03 May, 2010

Kecil Tapak Tangan, Nyiru Aku Tadahkan



Memang aku cukup keliru di antara nyiru, tampi dan badang. Walau bagaimanapun apa yang cuba disampaikan di sini ialah betapa barangan tersebut telah hampir pupus ditelan zaman dan jika tidak dipaparkan, mungkin generasi kini tidak akan mengenalinya lagi.

Inilah nyiru yang digunakan oleh masyarakat dulu-dulu di dalam kehidupan seharian mereka terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan sawah padi.



Digunakan untuk menampi padi atau beras bagi mengasingkan antah, 'hampa' dan lain-lain bendasing di dalam padi atau beras. Kaedahnya ialah dengan meletakkan padi atau beras di dalam nyiru lalu di lambung-lambung ke udara. Secara automatiknya bendasing akan terasing dengan sendirinya dengan bantuan tiupan angin.



Nyiru ini juga boleh digunakan untuk menjemur sesuatu. Biasanya ikan masin, asam keping atau apa sahaja yang boleh dijemur. Memiliki ruang pengudaraan yang amat baik kerana terdapat lubang-lubang halus di antara anyamannya.



Close-up corak anyaman yang kemas. Diperbuat daripada buluh yang menunjukkan betapa kreatifnya orang dulu-dulu.



Pandangan di bahagian bawah. Sesak-sesak hendak buat payung pun boleh.

7 Any comments?:

Anonymous said...

biasa dengar badang je org panggil..nie baru th nama lain iaitu nyiru...

tokbatin said...

dulu banyak ni kat kg.. tiap2 umah mesti ada at lest 2... skrg sejak barangan plastik mendominasi pasaran dan murah, benda ni semakin susah nak cari...

miSz tUna said...

oh.. seryes baru tahu nama bende ni nyiru..

M a W a D D a H said...

haha..lama tak menampi beras...

Unknown said...

Dimana saya boleh beli nyiru ni? Dlm area Cheras/KL/ Puchong

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sy fikir di Kota Bharu dan K.Tganu masih ada dijual. I bought one dikedai tepi jalan sepanjang Pantai Kelulut ke Kuantan.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'