12 October, 2010

Set Piring dan Cawan Tabung Haji


Pada hari Sabtu 09.10.2010 yang lalu maka selamat sampailah 350 rombongan jemaah haji pertama Malaysia daripada 26,000 orang pada tahun ini ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang lima. Ketibaan jam 5.30 pagi waktu Malaysia itu merupakan satu impian yang hampir terlaksana dan mudah-mudahan setiap jemaah akan memperoleh haji mabrur InsyaAllah.


Menyentuh mengenai Tabung Haji, Set cawan dan piring Tabung Haji ini BR perolehi (beli) sewaktu membuka akaun dengan Tabung Haji suatu ketika dahulu. Tidak pasti pula berapakah usianya tetapi yang pasti set piring dan cawan TH ini masih menggunakan logo TH yang lama.


Tabung Haji ialah singkatan bagi Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah setiap tahun.

Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.


Nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji. Mengenai motto 'Pilihan Utamaku' itu juga telah digantikan dengan tulisan jawi 'Haiyya Alal Falah' (Mari menuju kejayaan).


Logo lama TH - dilancarkan pada 28 Ogos 1997.


Logo baharu TH - dilancarkan pada 25 Mei 2009.


Tidak ketinggalan di piringnya juga terdapat logo Tabung Haji 'Pilihan Utamaku'.


Memang cantik dan bergaya dengan lingakaran garisan emas melingkari cawan dan piring. Menyesal juga kerana tidak membelinya 6 set (1/2 dozen) bagi melengkapkan hidangan kerana pada waktu itu hanya terfikir untuk dijadikan kenang-kenangan sahaja.

Alangkah indahnya sekarang jika tetamu yang berkunjung ke rumah dihidangkan dengan set piring dan cawan ini sekurang-kurangnya boleh mengimbau kembali kenangan para haji dan hajjah yang pernah ke Tanah Suci...


Sedikit mengenai Tabung Haji:

Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969.

Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.


Untuk maklumat lanjut bolehlah mengunjungi laman rasmi TH: Tabung Haji


2 Any comments?:

nikths said...

Salam bro BR.Saya dulu ada membeli mug TH pd tahun 2000 semasa temankan mak mertua check senarai nama bakal haji.Beli dengan harga RM25 masa tu, saje buat kenangan tp guna kat tempat kerja.Dah tak ada rezeki mug tu patah pemegangnya dan beri pd kawan.Skrg tak tau kemana hilangnya samaada dia dah buang atau simpan.Tak nampak kelibatnya.Yang tinggal hanya tabung duit je.

Iaryylr said...

Bro BR, memang cantek Cawan ini. sungguh pesona dengan cincin emas pada cawan & lapik! Syabas!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'