Pepatah lama "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" sememangnya sudah tidak asing lagi kepada kita semua. Secara tidak langsung ianya juga menunjukkan penggunaan nila ini telah sekian lama wujud di dalam kehidupan kita seharian sebagai medium untuk mengekalkan keputihan pakaian yang berwarna putih.
Untuk pengetahuan, selain daripada untuk memutihkan pakaian, nila juga digunakan untuk mengelakkan pakaian putih dari menjadi kekuningan. Suatu ketika dahulu penggunaan nila ini memang cukup popular terutama dikalangan murid-murid sekolah. BR sendiripun tidak terkecuali... He he..
Bukan setakat baju sekolah di'nila'kan, kasut sekolah pun turut diberi sentuhan nila. Pemandangan di mana murid-murid ke sekolah dengan pakaian dan kasut yang kebiruan adalah fenomena biasa yang boleh kita lihat pada waktu itu.
Kepada pembaca yang mempunyai pengalaman ke sekolah berbaju biru (bukan pengawas sekolah) akibat penggunaan nila ini bolehlah berkongsi bersama BR di sini. Bila dikenangkan kembali memang terasa lucu dan amat kelakar kenangan kita dahulu...
Nila yang dipaparkan di sini adalah berbentuk serbuk tetapi seingat BR, nila yang emak gunakan dahulu berbentuk kiub, diikat dan dibungkus di dalam kain kecil lalu dicelupkan ke dalam besen yang mengandungi pakaian yang hendak dinilakan. Air yang kebiruan akan terhasil bercampur dengan pakaian. Pakaian tersebut dibasuh dan dibilas bersih sebelum dijemur.
Tetapi awas! jika terlebih sukatan itulah yang akan membuatkan pakaian putih tadi akan menjadi kebiruan...
Generasi kini mungkin tidak mengetahui apa itu nila lagi kerana penggunaan nila ini boleh dikategorikan sebagai telah pupus memandangkan setiap rumah telah menggunakan kaedah membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.
Bahan pencuci pakaian yang didatangkan dengan berbagai formula kebersihan dan keharuman telah menggantikan fungsi nila ini selain daripada penggunaan air paip bersih telah mengelakkan pakaian daripada menjadi kekuningan berbeza dengan zaman dahulu di mana penggunaan air sungai ataupun air perigi adalah menjadi sumber utama untuk membasuh pakaian secara manual.
Tips:
Nila juga boleh digunakan secara tradisional untuk mengubati penyakit beguk (leher membengkak akibat kekurangan iodine). Caranya ialah dengan menggunakan nila dan cuka makan iaitu dengan mencampurkan kedua-dua bahan tersebut dan kemudian di sapukan pada bahagian yang bengkak. Lakukan selalu sehingga hilang bengkaknya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:
Resepi Agar-agar Putih Telur Berlimau
Bahan-bahannya:
1/4 oz. agar-agar
3/4 pain air
3 oz. gula
1 biji putih telur
1 helai daun pandan
1/2 biji air limau nipis
Bahan pewarna hijau atau kuning
3/4 pain air
3 oz. gula
1 biji putih telur
1 helai daun pandan
1/2 biji air limau nipis
Bahan pewarna hijau atau kuning
Cara Membuatnya:
Basuh serta rendam agar-agar. Tos dengan betul dan rebus dengan air dan daun pandan yang dicarik dan disimpul.
Apabila agar-agar hancur, masukkan gula dan rebus lagi hingga gula hancur.
Sementara itu, pukul putih telur hingga putih dan gebu.
Tapis agar-agar dengan kain maslin dan biar sejuk sedikit. Pukul dan masukkan putih telur ke dalam agar-agara hingga menjadi sama rata. Bubuh air limau nipis dan sedikit sahaja pewarna.
Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibilas dan dirikan dalam air sejuk.
Dinginkan baik-baik sebelum menghidang. Hidangkan dalam mangkuk gelas berkaki.
Selamat mencuba!
13 Any comments?:
zaman kecik-kecik dulu selalu pakai, skang tak tau ramai yang amalkan lagi ke tak, maklumlah dengan pelbagai jenis detergent dan produk.
Samalah kita..masa sek dulu2, mesti guna nila..kalau terlebih sukatan..mesti baju jadi biru..
Kalau bengkak kat leher tu, kat tempat iera panggil 'bengkak beruk'..hehe..
mmg salu pki nila ble nk bsuh bju sek..wktu kecik dlu mak mmg pki y kiub tp skg pki y liquid pnyer dh..
omg..lama gler x nmpak nila ni..skrg sume pkai ujala..hu3
owhh bole buat ubat jgk nila ni yer
baru tau..tq2
Dulu2 pakai kiub,slalu mak buat,penah sekali try nila sendiri tapi tak menjadi,baju jadi btompok2 :) dulu2
Salam,
ada juga nila berbentuk cecair yg dijual dlm botolkan..sampai sekarang emak saya dikampung masih gunakan nila kiub untuk birukan telekung dia..dulu masa adik kecik,emak nilakan kain lampin putih baby..punyalah rajin..sekarang kita pakai pampers jer senang..
hahaha nila ni kalu salah celip baju jadi bertompok2..
kat trt bengkak leher tu kita panggil 'bengkak keng' ;)
waah kagumnye..simpan sos selama 21 thn?
I'm following you now on google friend connect. Salam
sakit kalau kene begok tuuuu huhuhuhuh~
salam BR..
nostalgia gitu..saya kecik2 mak guna yg bungkus kain tu..dah sekolah menengah baru guna yg jenis liquid..hehe
Salam BR,
Sampai sekarang Sweetie masih menggunakan nila kat umah. Tapi yang jenis cecair. Sweetie suka melihat baju sekolah anak kebiru-biruan sedikit..
Dimana hendak cari nila ini zaman ni
Post a Comment