12 May, 2010

Bookmark Ikatan Kasih...


Di tahun 1980-an dahulu inilah bookmark yang cukup popular di kalangan pelajar-pelajar sekolah baik lelaki mahupun perempuan terutamanya bagi pelajar-pelajar remaja di sekolah menengah. Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar pada waktu itu pernah menggunakan bookmark ini sama ada sebagai tujuan asalnya ialah untuk menanda buku, sebagai koleksi, sebagai hadiah kepada rakan dan guru mahupun sebagai pemangkin kepada bermulanya sebuah hubungan persahabatan...


Bersaiz 10cm x 5.7cm dan boleh didapati di supermarket-supermarket ataupun di kedai-kedai alat tulis. Selalunya dijual di atas rak rendah yang boleh berpusing-pusing yang diletakkan di atas cermin pameran supaya mudah dilihat. Benang berwarna-warni yang diikatkan pada lubang bookmark akan menambahkan lagi seri bookmark ini ditambah dengan tiupan angin yang membuatkan ia akan melambai-lambai.


Harganya pun tidaklah mahal, cuma 10 sen sekeping pada waktu itu. Memang merupakan harga yang mampu milik bagi semua pelajar atau remaja pada waktu itu. Ianya juga didatangkan bersama benang yang diikatkan pada lubang yang disediakan. Di sini BR tidak dapat menunjukkan rupa sebenar benang itu kerana ianya telahpun reput dimamah usia.


Dihiasi dengan gambar-gambar pemandangan yang indah bagi menambahkan lagi daya tarikan bookmark. Ianya juga boleh didapati dalam bentuk landscape ataupun potrait. Pilihlah mengikut kesesuaian pengguna. Biasanya faktor 'wording' ataupun kata-kata yang terdapat di bookmark yang selalunya akan menjadi pilihan utama sewaktu membeli bookmark ini.




Selain daripada gambar pemandangan yang cantik, juga terdapat tulisan umpama kata-kata hikmat dan perangsang di dalam Bahasa Inggeris yang tercetak di bookmark untuk menjadi pilihan kepada pembeli. Selalunya kata-kata atau 'wording' yang menjurus ke arah hubungan sepasang kekasih akan menjadi pilihan utama.



Penggunaannya juga boleh dipelbagaikan kerana selain daripada digunakan sebagai penanda buku, ianya juga boleh dijadikan hadiah kepada rakan-rakan dan guru-guru dengan diberi sedikit sentuhan tulisan tangan dengan bahasa yang indah dan lengkap bertandatangan di belakang bookmark.


Juga digunakan oleh 'secret admirer' untuk meluahkan perasaan yang terpendam kepada gadis atau teruna pilihan masing-masing... he.. he..


Selain daripada itu, pemilik bookmark juga boleh menulis sendiri di belakang bookmark tersebut (yang biasanya kosong) dengan kata-kata sendiri berupa luahan perasaan dan kata-kata kejiwaan yang selalunya menjadi pilihan utama. Contohnya seperti yang BR paparkan di atas: "... apalah yang ada pada diri ini... sekeping hati retak seribu... bagai senja yang merah... berdarah... " Contoh sahaja...


Boleh juga dijadikan bahan pertukaran sesama rakan bagi mereka yang gemar mengumpul bookmark ini dan boleh juga dijadikan alat untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar kerana terdapat pelajar yang kurang mahir dan tidak begitu memahami Bahasa Inggeris pun turut sama meminatinya.


Kepada pengunjung-pengunjung yang seangkatan dengan BR, mungkin bookmark ini akan mengembalikan nostalgia dan cerita tersendiri sewaktu di zaman remaja dahulu... Silakan untuk kita kongsikan bersama.

6 Any comments?:

gggirl said...

mana BR dpt brg2 lama semua ni ek...BR punya erk....???

Qaseh said...

bagos arr BR nih..semua barang simpan....
saya nye bookmar banyak katon2...tapi semua saya dah lempauuu ...kekekke

Suhana Shahril said...

Adoihlaaa...memang membuatkan diriku terkenang masa lalu.Zaman cerita tv Oshin..Maero attack..Tak sangka dah semakin berusia (tua lah tu)kehkeh..

Idalara said...

salam BR
menarik bila teringat nostalgia lalu...

Balqish said...

boleh buat hantar untuk secret admire tu yang best.
hehe. send kat insan tersayang sekali. :)


Jom terjah FIFA Piala Dunia.

~Yatt~ said...

salam BR..
lama tak tinggalkan jejak sini..saya pun dulu hobi simpan bookmark..masih ada tersimpan d rumah asal di penang..tergelak baca n3 ni..betul2 mengimbau kisah silam zaman sekolah..keep on writing..i likeeeee.. ;)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'