16 May, 2010

Selamat Hari Guru 2010


Di kesempatan ini, BR dengan segala rasa hormat dan rendah dirinya mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru di Malaysia. Ribuan terima kasih kepada semua warga pendidik kerana tanpa anda semua siapalah aku...


Sesuai dengan tema sambutan pada tahun ini: 'Guru Pembina Negara Bangsa' (macam pernah dengar je..) teruskanlah usaha murni anda selama ini dan semoga kalian diberkati dan dirahmati selalu.


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

-Petikan sajak 'Guru Oh Guru' Usman Awang: 1979



Kajian Beban Guru Hampir Selesai


Laporan jawatankuasa khas yang mengkaji beban tugas guru yang didakwa berlebihan kini di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, minggu depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, yang mempengerusikan jawatankuasa itu, berkata beberapa cadangan sudah dikenal pasti bagi mengatasi masalah beban tugas guru selepaskan mendapatkan pandangan dari golongan itu.
(Sila klik untuk besarkan image)


-Sumber: Berita Harian 13.05.2010


Tidak hairanlah jika keratan akhbar dibawah ini akan menjadi satu fenomena biasa di dada-dada akhbar akan datang sekiranya kebajikan guru terutama dari segi beban tugas tidak diberi perhatian yang sewajarnya...
(Sila klik untuk besarkan image)


-Sumber: Berita Minggu 19.05.2010



2 Any comments?:

NurSya said...

samat ari guru utk sume guru2 kat lua sne..!! hihih..:)

Lynn Nasir said...

salam..
rindunya pd guru-guru sekolah rendah..apa kabar ntah mereka sekarang..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'