26 October, 2010

Berus Gigi Darling


Berus gigi adalah sejenis alat yang terdiri daripada sebuah berus kecil yang digunakan untuk membersihkan gigi dengan menggosok gigi. Memberus gigi sehingga bersih dan secara berkala dapat menjamin kesihatan gigi dan gusi.

Kebersihan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup. Ia juga dapat membantu membersihkan sisa makanan dan plak gigi serta mencegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (periodontium) dan mengelakkan nafas berbau (halitosis).


Berus gigi yang diperbuat daripada nylon dan berbatang plastik hanya mula direka selepas Perang Dunia Kedua berakhir iaitu pada tahun 1945. Pilihlah berus gigi yang sesuai dengan mulut anda, mempunyai pemegang yang selesa dan mempunyai bulu berus yang lurus dan lembut. Contohnya seperti berus gigi Darling ini.


Tercatat dengan penuh yakin pada kotaknya: "Pemengang nya tidak boleh patah * Bentok nya di buat khas supaya tidak melukai gusi dan mulut tuan * Bulu nylon nya halus dan tahan lama *"

Dari bentuk ejaan dan gaya bahasa yang digunakan, maka dapatlah kita mengagak bahawa berus gigi ini mungkin telah dikeluarkan pada tahun 1970-an. BR sendiri pun tidak pasti bilakah berus gigi ini mula dikeluarkan. Kepada makcik dan pakcik yang pernah menggunakan berus gigi ini bolehlah berkongsi maklumat tersebut.


Buatan Malaysia untuk Gibson Associates Incorporated Product "Darling" Trade Mark. Harganya cuma 25 sen pada waktu itu atau dalam erti kata lain, RM1 untuk empat batang, memang berbaloi dengan wang anda... He.. he..


Berus gigi Darling yang dipaparkan ini adalah daripada jenis 'Hard'. Memang hard betul jika diperhatikan berusnya umpama berus tembaga yang boleh mencederakan gusi. Panjang berus gigi ini pula ialah kira-kira 6 inci dan amat tidak selesa bagi mereka yang bertangan besar.


Anda perlu memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan sebelum tidur. Berus gigi selama dua atau tiga minit setiap kali memberus. Anda perlu menukar berus gigi apabila bulu berus mula haus atau kembang, selepas sembuh daripada sakit tekak contoh batuk dan selepas tiga bulan digunakan.


Kalau di zaman dahulu biasanya berus gigi ini akan diselit di celah-celah dinding rumbia ataupun di celah-celah atap bilik mandi.



Beberapa petua memberus gigi:


- Berus semua permukaan gigi terutama di leher dan celah-celah gigi.
- Jangan berkongsi berus gigi.
- Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida.
- Simpan berus gigi di tempat kering dan tidak bersentuhan antara satu sama lain untuk mengelak jangkitan.

14 Any comments?:

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

Ubat gigi Darkie sebelum tukar Darlie, ada? Baru match ngan berus gigi klasik.. hahaa

Rasli Jaafar said...

Sabun Darling pon ada seingat saya...

fairus said...

Berapa RM mau jual?

tiafazunia said...

haram nk jmpe berus gigi semurah ni skang.
haha!

Iaryylr said...

Bro, berus gigi yang dalam koleksi! menarik, dulu pernah terfikir nak buat koleksi berus gigi tapi pakai buang jer hi hi hi...

Amir Syahir said...

Haha..kne kiss ari2 oleh daring

fiqas said...

noltalgia la... tp berusnya tu nampak kasar semacam je tu..

hentian said...

IM sempat guna berus gigi ni. tapi tak perasan pulak harganya cuma 25 sen...

ana ayesha said...

kalau kira nilai matawang skrg 25 ssen murahnyer

Anonymous said...

perghhhhhhhhh kotaknye pon sempurna lg!!!! BR ...ade muzium ke??? seyes ni tanye

pN.rOs said...

bagusnya masih simpan old stuff gni.. unik

tok deanz said...

lipas ske lepak kat berus gigi.... ke lipas nie guna berus gigi tu jgk ekk...huhuhu

~nisshuQin~ said...

ade ke jenama neh? uhhh

Iaryylr said...

Bro BR, berus gigi ini berjaya saya korek tetapi saya korek satu jer, itupun rosak kotaknya sebab tauke pergi potong harga 25sen tu pada bahagian sebelah, yang beberapa batang lagi kanan kiri dah kena potong korek harganya..., nampaknya kena cari lagi... .

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'