Mungkin inilah sebabnya majalah Anjung Seri tidak menamakan majalah mereka sebagai 'majalah hiasan dalaman yang pertama di Malaysia' sebaliknya hanya menggunakan 'majalah hiasan dalaman nombor 1 di Malaysia' Rupa-rupanya majalah hiasan dalaman berbahasa Melayu ini yang diberi nama 'SUASANA' telahpun berada di pasaran semenjak 1992 lagi iaitu setahun sebelum keluaran sulung majalah Anjung Seri.
Diterbitkan oleh kumpulan ATMAWAJA, Jabatan Penulisan, Universiti Malaya pada tahun 1992 dengan harga $9.90 senaskhah.
Keluaran pertama dan terakhir kerana selepas itu tiada lagi keluaran seterusnya... Untuk pengetahuan, majalah ini juga telah diberikan status 'Permit Penerbitan Dikecualikan'.
Seperti juga majalah hiasan dalaman yang lain, majalah ini juga memberikan gambaran hiasan dalam yang tidak kurang juga hebatnya sesuai dengan zamannya.
6 Any comments?:
ziarah jenguk info... :)
Salam BR,
Agaknya kenapa majalah suaSANA tu, pertama dan terakhir yer. nampak isi kandungannya mantap juga.
hah ah la wonder jugak kenapa pertama dan terakhir? ada issue disebaliknya ker?
saya jarang membeli..cuma rajin meminjam di perpustakaan ^_^
waduh,ane malah bru denger nih bang ^^,,,, hehe,,, :)
Jawapan kepada persoalan anda di atas, Encik Manaf yang bertanggungjawab ke atas penerbitan majalah Suasana di Universiti Malaya, telah bertukar tempat kerja, masuk ke Berita Publishing Sdn Bhd, selepas itu tiada lagi terbitan majalah Suasana UM, dengan kehadiran beliau di syarikat berkenaan, maka timbul idea daripada pihak pengurusan untuk menerbitkan majalah hiasan dalaman. Tidak lama kemudian, lahirlah majalah Anjung Seri yang wujud sehingga kini. Tahun ini ialah ulang tahun yang ke - 20 majalah itu.
Post a Comment