19 August, 2010

Gold Dollar Tea...


Gold Dollar Tea atau Teh Ringgit Emas ini cukup terkenal semenjak dari tahun 1970-an lagi. Dikategorikan sebagai salah satu jenama teh yang cukup enak pada waktu itu dan mempunyai serbuk teh yang agak kasar. Berlambangkan (tanda perniagaan) simbol ringgit pada pembungkusnya membuatkan ianya cukup dikenali sebagai teh 'duit emas'.


Ditanam dan dan dikilangkan oleh Gunong Emas Tea Plantations Sdn. Bhd., Cameron Highland, Pahang, Malaysia. Sememangnya ia adalah 'teh tulen dari gunung'. Gold Dollar Tea Estate juga merupakan salah satu daripada ladang teh yang menarik untuk dikunjungi di Cameron Highland dan termasuk di dalam peta lawatan jika anda ke sana.


Masih menggunakan sukatan lama di dalam menyatakan berat bersihnya iaitu 1 aun atau 28.4 gram bagi bungkusan teh seperti ini.


Bukti bahawa teh ini telah wujud semenjak tahun 1975 kerana telah mendapat pengiktirafan kelulusan paiwaian daripada Standards Institution of Malaysia (SIM) pada waktu itu. Untuk pengetahuan, SIM ini adalah sebuah badan standard kebangsaan pada waktu itu sebelum tertubuhnya Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) sekarang.


Serbuk teh yang timbul di permukaan cawan atau gelas bersama kepulan asap kepanasan ditambah pula dengan aroma teh ini yang harum, membuatkan sesiapa sahaja yang pernah merasainya pasti tidak akan melupakannya. Jika di kampung dahulu, air teh yang bercampur dengan aroma kayu terbakar (dapur kayu) sungguh nostalgia jika dikenangkan kembali...


Pada hari ini tidak pasti lagi sama ada teh Gold Dollar Tea atau Teh Ringgit Emas ini masih wujud atau tidak. Mungkin nama dan kehebatannya dahulu telah ditenggelami oleh jenama-jenama teh popular yang lain seperti Lipton dan BOH. Namun kepada pembaca yang pernah menggunakannya, pastinya ada nostalgia apabila melihatnya kembali...


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:



Resepi Puding Jagung


Bahan-bahannya:


1 tahil agar-agar
4 1/2 gelas air
1 3/4 gelas gula pasir
4 biji telur ayam
1 tin jagung
1 tin susu cair


Cara Membuatnya:


Agar-agar dimasak hingga hancur.

Merah telur diputarkan hingga naik.

Apabila agar-agar telah hancur, masukkan gula dan tapiskan.

Merah telur, jagung dan susu cair dimasukkan ke dalam sebuah bekas dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam agar-agar dan masak sekali lagi.

Kacau di atas api yang sederhana. Bila telah pekat, angkat dan tuangkan ke dalam acuan, biarkan sehingga ia beku.


Selamat mencuba!


9 Any comments?:

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,

Mak Sweetie dulu tak pernah beli teh Gold Dollar Tea ni. Agaknya harganya mahal juga kot.

Kami orang kg guna teh cap ikan..serbuknya halus, kena tapis baru boleh minum.

Cheqna said...

Dulu masa balik kampung rumah nenek buat teh dengan air yg dijerang dengan kayu api..memang unik rasanya, tp tak taulah brand apa...

itu belum bab makan meehoon goreng nenek..ish ish..sedapnya tak leh lupa..hehe..

harto said...

minum teh hangat-hangat, hmmmm terasa nikmatnya.....

Iaryylr said...

teh panas memang sedap, bro BR, ada lagi ke Jenama ini?, semakin bernostalgia blog ini,

Azli Razali said...

jom jln ke blog saya

Anne said...

tetiba rasa haus la pulak :)

nidus2 said...

Teh wangi ke?

pondokmerah said...

nak lipton

Kniedaz said...

ingat dulu2 kat kampung minum teh serbuk cap lemon..xpenahla pulak minum teh gold dollar tea tu

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'