21 May, 2010

Buku, Pen Dan Pensel Di Tahun 1980-an


Inilah buku tulis semasa aku bersekolah dahulu di sekitar tahun 1980-an sewaktu menuntut di Tingkatan Enam, St. Xavier's Institution, Pulau Pinang. Buku tulis ini adalah buku nota subjek Sejarah dan Ekonomi dan sengaja tidak menggunakan buku tulis sekolah kerana buku tulis sekolah pada waktu itu muka suratnya hanyalah 60 m/s sahaja, amat tidak sesuai untuk menulis nota yang banyak.


Dibeli di kedai buku biasa sahaja dan mengandungi 200 muka surat, cukup tebal bagi seorang pelajar.


Di bahagian kulit belakang buku terdapat abjad A - Z huruf kecil dan huruf besar, nombor dan juga contoh tulisan berangkai. Jenama Crown Brand dan dikeluarkan oleh Syarikat Hai Chuan, Lebuh Pantai, Pulau Pinang.



Inilah contoh nota di dalam buku tersebut. Gambarajah Kelok, Kesan Penggantian, Penawaran, Permintaan, Kos Melepas bla.. bla.. aku sendiripun dah tak ingat dah... he.. he..


Ini pula pen ballpoint yang paling popular pada waktu itu. Jenama REYNOLDS yang terdiri daripada dua siri iaitu 045 POPULAR dan 045 FINE CARBURE. Didatangkan di dalam 4 warna iaitu biru, hitam, merah dan hijau.


Terdapat juga ballpoint yang hampir serupa tetapi dengan jenama SUPERLINE WIP 712.


Ballpoint di atas namanya sahaja bunyi macam gempaq tetapi harganya ialah RM0.40 sahaja pada waktu itu. Penutupnya pula amat berguna untuk dijolok pada plug untuk memasukkan soket 2 kaki...


Ini pula pen keluaran Staedtler iaitu dalam siri NORIS CLIPPY, juga popular pada waktu itu kerana memiliki mata pen yang panjang.



Keluaran Staedtler Stick juga tidak kurang hebatnya. "pen merah pen biru, you marah, I love you..." he.. he..


Ini pula pen jenama ROYAL. Digunakan oleh kakitangan kerajaan ketika itu kerana terdapat perkataan 'HAK KERAJAAN MALAYSIA' pada pen.


Bagi penggunaan pensel pula, kebanyakan pelajar tidak mempunyai banyak pilihan pada waktu itu kerana penggunaan pensel mekanikal masih belum meluas lagi. Pilihan untuk menggunakan pensel tradisional 2B sahajalah yang ada...


Ini pula ialah bekas pensel yang aku gunakan ketika itu. Masih disimpan lagi walaupun sudah berusia hampir 25 tahun. Kepada pembaca yang meminta supaya disiarkan bekas pensel geometri, harap bersabar kerana memang ada lagi tersimpan bekas geometri itu, digunakan ketika dari tingkatan satu hingga enam dan masih lengkap lagi dengan peralatan geometrinya! InsyaAllah di post yang akan datang...


Nota:

Kepada semua pembaca yang telah meninggalkan komen, BR mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga dan ianya amat dialu-alukan. Ini bererti BR tidak keseorangan di dalam mengimbau masa silam yang selayaknya dikongsi bersama... Terima kasih sekali lagi. - BR


25 Any comments?:

Qaseh said...

TERIMA KASIH juga kat BR sebab sudi berkongsi kenangan...dan saya pon dapan mengimbau semula kenangan saya...huuhu...
dan saya jeles ngan BR dapat simpan lagi barang2 ni...kenapalah saya x simpan apa yg saya miliki dulu....sedangkan saya minat denagn barang2 lama :)
TERIMA KASIH SEKALI LAGIK. :)

Dayung Serian said...

Blog BR sekarang menjadi feveret dayung...mesti ada cerita & barang2 lama that reminds me of my old times. Pen merah tu teacher jer boleh pakai utk buat marking hehehe.
BR masih simpan exercise book yang belakang tu ada sifir tak?

IdamIlmu said...

Tang buku tu tak ingat mana, tapi bile tengok pen2 terus terimbau kenangan silam.. gunalah pen tu.. reynolds, superline tapi yang paling best guna ialah steadler tu.. perasan tulisan jadi cantik bila pakai pen tu.. hehehe


p/s : BR tq singgah yer..

aien_Raz said...

staedtler stick.. haha.. pen feveret dulu kala..
skrg dh tak jual ke?? ngeee...

salam kunjungan balas... (^^,)

CikNoy said...

i masih simpan pensel 2B utk jwb paper UPSR, PMR ngan SPM.. hehehe...tapi kat matrix n U da x pkai dah...pendek sgt da...

blueCITY® said...

salam...
hehhehehe...
ku masih ingat kerana ku pernah lalui zaman ini
kehkehkeh...
suka suka

hans said...

lama gila xtgok pen nih
hahahahaha
rindu

Idalara said...

BR ni kerap buat kak ida terimbau kenangan lalu...bila tguk koleksi BR tu tahu BR ni mng sygkan benda2 lama yg ada sentimental value..

nuriz said...

BR amik mana semua ni..banyak sangat. ohh!!terlayan blues di sini huhu

nuriz said...

dulu pen pen tu abang2 kakak saya guna, saya le yg suka curik dan menconteng hehe

ellis suriyani said...

skang dh x gune dh pen camtuh..ekek

DaHLia said...

wahhh rajinnya simpn semua ni :)

a kl citizen said...

salam ziarah

masih menyimpan ya barang-barang lama. ada juga gunanya ya.
kagum....

kitatauke said...

aduii...aku sempat zaman2 nni....syahdunye bile ingat balik....:)

Cheqna said...

Salam..

hehehe..best la kenangan2 ni...

keep on "mengimbau masa silam..."

Mummy Dasy said...

simpan lagi kenangan2 dulu... tp tu ah brg dulu ngan skang berbeza dr sgl aspek..

rynas said...

kagum dengan BR sebab masih simpan lg barang2 lama ni huhuhu..sangat nostalgia

akuvision said...

Oldskool membuat kita mengimbau balik kenangan lalu, rasa macam baru sahaja semua itu berlaku

shima said...

hi.salam perkenalan.msh simpan lgi ke smua brg tu?
ku suka tu pakai pen steadler tu..

@juera said...

still simpan brg2 lma tu?nice..............^___^

It's My Life said...

teringatlah zaman dulu2...besh jerk....

lupekanje said...

wahhh...saya suka guna pen Reynolds tu dulu.. memang sedap menulis..

Lynn Nasir said...

nape mcm tak pernah tgk je pen dr steadlers tu..sob.

Haris said...

terkenangkan masa dulu-dulu..
mcm-mcm ada..

cik hani said...

kenangan betul...ada lagi time sekolah rendah guna benda ni..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'