28 May, 2010

Sekejap Tegang Sekejap Kendur...


Di zaman kanak-kanak dahulu rasanya tentu anda semua pernah bermain dengan permainan ini. Seekor patung haiwan yang tegak akan menjadi kendur apabila ditekan di bahagian bawah tapaknya dan ianya akan menjadi tegak semula apabila bahagian bawahnya dilepaskan.


Sesuai juga untuk dijadikan perhiasan di rak-rak atau di dalam cermin perhiasan.


Bahagian di bawah tapak yang apabila ditekan akan menjadikan zirafah ini terkulai.


Objek juga boleh dikendurkan dengan berbagai bentuk. Itulah yang menyeronokkan bagi seorang kanak-kanak.


Terkulai layu... Amat sesuai untuk dijadikan bahan lawak jenaka bagi kanak-kanak berusia di bawah satu tahun.


Ini pula objek seekor patung anjing. Sama seperti zirafah tadi ianya akan menjadi kendur apabila bahagian bawah tapaknya ditekan.



Terkulai ke kanan...


Terkulai ke kiri...


Bahagian bawah tapak objek yang berfungsi sebagai penegang dan penegak. Satu permainan yang mudah dan binaan yang cukup simple tetapi daya kreativiti pencipta permainan ini amatlah dikagumi.


12 Any comments?:

iaryylr said...

BR, mainan lama ini tidak pernah saya miliki. Tetapi Saudara masih ada menyimpan untuk tatapan generasi.. Syabas, emm berapa harga mainan ini waktu dulu?

~NURUL~ said...

Salam.. wah saya pun jadi jakun kalau boleh main mainan ni.. kalah budak2 agaknye :) heheheh tak pernah pula dpt main mainan ni dulu. Tapi tak taulah kalau-kalau terlupa :P

Hazwani said...

Wah, betul la. saya tak pernah pulak tgk yang ni..

Yunus Badawi said...

Salam.

Saya tak berpeluang main mainan ni masa kecik dulu. Maklumlah kami bukan org senang huhuhu

Gransazer said...

sy xpenah ada n xpenah tgk mainan camni..mainan apa yg sy penah ada ek?erm..sy pun dah lupa..huhu~

xiiinam said...

Salam follow..

jeBateja said...

errr...den pernah beli di zoo negara tahun 1980an..masa tu duduk wardieburn kem...

~Cinta Cukulet~ said...

saya ada keychain lebih kurang macam ni..tapi dia xde tapak tu..oo..tak sangka plak dulu2 ada mainan mcm ni...hee

salju said...

dulu2 masa kecik tak berpeluang nak main....tengok je lah...org punya..

sweetie2010.blogspot said...

Salam kenal BR,

Barang lama banyak kenangannya yer..

Kniedaz said...

penah beli kat danish n danial..cute

nikths said...

Bro..mainan ni masih ada lagi dijual,buatan cina atau thailand kalau tak silap.Beli untuk anak,seekor lembu dan seekor lagi kuda.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'