24 October, 2010

SPRM Kecewa Banyak Kes Gagal


Kita lupakan dahulu kisah Rozaliya (kisah pertunangan paling tragis...) dan berikan tumpuan kepada 'Jerung' sering terlepas kerana alasan remeh sedangkan bukti lebih daripada memadai.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melahirkan rasa kecewa kerana kebanyakan kes berprofil tinggi yang dibawanya ke mahkamah menemui kegagalan apabila tertuduh dibebaskan hanya atas alasan teknikal yang remeh sedangkan bukti dikemukakan lebih daripada memadai untuk menjatuhkan hukuman.


Sumber: Berita Harian 22.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kerjasama semua pihak, terutama hakim, amat penting bagi membendung amalan rasuah kerana ketegasan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman boleh menjadi faktor mengekang perbuatan itu.

"Kadang-kadang saya pun hairan, orang yang beri rasuah mengaku, masa duit bertukar tangan kita tangkap 'red handed', ada pegawai SPRM menyaksikan transaksi, malah ada rakaman video, ada gambar... tapi masih tak boleh dapatkan pendakwaan di mahkamah. Nak apa lagi."

"Saya akui keterangan amat penting dalam sesuatu kes tetapi janganlah buang kes hanya atas alasan teknikal yang remeh-temeh seperti kesilapan kenal pasti tangan mana menerima wang atau poket mana wang dimasukkan. Hakim wajar mengutamakan pertimbangan sama ada rasuah berlaku atau tidak."

Beliau juga pelik kerana kebanyakan kes SPRM yang kalah di Mahkamah Sesyen pada kebiasaannya menang apabila rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi, sekali gus menimbulkan persoalan apa sebenarnya bukti yang diharapkan di peringkat Mahkamah Sesyen.

Shukri berkata, dalam masa setahun, SPRM terima purata 10,000 maklumat dan daripada jumlah itu, selepas ditapis dan diteliti, separuh tidak ada unsur rasuah, sebaliknya ia berkaitan hal pentadbiran.

Daripada 5,000 kes itu, saringan seterusnya menyenarai pendek hanya 1,000 kes saja sebagai cukup berasas untuk buka kertas siasatan.

"Daripada 1,000 kes itu dan akhirnya sekitar 200 kes saja yang dianggap layak dibawa ke mahkamah. Justeru, hanya sekitar 200 kes saja, tidak kira kecil, besar, membabitkan swasta atau kerajaan, sampai ke mahkamah setiap tahun."

Shukri berkata, mencari bukti kes rasuah sememangnya amat sukar dan hakim perlu lihat pada keterangan hakiki (bukti keadaan) bagi mengesahkan sama ada wujud rasuah atau tidak tanpa tidak tegar berpegang kepada undang-undang.


Takrif Rasuah:

SPRM mentakrifkan rasuah sebagai: "wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain; apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan; apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu."


Moral Value: 1,000 dibahagi dengan 12 = 83 kes sebulan. 83 dibahagi dengan 30 = 3 kes sehari secara purata (tidak termasuk yang tidak dilaporkan) He.. he..


8 Any comments?:

Cik SHiNJU said...

Salam..

erm..susah la camni..
x berbaloi usaha SPRM slama ni
patut la gejala rasuah x pernah berakhir...

Unknown said...

mcm nak wat ..duit adalah segalanya,,,,,yg lain letak tepi sat kan....
dunia..dunia...selamat tinggal dunia
Dunia Maya Vs Dunia Realiti

Asri Alam said...

negara susah nak maju kalau gejala rasuah tetap berleluasa

Anonymous said...

kerana duit manusia leh jd lupa...
lupa apa.?
lupa ape kerje mereke?
kerje SPRM tp kalu amik jugak, ape gune jd SPRM..

kalu org bagik 1juta cash sape yg xnak kn...

aku pon ketar gak kalu nampak 1 juta kalu sign kontrak yg spatut nye xlulus... dunia dunia..

cacing said...

ni sebab dalam sprm tu sendiri ada corruption!

hentian said...

ada tangan tangan ghaib di belakang sprm atau mahkamah...

Salwa said...

hmm..dunia...;(

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

Ingat iklan kat TV. Bila Si Ayah makan rasuah. Rasa tak tenteram anak bini makan sedap tapi dari sumber haram. Mungkin didunia kesalahan tak dapat dibuktikan. Tapi di Akhirat, camner nak jawab.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'