlah 22 orang itu adalah cukup besar bagi sebuah sekolah untuk mempunyai pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin iaitu hampir menyamai bilangan pelajar sebuah kelas. Maka ianya amat baik sekali untuk guru-guru menjadikan kejadian ini sebagai satu pedoman dan ikhtibar kepada pelajar-pelajar lain supaya memiliki disiplin yang baik supaya tidak tercatat di dalam sijil berhenti sekolah masing-masing sebagai murid yang tidak berdisiplin. Kesannya amatlah besar seolah-olah pengajian pelajar selama tempoh 11 tahun persekolahan adalah sia-sia belaka.



Sumber: Berita Harian 31.03.2010



Sehari selepas itu, lain pula ceritanya...


Pengarah Pelajaran Negeri, Shahidan Abdul Rahman, berkata perkara itu sudah diselesaikan kerana beliau sudah mengarahkan pihak sekolah mengeluarkan sijil berhenti sekolah baru kepada pelajar terbabit.



Sumber: Berita Harian 01.04.2010


Moral value: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...


5 Any comments?:

ashrafi said...

kenapa boleh jadi sampai macam tu

Aida Ali said...

Salam. 22 mungkin terlalu ramai. Tapi kalau seorang, dua tu biasa. Janganlah dipukul rata semua murid tu patut dapat BAIK. Kalau dah betul-betul kacang hantu, takkan nak ditutup mata pengetua kot.

pak long said...

salam...
ikut rasa binasa,ikut kata menderita,

ain fathihah said...

lepas ni budak2 nakal tak payah risau

buat nakal + jahat takat mana pun, takkan ditulis dalam sijil berhenti sekolah,

kalaupun ditulis, nanti akan ada menteri campur tangan.

Anonymous said...

kord sekelip mata kau berubah

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'