Kerongsang ini pernah digunakan oleh emak di hari perkahwinannya dengan arwah ayah pada tahun 1953. Telah disimpan sekian lama iaitu kira-kira 57 tahun yang lalu sebagai satu kenangan yang sungguh syahdu dan mengusik jiwa...
Dikenali juga sebagai 'kerongsang duit emas tiga serangkai'. Tentu ianya cantik dan menawan ketika masih baru dan berkilau keemasan.
Kerongsang berbentuk syiling dan tertulis tahun 1938. Dihiasai dengan corak kerawang disekelilingnya.
Sejenis lagi kerongsang yang dipakaikan bersama kerongsang duit emas. Biasanya dikenakan kedua-duanya bersama baju kebaya.
Selain daripada kerongsang, gelang kaki ini juga turut dipakai emak pada waktu itu. Saiznya memang muat untuk disarungkan ke pergelangan kaki orang dewasa. Terdapat engsel untuk membukanya sebelum dipakaikan di kaki. Agak 'gabai' (besar) juga saiznya.
Terdapat juga kunci yang kemas pada gelang kaki tersebut mungkin supaya ianya tidak tertanggal dari kaki si pemakai. Bersama putaran masa, memang sukar untuk melihat pengantin-pengantin di zaman sekarang memakai perhiasan seperti ini lagi.
Inilah gambar emak dan ayah yang telah diambil pada tahun 1953. Handsome juga ayah pada waktu itu seperti anak bongsunya juga. Bak kata pepatah 'like father like son'.. He.. he..
Untuk pengetahuan, perkahwinan itu kekal bahagia sehinggalah ayah meninggal dunia pada malam Jumaat 07.08.2008 setelah beberapa tahun menderita penyakit alzheimer. Telah disemadikan sebelum sembahyang Jumaat di tanah perkuburan Kampung Permatang Pasir, Permatang Pauh, Seberang Perai. Kini telahpun dua tahun pemergiannya...
Untuk pengetahuan, perkahwinan itu kekal bahagia sehinggalah ayah meninggal dunia pada malam Jumaat 07.08.2008 setelah beberapa tahun menderita penyakit alzheimer. Telah disemadikan sebelum sembahyang Jumaat di tanah perkuburan Kampung Permatang Pasir, Permatang Pauh, Seberang Perai. Kini telahpun dua tahun pemergiannya...
Al-Fatihah untuk arwah ayah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman - Amin.
23 Any comments?:
Al-Fatihah.mahal tu peninggalan zaman dulu-dulu.nanti kot2 boleh bt muzium ke:)
al-Fatihah...my late father passed away on 1 may 2002....moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh..amin ;)
my mum dulu mak andam, me penah la tgk gelang kaki tu...n penah try pakai, coz masa me kecik2 dulu, kuat berangan nak jadi cinderela/puteri raja, hahahaa!lawak tak...hiuhiuhiuu...
Al fatihah....
huhu,,,ternya perhiasan dulu tak kalah sm perhiasan sekrng ya ??... penuh keindhan dan artistik ^^... hmmm ,, slam blogger INdonesia ^^
alfatihah utk ayh blue rider...smoga dtempatkan dikalangan umat y beriman..amin.....
wow ade simpan lg semua barang ni semua ye...cantik n classic..
p/s:al-fatihah untk ayah blue rider
Alfatihah buat ayah blue rider...
canteknya perhiasan tu. :D cool! Al-fatihah untuk arwah.
Al-fatihah.. semoga dicucuri rahmat keatas rohnya..
Simpanan yang akan terus mengusik jiwa..
Al Fatihah disedekahkan buat ayah BR..
keronsang mcm syiling tu mak lea ada simpan. boleh dijadikan loket n keronsang
yup Like father like son..
Banyak² hadiahkan Alfatihah dan doa untuk Allahyarham.
ape nama gelang tu ek??
al-fatihah kepada arwah ...
BR to zahirah96:
tak pasti pula nama gelang tu, kena tanya orang lama.. hehe..
al fatihah..
Saya ada kerongsang yg sama.berminat?0124222798
sesiapa yang ade jual gelang kaki tu sila whatssup saya. sy berminat nak beli. 0102986958
sesiapa yang ade jual gelang kaki tu sila whatssup saya. sy berminat nak beli. 0102986958
Sy dah lama cri gelang emas kaki mcm ni..sgt unik n cantik..dah lama nk bli if ada lg design mcm ni utk jd mas kawin sy..ada sape2 jual tak??
Saya ada gelang kaki untuk dijual kepada sesiapa yg berminat boleh wssp 0196332924
Saya ada gelang kaki untuk dijual kepada sesiapa yg berminat boleh wssp 01126462500,pada gelang ada tulis 999
Saya ada gelang kaki untuk dijual kepada sesiapa yg berminat boleh wssp 01126462500,pada gelang ada tulis 999
dlm sy ada keronsang 1938 tu.. sepasang.. emas ke tu..?
Post a Comment