29 October, 2010

Pistol Hari Raya... Ada Lagi!


Berbeza dengan Pistol Hari Raya yang pernah BR siarkan dahulu, pistol kali ini adalah lebih moden sedikit di mana ianya berbeza dari segi bentuk pistol yang lebih realistik dan bentuk pelurunya juga telah diberikan sentuhan inovasi untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat.


Pistol mainan buatan China ini boleh didapati di mana-mana sahaja pasar malam di seluruh Malaysia dan memang telah lama wujud kerana rasa-rasanya BR pernah bermain dengannya di zaman kanak-kanak dahulu ataupun ketika di awal remaja. Cuma bentuk dan warnanya sahaja yang berbeza.


Pistol ini telah disertakan bersama dengan silencer olok-olok di hujung larasnya untuk menambahkan lagi kehebatan bentuknya. Asap yang dihasilkan akan keluar melalui celah-celah silencer ini.


Pelurunya dijual dalam bentuk pek yang lebih kemas mengandungi 9 gelung peluru. Setiap gelung peluru boleh menghasilkan 8 tembakan.


Boleh di 'kepak' seperti pistol sebenar untuk memasukkan peluru.


Cara memasukkan pelurunya adalah seperti gambar di atas.


Bagi kanak-kanak atau bapa kanak-kanak yang lebih advance, kaedah ini digunakan iaitu dengan menggunakan palam pencucuh. Tidak perlulah dijelaskan dengan lebih panjang lebar lagi kerana kaedah ini amatlah tidak digalakkan tanpa pengawasan daripada orang dewasa.


Ataupun kaedah kedua ialah dengan menggunakan hammer. Ini adalah ikhtiar terakhir untuk menghasilkan bunyi letupan yang lebih kuat.


Pada mulanya BR hendak menunjukkan gambar demonstrasi semasa tembakan dilepaskan tetapi memandangkan orang yang menembak dan orang yang mengambil gambar takut kepada bunyi yang kuat, gambar ini hanya berjaya dirakamkan selepas tembakan. Oleh itu tidak dapatlah kita melihat percikan api dan asap yang keluar daripada pistol ini.

Kepada pembaca yang pernah bermain dengan pistol ini dan juga pernah menggunakan kedua-dua kaedah alternatif (atau ada kaedah yang lain?) seperti yang telah dinyatakan di atas, bolehlah berkongsi pengalaman anda bersama-sama.


19 Any comments?:

aminmz said...

uihh.. ni pistol zaman tok kaduk lg...

Si Sangkar Hitam said...

heheheh...aku suka...
macam kecik2 dulu,,,,
suke2

Fiqas said...

aku pernah main ni dulu...
yg pakai palam pencucuh tu pun aku selalu buat...
best2...

Nasir Bravo said...

x sempat nak main masa kecik...huhu,,
Ibu Bohong Kita

lan_ax said...

waaaaaaahhhhhhhh terbaek.. mainan kegemaran saya time kecik2 dlu ngn member2.. bola cari lg skrg ni kn??
http://duitlama2u.blogspot.com/

LadyBird said...

rasanye pernah mian jerk.. or pernah nampak pistol ni.. sekarang pun ade kan..

ct fad said...

lame gile tak main..dulu peluru 10 sen jer satu..skang punye ,baru meletup se das, ngan pistol2 hancur...

deno said...

heeeee...
deno pernah main pistol nie..
suke2!! (^_^)

nikths said...

salam bro..pistol yg ni dah moden sikit,adik2 pernah main sy main yg peluru gulung tu.Plug motor atau kereta tu pernah main,ikat tali rafia dengan dawai buat rambu2 supaya dia jatuh tegak.Kat depan ikat skru dgn dawai.Best kalau main kat jalan tar letupan kuat sampai dawai skru pun boleh putus tp kena isi belerang banyak sikit la.Belerang guna belerang mancis.Memang terbaik, masa tu mana ada mercun bola.

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

wah hebat pistol ni.keluar asap lagi yer..nak tengok jugak demontrasinya tu..hehe

thomas said...

wah! spark plug pun jadi.

Privacy_Resident said...

Pergh! Nostalgia seyh! HAHA ;)

iaryylr said...

Bro, pistol-pistolan.. ada lagi satu camni untuk 1 peluru je, keluar pada tahun 85 tidak silap, iaitu pistol keychain, kalau ada entrilah.., rindu pistol keychain!

Insan Marhaen said...

IM tak pernah bagi anak-anak IM bagi main pistol ni walaupun IM selalu main bila tiba musim raya masa kecil-kecil dulu.

nadey said...

hahahhahah besh2 dulu dok main pistol ni la...skung ni main pistol manik je....lg besh...lg sakit

Afiefah Safieni said...

zaman purba punya pistol..
huuhuh..
lama x main..

HaNTwO said...

dulu2 slalu main benda ni...

Luffy said...

boleh tahan r kan..dulu siap batu kecik2 kot sbagai peluru dia...perghh..masyukk..haha

syazwan tahir said...

masa kecik2 slalu gak main pistol nie..hehe. ader jual lg x? :)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'