03 October, 2010

Penguat Kuasa Blues...


Segmen Pertama...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan akan menyiasat secara menyeluruh kes 10 anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor yang mencuri kira-kira 40 kilogram syabu daripada lebih 700 kilogram yang dirampas dalam serbuan di kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, Mei tahun lalu.


Berita Harian - Jumaat 01.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Rampasan syabu seberat 753.539 gram (bersamaan 700 kilogram atau 0.7 tan) bernilai lebih RM270 juta itu dipercayai terbesar dalam sejarah negara mendapat perhatian apabila Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir dalam penghakimannya membebaskan Lee, kelmarin, mempersoalkan tindakan polis dan pendakwa raya.


Akhtar juga berpendapat anggota polis yang bersubahat menyediakan laporan palsu dan mereka yang melakukan kecurian dadah itu dikenakan hukuman berat dan meminta pendakwa raya mendakwa semua mereka yang terbabit kerana mereka sudah mengaku melakukan kesalahan.


Ditanya isu sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani, berkata semua 10 anggota polis termasuk inspektor terbabit sudah dikenakan tindakan penahanan pergerakan gaji antara enam hingga 12 bulan, selain ditukar tempat kerja, sejak bulan lalu. Bagaimanapun, katanya semua mereka dibenarkan bertugas seperti biasa.


Dalam pada itu, Pemangku Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun, berkata selain digantung pergerakan gaji, mereka juga diberi surat amaran.


Mingguan Malaysia - 03.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, segala keputusan termasuk menimbang untuk menggantung mereka hanya akan diambil selepas siasatan menyeluruh selesai dijalankan. Katanya, pihaknya akan mengambil kira cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar tindakan dibawah peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan dikenakan ke atas mereka yang terlibat.


Segmen Kedua...


Tidak sampai sebulan pendedahan berhubung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa kakitangan imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, seramai 20 anggota dan pegawai kanan jabatan itu di Pelabuhan Klang ditukarkan ke beberapa cawangan negeri berkuat kuasa 27 September ini.


Mereka yang bertugas di Pelabuhan Barat, Utara dan Selatan, termasuk di Jeti Penumpang Pulau Ketam itu, dikatakan terbabit rasuah dan salah guna kuasa hingga boleh menggugat keselamatan negara. Tindakan menukar kakitangan itu adalah fasa pertama dalam rangka rombakan besar-besaran agensi penguat kuasa berkenaan untuk membersihkan operasinya di semua pintu keluar masuk negara, terutama dikategorikan sebagai lokasi panas.


Berita Harian pada 27 Ogos lalu dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imegresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang, menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi. Setiap anggota penguat kuasa dipercayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang passportnya mempunyai cop palsu atau tiada dokumen perjalanan.


Berita Harian - Isnin 20.09.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Walaupun Jabatan Imegresen mengambil tindakan tegas (?) dengan menukarkan 20 pegawai dan kakitangan yang dipercayai terbabit rasuah, namun seorang pegawainya dan tujuh individu yang lain tetap meneruskan kegiatan itu hingga ditahan malam kelmarin bersama wang tunai RM100.000 disyaki rasuah diterima daripada pendatang asing di Jeti Pelabuhan Pulau Ketam dan beberapa lokasi lain di sekitar Klang.


Dalam serbuan antara jam 6 petang hingga 8 malam itu, SPRM menemui wang tunai RM30,000 di rumah pegawai imegresen berkenaan manakala RM70,000 lagi di pejabat pengusaha feri di Jeti Penumpang Pulau Ketam.


Sumber berkata, SPRM sudah menjalankan intipan sejak beberapa lama dan mengesyaki pegawai imegresen berusia 27 tahun yang berkhidmat empat tahun lalu itu, menjadi dalang utama sindiket membawa masuk pendatang asing tanpa izin.


Berita Minggu - 03.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Segmen Ketiga...


"Stres juga dihadapi polis kerana kekurangan anggota sedangkan penduduk semakin ramai, masalah dan kes semakin bertambah, gaji yang diterima pula rendah. Ini mungkin antara faktor menyebabkan mereka stres dan mungkin terjerumus ke dalam gejala rasuah atau jenayah lain seperti mencuri atau merompak." Akhbar Satar - pakar kriminologi serta Ketua Pegawai Eksekutif Akhbar & Associates merangkap Pengarah Institute Crime & Criminology HELP University dan Pemeriksa Poligraf Bertauliah.


Berita Minggu - 03.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Moral Value: Renung-renung dan fikir-fikir... He.. he.. peace


8 Any comments?:

hentian said...

huuu... bak kata orang penang, ghaplah jingga....

Sri Mersing said...

kita perlu back to basic. semua kita perlu kembali kukuhkan asas agama dalam dada.

Rezza said...

Kepada siapa lagi kita nak percaya kalau macam ni,walaupun segelintir sahaja,tapi melibatkan anggota,maka tercemar seluruh imej pasukan

rafi said...

Kita tidak memerlukan anggota yang seperti ini. Ia ibarat "Gunting dalam lipatan" @ "Musuh dalam selimut". Jika benar mereka bersalah .... BERHENTIKAN SAHAJA kerana masih ramai yang memerlukan pekerjaan.

azremy said...

harapkan pagar pagar hancur

hentakbelipat said...

hahhahah...gua nampak gua nampak

nikths said...

rancangan menukar pegawai imigresen/kastam berkhidmat 3 tahun sekali di sesebuah tempat rasanya terlalu lama,dalam masa 3 tahun dia boleh kenal mesra dengan penyeludup dan terjadilah rasuah.Kenapa tak buat setahun sekali?Ntahlah aku pun tak faham manusia ni...mula2 mintak kerja, dah dapat buat kerja lain pulak.

Shaizul Sapar said...

ya amponn..lahabau mana yg kata menukarkan ni tindakan yg tegas. ini ketua kerajaan yg x pnh pegi sekolah. rasuah tetap rasuah. knp la bebal sgt diorg ni. klu kata membenteras PTI, dah lama boleh buat, dah lama selesai. ini semua nk kenyang perut je. pigidahhh...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'