01 May, 2010

Bekas Abu Rokok Berdiri Sendiri...


Ini adalah bekas abu rokok yang pernah popular suatu ketika dahulu di tahun 70-an dan 80-an. Boleh dikatakan semua rumah pernah memiliki bekas abu rokok berkaki ini. Memang cantik untuk dijadikan hiasan dan biasanya diletakkan di tepi sofa atau kusyen.



Mempunyai ketinggian lebih kurang dua kaki dari aras lantai. Amat sesuai bagi perokok-perokok yang sedang berehat di atas kerusi sambil menonton TV.



Satu ciptaan yang cukup simple tetapi menarik. Batangnya terdiri daripada kayu larik yang biasanya digunakan sebagai pagar anjung ataupun pagar tangga.



Diberikan sedikit sentuhan dengan ukiran yang ringkas bermotifkan lautan.



Juga terdapat ukiran pokok kelapa yang ringkas di bahagian tapak bawah.



Lubang dibentuk seperti acuan sebagai tempat meletak bekas abu rokok. Kelihatan juga skru digunakan untuk menyambungkan di antara bekas abu rokok dengan tiangnya.



Bekas abu rokok yang diperbuat daripada aluminium ringan. Susah juga kepada perokok kerana 'mulut'nya yang kecil iaitu lebih kurang sebesar syiling lima puluh sen sahaja.



Masih kukuh dan boleh berdiri dengan tegap. Mengimbau kenangan khas kepada perokok-perokok di tahun 70-80an, itupun sekiranya mereka masih hidup dengan sihat ketika ini... he.. he..


Moral value: Merokok Membahayakan Kesihatan.


7 Any comments?:

Faheem Jr said...

ibu faheem pun ada bekas abu rokok ni..masa kecik2 dulu..masa zaman sekolah rendah lagi tu..huhuhu..ntah mana la bekas tu sekarang..

Muhammad Hafiz said...

kalau buat syisya boleh tak...???

/Dayah//Nurul/ said...

perlu katakan tak nak merokok :P

Faztee Danisha said...

tuan merokok tak?huhu...

Qaseh said...

hahah To'ki saya ade mende nih...tapi ntah kat mana le dah nek saya lempaukan heehhe

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha... ayat yang last tu best! kalau la mereka masih sihat..

atok saya sihat lagi sampai sekarang. merokok pun masih power. hihi

Lily said...

betul2, merokok tak baik utk kesihatan

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'