27 May, 2010

Beg Tangan Peninggalan Opah



Beg tangan, tas tangan atau lebih dikenali sebagai 'handbag' merupakan satu barangan yang telah menjadi satu kemestian bagi setiap wanita tidak kira pada zaman dahulu mahupun sekarang. Perubahan-perubahan yang berlaku seiring dengan perubahan masa menjadikan berbagai-bagai bentuk dan jenama beg tangan telah dikeluarkan untuk menjadi pilihan kepada wanita-wanita masa kini. Namun begitu, kehadiran beg-beg tangan wanita pada zaman dahulu janganlah pula kita lupakan meskipun sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan dengan gaya dan fesyen zaman sekarang.


Beg tangan yang kita lihat ini telahpun berusia melebihi 50 tahun, kepunyaan nenek seorang rakan setugas yang turut sama berminat untuk berkongsi koleksi barangan nostalgia bersama BR.


Bertangkai tangan sahaja dan tiada tali penggalas, merupakan beg tangan yang cukup popular di tahun 1950-1960-an dengan saiz dan bentuknya begitu simple dan comel dipandang mata, mungkin sesuai pada zaman tersebut di mana item-item barangan yang perlu dibawa oleh seorang wanita adalah terhad berbanding sekarang.



Cara membawanya ialah dengan memegang atau disangkut sahaja di tangan di samping tangan pemiliknya yang dihiasi dengan barangan kemas yang bergemerlapan. Beg tangan yang tidak berjenama ini diperbuat daripada 100% kulit asli di mana ketahanan dan keutuhannya memang telah terbukti.


Mempunyai hiasan yang ringkas tetapi menarik iaitu logam keemasan berbentuk bunga matahari di hadapan beg. Sesuai untuk digayakan dengan pakaian kebaya atau baju kurung bagi menyerlahkan lagi 'kefemininan' seseorang wanita.



Pandangan di bahagian belakang beg. Tidak hairanlah jika kita perhatikan gambar-gambar lama tinggalan ibu atau nenek, beg tangan seperti ini mesti kelihatan tersangkut di tangan dengan penuh bergaya di mana kedudukan kaki juga memainkan peranan yang penting. Ala-ala Allahyarham Biduanita Saloma gitu...



Pandangan dari sisi.


Bukaan beg yang tidak begitu luas, melambangkan kesopanan wanita di zaman dahulu ketika mengambil barangan di dalamnya. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kes-kes ragut terutamanya yang bermotosikal amat jarang sekali kita dengar pada waktu itu berbanding dengan sekarang ini...



Bahagian dalaman beg, mempunyai compartment yang sesuai untuk diisikan dengan barangan kaum hawa. Satu poket berzip untuk mengisi syiling dan satu lagi poket tidak berzip. Sayugia juga diingatkan bahawa beg ini tidak sesuai untuk diisikan dengan botol susu bayi bagi kaum ibu kerana saiz beg yang agak kecil... he.. he..



Kunci pembuka dan penutup beg berbentuk butang selisih yang boleh ditolak-tolak supaya beg akan tertutup kemas. Kepada ibu-ibu dan opah-opah yang pernah memiliki dan menggayakan beg ini suatu ketika dahulu, tentunya terdapat berbagai cerita yang menarik di sebalik beg tangan ini...


Penghargaan: Rakan setugas, Pn. Zuraida bt. Tauhid.



15 Any comments?:

aitotyati said...

salam,

memang sangat chumels.

Kniedaz said...

tahan sungguh dah 50 tahun tak terjejas kulitnya..suka tengok citer dulu2 sebab tgk pelakon perempuannya kurus2 memakai kebaya dan menggayakan beg2 comel..skang tak sesueiiii

cik puan akish said...

pehhh..mmg klasik...sgt sesuwei kalo ade dinner..lagi2 kalo theme dia 80an..emm:)

Izzati Ishak said...

tweety pun ada beg tgn nenek tweety..
design simple je zaman dolu2..hehe..

Nekmo said...

dah lama pun still macam baru lagi..huhu..klasik tol

The Hetzel said...

ancient...nak beli bole?

oya said...

comel..classic..

Skype Crew said...

giler r...still elok lg bag nie. brg2 lame ni mmg berkualiti btlla...

EzyFadzilah said...

chomelnya...cantik lagi pulak tu,kalau beg tangan sekarang ni hharar jer mahal n cantik2 tp kadang2 cepat kat rosak....setahun dua dah tak boleh pakai...:)

kakrose said...

simple n comel..tahan pulak tu..masih elok lagi.
macamtulah org dulu2..ramping dan awet muda..hehe

Unknown said...

salam BR

teringat beg tangan emak ummi masa dulu2 , sama jer macam dlm gambar tu...

Qaseh said...

tempat kunci pembuka tu memang suka saya buat main2 buak tutup beg nek saye :)...tp beg nek saya besar..leh isi telekung ..

Mediha Omar said...

coolnya! love it!

qimiqa said...

hye..
hehe.. beg tgn nie msh dlm keadaan bek lah.. nice gak.. lau g mjlis tema dolu2 an... t leh pjam an.. hehehe

Nur Izzati Binti Hassan said...

Assalamualaikum. Boleh saya tahu di mana boleh dapat handbag ala2 seperti ini? Bantu sy. Dah lama mencati. Teringin sangat nak merasa pakai dan simpan utk koleksi. Handbag sekarang agak moden dan membawa brand yang terlalu kompleks pada saya. Walaupun di usia muda ini, saya sendiri anak muda tertarik utk kembali mengenakan pakaian yang membawa nostalgia dan klasik.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'