Adalah dimaklumkan bahawa dengan ini BR dengan murah hatinya akan menghadiahkan topup RM5 (Maxis, Celcom & Digi sahaja) kepada sesiapa sahaja yang boleh menekanya dengan betul.
Syaratnya mudah sahaja, terbuka kepada SEMUA pengunjung blog ini dan sila berikan jawapan anda di bahagian komen sahaja (di Cbox tidak akan dikira). Jawapan PERTAMA yang betul atau hampir betul akan dikira sebagai pemenang. Keputusan pengadil adalah muktamad, surat menyurat tidak akan dilayan. He.. he..
Selamat mencuba!
* Teka-teki ini dibuka 48 jam dari sekarang. Jawapan sebenar dan pemenangnya akan diumumkan pada hari Isnin jam 11.00 pagi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:
Resepi Telur Masak Bali
Bahan-bahannya:
4 biji telur ayam
1/2 senduk makan kicap
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
daun limau purut
sedikit garam
1/2 senduk makan kicap
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
daun limau purut
sedikit garam
Cara Membuatnya:
Rebus telur dan buangkan kulitnya.
Cili, belacan, garam dan bawang ditumbuk.
Tumiskan bawang merah dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan satu gelas air sejuk, kicap, asam jawa dan daun limau purut. Biarkan hingga mendidih dan keluar minyak.
Masukkan telur, beberapa minit kemudian baru diangkat dan dihidangkan.
Cili, belacan, garam dan bawang ditumbuk.
Tumiskan bawang merah dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan satu gelas air sejuk, kicap, asam jawa dan daun limau purut. Biarkan hingga mendidih dan keluar minyak.
Masukkan telur, beberapa minit kemudian baru diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba!
20 Any comments?:
penutup tin :)
Bro BR, Nujum pak belalang pun sukar menekanya..,
mungkinkah penyukat ?
Blues Riders, takde klu ke?
Sudu untuk pakai kasut tu bro! Apa ke nama dia ntah! hehee..
besi aluminium. boleh terima tak? :P
pemegang tudung periuk:)
scoop aiskrim
cam penutup tin je ni.. ngee =)
untuk pakai kasut! supaya tak payah guna jari untuk selitkan kaki ke dalam kasut yang ketat!
alat untuk pakai kasut..
er.. blade kipas?
fishing spoon...tak pun cam penutp ti tak logik..haha..tu la kot..pun kalo kreatif ley wat buah rantai sebab da lubang..
mcm blade kipas..or bhgn ats kepit kuku..hummm
Tempat gantung langsir zamanm dulu2 kot.....hahaha...
nape tak bagi jawapan hari tu yek...hahaa....pening juga nak neka ni....
Pembuka penutup tin yg sudah patah...salah kot...
orang kampung saya sebut "pela" a.k.a kipas untuk boat...tak tau exact name dia pe...
rupa macam sudu kasut!
ape plak ni br???banyk btul teka teki kamo....heheh
Salam,
Sahlah rasanya Sweetie pemenangnya...hehhe Penutup air tin yang telah tercabut.
Tempat pengasingan putih telur dngan kuning telur..
Post a Comment