19 May, 2010

Pensel Warna Dan Poster Colour


Sebut sahaja mengenai lukisan (Pelajaran Seni Lukis), ia adalah salah satu subjek yang paling aku minati sewaktu di sekolah rendah dahulu selain daripada mata pelajaran PJ (Pelajaran Jasmani). Pendidikan Muzik belum ada lagi pada waktu itu kerana belum ada KBSR, jika tidak muzik pun aku minat juga... Itulah tiga subjek yang paling popular dari dulu, kini dan selamanya...


Mengenai Pelajaran Seni Lukis di sekolah rendah (sekarang Pendidikan Seni Visual), kita tentunya tidak dapat lari daripada menggunakan berbagai medium seperti warna pensel, warna air (poster colour) atau lebih dikenali sebagai water colour dan juga warna lilin (crayon).


Inilah warna pensel yang pernah aku gunakan suatu ketika dahulu. Berpensel panjang berjenama LUNA keluaran Staedtler dan mengandungi 12 batang pensel warna, dibeli dengan harga RM1.80 pada waktu itu. Memang jauh bezanya jika dibandingkan dengan harganya sekarang.



Pensel warna dahulu sememangnya berbaloi dari segi kualitinya berbanding dengan yang ada sekarang. Penselnya lebih tahan, tidak mudah patah dan yang pentingnya tiada keluaran tiruan (imitation) seperti yang banyak di pasaran sekarang.


Di bahagian belakang kotak terdapat 'Hints On Colour Mixing And Shading' iaitu tips bagi mencampurkan warna sebagai rujukan.


Sesuatu yang paling seronok sewaktu mengikuti pelajaran Seni Lukis ini ialah apabila guru yang mengajar pada waktu itu memberi tajuk 'bebas'. Biasanya lukisan berbentuk pemandangan akan menjadi pilihan di mana ada matahari yang memancarkan cahayanya di celah bukit-bukit yang 'tersusun' dan sama besar, ada beburung berterbangan (dengan lukisan berbentuk M), ada pokok kelapa, ada sebuah rumah tangga batu di tepi sawah lengkap dengan antenna TV, bertingkap dan berlangsir, pagar rumah, lorong kecil terus ke tangga rumah, pokok bunga di dalam pasu (biasanya pokok bunga matahari yang menjadi pilihan kerana mudah untuk dilukis), ada sawah padi lengkap dengan scarecrow atau orang-orang di tengah sawah,.. Tidak lupa juga lukisan 'orang lidi'. Itulah hebatnya daya imaginasi kanak-kanak dahulu berdasarkan persekitaran masing-masing...


Tetapi ada sesuatu yang menghairankan juga di mana murid-murid perempuan pada waktu itu memang suka sangat melukis sepasang pengantin di atas pelamin... he.. he..



Ini pula water colour yang digunakan sewaktu di sekolah menengah. Jenama Panda yang mengandungi 12 tiub warna dan buatan Taiwan. Semasa di sekolah rendah dahulupun ada juga menggunakan warna air ini tetapi di dalam bentuk serbuk tepung di dalam tin (sebesar tin milo) yang akan dicampur air. Maka jika ada pelajaran seni lukis pada hari itu, habis berwarnalah jari jemari termasuklah juga pakaian sekolah yang dipakai...


Pernah sewaktu di Tingkatan Lima aku dan seorang rakan telah dicubit perut dan terpaksa berdiri di atas kerusi kerana telah terlupa membawa warna ke sekolah. Bayangkanlah dah 17 tahunpun kena berdiri di atas kerusi lagi... Itulah penangan cikgu Munirah, cikgu Pendidikan Seni yang masih 'Cik' lagi ketika itu...


Kelemahan warna air ini ialah ianya akan mudah menjadi keras dan beku jika lama tidak digunakan terutamanya jika penutupnya tidak kemas.



Masih terdapat tanda harga yang telahpun kabur. Akupun tidak pasti berapakah harganya pada waktu itu tetapi yang pastinya ia telah dibeli di Lucky Supermarket Alor Setar. Untuk makluman, supermarket inipun sekarang telah tidak wujud lagi. Terletak di jalan Tunku Ibrahim berhadapan dengan Stadium (sekarang Dewan) Dato' Syed Omar.



Bekas pembancuh warna inipun dibeli bersekali dan seusia dengan warna air di atas. Masih terdapat kesan-kesan warna yang membuktikan bahawa ianya pernah digunakan. Syahdu dan melankolik betul bila mengenangkan zaman persekolahan dahulu...hu.. hu.. sob.. sob..


10 Any comments?:

Daddy Zuki said...

BR masih simpan ke kaler2 spt di atas? di umah sy dah x ada benda2 tu. dulu saya sempat merasa pengalaman menggunakan serbuk water color.

Kniedaz said...

kaler panda tu dulu saya pun guna..wah lama tu..betul2x sekarang ni banyak yg tiruan tu yg kaler tak terang je..anak2 kat umah pun pandai memilih..xmo kaler yg tak terang...ada simpan set geometri lama tak? lama tak tgk..hehe

cahyadi said...

kunjungan malam ke tempat sahabat... salam kenal...

Hazwani said...

luna mmg the best.. smpi skrg pon sy tk pcaye jenama laen :)

ieyka02 said...

kenangan betol kaler LUNA tue..kecik2 dule suke betol wane2..ehhe

Qaseh said...

luna memang the best....masa saya.. hanya mampu pakai yg size kecik...tapi memang sayang nk tekan kuat2...kaler pon light2 jew wakekekeke

sekolah mengeah ...dah mula pakai kaler buncho...
tu pon mengkal mengkil..dok jimat2 huhuhuh

My Lovely Ribbons N Laces said...

Memang Luna jenama yang terbaik.tapi harganya mahal... Kalau beli jenama lain yang > murah anak2 kita pun x mahu. Dulu kotak besar 12 batang baru $1.00 kalau yang pendek harganya 0.50 sen...Masih ingat lagi masa saya darjah satu.. tahun 1968..Nostalgik.!Sekarang ???? RM 1 dah tak ada harga..

lily said...

wah...terkenang lak lily mase zaman muda-muda dulu..eee ruginyer x simpan..tapi kalo simpan kompem mama ambik buang...moralnyer xder tokoh untuk jadi penyimpan koleksi barang2 antik..ngeeeheheehee

Purpleroses said...

Hehe..i gune panda tu dulu..i lahir 1980..i like lukisan..hehe

Anonymous said...

dulu-dulu,kalau pensel wrne dh lebih jari kelinking, saya pegi tanam sebb kawn2 ckp pensel tu dh mati...heheheh :)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'